Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Anda tidak perlu menderita ketika bekerja

    Anda tidak perlu menderita ketika bekerja

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 24, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BEKERJA
    Menurut pakar, dahulukan kesihatan mental diri. Cari kerja lain jika mampu. Bukan semua perkara selesai jika anda bekerja lebih keras. - GAMBAR HIASAN WLADISLAW PELJUCHNO/UNSPLASH

    ADAKAH anda berasa tertekan ketika bekerja? Tidak kiralah apa yang dilakukan, semuanya rasa serba tidak kena. 

    Perasaan letih dan resah ketika bekerja merupakan satu perkara biasa. Namun, jika ia dibiar berlarutan, tekanan tersebut boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental dan fizikal kita.

    Ketika bekerja, kita mudah lupa bahawa kesihatan diri jauh lebih penting daripada kerjaya.

    Dengan wujudnya budaya kerja keras (hustle culture), semua orang ibarat berlumba-lumba mengejar cita-cita. Manakan tidak, orang yang mempunyai jawatan atau gaji lebih tinggi nampak lebih gah di mata masyarakat. 

    Menurut penulis serta jurulatih kerjaya, Ryan Khan, bukan semua orang mampu meninggalkan kerja masing-masing. 

    Ada yang bertahan disebabkan duit. Ada juga yang bertahan disebabkan rasa cinta terhadap pekerjaan masing-masing. 

    Bagaimanapun, menurut Khan, ramai juga yang tidak tahu bila mereka perlu berhenti sehinggakan ada yang sanggup mengabaikan segala anasir negatif di tempat kerja kerana berpendapat penderitaan itu merupakan perkara biasa. 

    Mati disebabkan terlebih kerja 

    Pada 25 Disember 2015, seorang wanita bernama Matsuri Takahashi meninggal dunia setelah membunuh diri. 

    Dia bekerja di sebuah agensi pengiklanan terbesar di Jepun, Dentsu Inc. yang sangat terkenal dengan persekitaran kerja toksik. 

    Sebelum membunuh diri, Takahashi sempat menulis di laman Twitter – “Sudah pukul empat pagi. Badan saya sudah menggigil. Saya rasa penat yang amat sangat”. 

    Tulisan tersebut merupakan salah satu daripada banyak lagi catatannya dalam media sosial. 

    Selepas apa yang berlaku kepada Takahashi, siasatan Biro Standard Buruh Tokyo mendapati wanita tersebut bekerja lebih masa sehingga mencecah 100 jam dalam masa sebulan. 

    Lebih memeranjatkan, Takahashi dipaksa bekerja oleh majikannya. 

    Kisah Takahashi telah menggemparkan seluruh Jepun. Tidak lama kemudian, kerajaan meluluskan Akta Pembaharuan Gaya Kerja 2018 yang menghalang pekerja bekerja lebih masa lebih 45 jam sebulan. 

    Di Jepun, bekerja sampai mati mempunyai istilahnya yang tersendiri, iaitu karoshi. 

    Bukan Takahashi sahaja yang dibelenggu karoshi, ia merupakan perkara yang lazim di negara tersebut. 

    Menurut penguam, Hiroshi Kawahito yang terlibat dengan hampir 1,000 kes karoshi, jumlah kes yang dilaporkan kekal konsisten dalam masa 45 tahun. 

    Katanya, sebelum wujudnya kes karoshi, pekerja di Jepun meninggal dunia disebabkan serangan jantung atau strok. 

    Berbeza pada awal abad ke-21, pekerja didapati meninggal dunia disebabkan tekanan perasaan dan juga gangguan di tempat kerja. 

    Artikel penuh: Belanjawan 2025: Elaun sara hidup bakal guru, wanita kembali bekerja dan keseimbangan hidup-kerja

    Artikel penuh: Kesan perubahan iklim kepada pekerja dan dunia kerjaya

    Cari jalan keluar jika tidak seronok bekerja

    Ketua Pegawai Eksekutif Flexjobs, Sara Sutton Fell berkata, terdapat beberapa tanda anda perlu berhenti kerja. 

    Tanda terbesar adalah jika anda bangun pagi dan rasa tidak bersemangat untuk ke pejabat. 

    “Mengapa perlu terus bekerja apabila perasaan yang seronok itu hilang? Kerja itu hanya akan menjadi ‘kerja’ semata-mata. Lama-kelamaan, anda akan bertukar menjadi penat dan lelah,” katanya. 

    Tambahnya, ada beberapa tanda lain yang menandakan anda sudah tidak seronok bekerja, antaranya ialah berasa negatif sepanjang masa, kerja kecil rasa berat untuk dilakukan dan mudah lupa perkara-perkara penting. 

    Fell juga berkata, ramai pekerja yang menderita di tempat kerja cuba untuk membaiki situasi. 

    Malah, ada yang cuba bersangka baik dan memujuk diri bahawa mereka sebenarnya boleh bertahan. 

    Nasihatnya, jangan paksa diri jika menderita di tempat kerja. Dahulukan kesihatan mental diri. Cari kerja lain jika mampu. Bukan semua perkara selesai jika anda bekerja lebih keras. – RELEVAN

    featured kerjaya kesihatan mental menderita
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.