Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang anda perlu lakukan sekiranya banjir melanda?

    Apa yang anda perlu lakukan sekiranya banjir melanda?

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    banjir
    Selepas banjir, air bertakung pula boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, sekali gus menyebabkan peningkatan dalam kes-kes penyakit bawaan vektor  - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BANJIR merupakan bencana alam yang lazim di negara kita. Ketika fenomena monsun melanda – selalunya pada bulan Mei hingga September dan November hingga Mac – beberapa negeri di Malaysia berisiko ditenggelami air. 

    Selain berupaya mengakibatkan kemusnahan dari segi harta benda, banjir juga boleh menjadi medan penyebaran penyakit. 

    Manakan tidak, air banjir boleh bercampur dengan sampah, air longkang dan mungkin juga bahan kimia dari kilang berdekatan. 

    Selepas banjir, air bertakung pula boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, sekali gus menyebabkan peningkatan dalam kes-kes penyakit bawaan vektor.  

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 52,977 kes denggi dicatatkan dari Januari hingga November 2022. 37 daripadanya membawa maut. 

    Bukan satu perkara di luar kebiasaan jika kes melibatkan jangkitan pernafasan, penyakit kulit serta penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera dan tifoid semakin meningkat sejurus selepas banjir. 

    Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya banjir?

    Sekiranya berlaku banjir di kawasan rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan: 

    1. Berpindah ke kawasan lebih tinggi

    Jika diminta berpindah, bergerak ke kawasan lebih tinggi dengan segera. Ambil tahu mengenai perkembangan semasa.

    Bawa sekali dokumen penting seperti kad pengenalan dan simpan dalam bekas kedap air untuk mengelakkan sebarang kerosakan.

    Jika sempat, tutup suis dan cabut palam setiap barangan elektrik di rumah.

    2. Jangan redah air banjir

    Jangan sesekali cuba meredah banjir, walaupun dengan kenderaan. Banjir setinggi 15 sentimeter sudah cukup membuatkan seorang lelaki dewasa terjatuh.

    Bagi kenderaan pula, banjir setinggi 30 sentimeter sudah berupaya membuatkan kenderaan hilang kawalan. Malah, kereta akan rosak jika air memasuki enjin atau brek.

    Anda tidak tahu ada apa dalam air banjir. Besar kebarangkalian ia turut menghanyutkan sekali serpihan kayu, batu atau besi yang boleh mendatangkan kecederaan.

    3. Jangan makan atau minum secara sembarangan

    Makanan dan minuman yang dibiar tidak bertutup boleh membawa bahaya besar ketika musim banjir. Jangan sesekali minum air yang tidak dimasak atau makanan yang basah.

    Makanan yang terdedah dengan air banjir boleh menyebabkan penyakit seperti kolera, tifoid dan hepatitis A. 

    Dalam pada itu, minuman yang tercemar pula boleh menyebabkan penyakit seperti sakit perut dan cirit-birit yang boleh menyebabkan penghidapnya mengalami dehidrasi.  

    Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem imun, pengambilan makanan dan minuman yang tercemar boleh membawa maut. Oleh itu, jaga kebersihan diri dan jangan makan secara sembarangan.

    4. Beritahu ahli keluarga

    Jika rumah dinaiki air, jangan lupa beritahu keluarga mengenai keadaan anda. Pastikan mereka tahu keberadaan dan keselamatan anda ketika banjir. 

    Artikel berkaitan: Cabaran membuat keputusan dalam kebanjiran data

    Artikel berkaitan: Lindungi orang tersayang dan harta berharga ketika banjir

    Elak penyakit bawaan banjir 

    Menguruskan penyakit bawaan banjir perlukan kerjasama dari semua pihak. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan: 

    • Pastikan ada air bersih. Sediakan air dalam botol atau sistem penapis air jika berada di kawasan yang sering terkesan banjir. 
    • Ambil vaksin. Pastikan anda mempunyai vaksin kolera dan hepatitis A bagi mencegah penyakit. 
    • Kawal nyamuk. Sembur racun serangga atau guna kelambu ketika tidur untuk mengelakkan penyakit bawaan vektor. 
    • Jaga kebersihan. Basuh tangan dengan sabun dan pastikan sampah dibuang dengan baik. 

    Buat kempen untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit bawaan banjir serta simptom-simptomnya. – RELEVAN

    Previous ArticleUtamakan kesihatan mental di tempat kerja, termasuk untuk golongan OKU
    Next Article Pupuk amalan bersedekah

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.