SABAN hari, masyarakat semakin cakna tentang kesesuaian kerjaya dan kelayakan akademik dengan gaji yang ditawarkan. Seperti yang sering dikongsi dalam media sosial, ramai yang mengadu bahawa gaji yang dibayar tidak setimpal dengan beban kerja dan pengalaman yang mereka ada. Kebanyakan konsultan kerjaya memberi nasihat kepada masyarakat untuk melompat kerja atau lebih dikenali sebagai job hopping. Namun, perlu ada perancangan yang rapi sebelum melompat kerja. Contohnya, pastikan anda sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun di satu tempat kerja dan mempunyai cukup pengalaman untuk ‘dijual’ kepada majikan baharu. Menurut Forbes, kegiatan melompat kerja kebanyakannya berpunca daripada kurangnya peluang untuk maju dalam kerjaya…
Umi Fatehah
MUTAKHIR ini, kita disajikan dengan isu mahasiswa sukar mencari rumah sewa kerana gagal mendapatkan tempat di kolej kediaman yang disediakan oleh universiti. Ada juga yang mengadu segelintir tuan rumah tidak mahu menyewakan kepada pelajar atau mengenakan deposit yang tinggi. Namun, bagi pihak penyewa pula ada sebabnya mengapa perkara ini terjadi. Menurut seorang perunding hartanah di IQI Realty, Ahmad Noor Rasydan Hamidun, sesetengah tuan rumah sudah serik mahu menyewakan kepada pelajar-pelajar universiti. Hal ini kerana sebahagian besar pelajar yang menghubunginya untuk menyewa sangat bermasalah dan tidak telus ketika berurusan. “Ada juga yang apabila permohonan rayuan kolej diterima, terus memberitahu akan keluar…
ISU baharu dalam media sosial: pelajar universiti sukar mendapatkan rumah sewa. Sudahlah permohonan kolej ditolak, pemilik rumah pula enggan sewakan rumah kepada mereka. Kalau ada pun, sewa bulanan serta deposit yang diminta terlalu tinggi. Ada yang menuntut bayaran deposit sehingga RM 1,800 untuk rumah yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air. Walaupun lengkap berperabot, deposit yang dikenakan masih dikira terlalu mahal untuk disewakan kepada pelajar yang tiada sumber pendapatan tetap. Menurut seorang pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur yang mahu dikenali sebagai Aiman, caj deposit yang dikenakan segelintir pemilik rumah melebihi kemampuan pelajar. “Saya dan rakan pernah terjumpa rumah…
SETIAP proses pencarian kerja bermula dengan menghantar resume kepada syarikat dan menunggu panggilan temu duga. Setelah mendapat panggilan temu duga, pasti calon-calon akan melakukan beberapa persediaan termasuk persiapan diri untuk menjawab soalan yang bakal diajukan. Pertanyaan terbesar bagi individu yang bakal menghadiri temu duga ialah apakah soalan yang akan ditanya? Dan bagaimana untuk menjawab soalan yang bakal ditanyakan? Menurut Jurulatih Kerjaya Bertauliah, Jimmy Mak Chii Ping atau lebih dikenali sebagai Jimmy C.P Mak, deskripsi kerja itu sebenarnya soalan bocor temu duga. Jadi, salah satu cara untuk melayakkan diri untuk diterima bekerja ialah dengan meneliti deskripsi kerja yang diiklankan. Merujuk kepada…
TIDAK dapat dinafikan, kereta merupakan salah satu komitmen yang besar apatah lagi jika tinggal di kawasan bandar kerana perlu menyediakan peruntukan besar untuk minyak, tol dan kos penyelenggaraan bulanan. Kesesakan trafik yang teruk secara tidak langsung menyebabkan penggunaan minyak petrol meningkat. Rata-rata pemandu di jalan raya pasti mempunyai kebimbangan yang sama iaitu bagaimanakah caranya untuk mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu. Menerusi perkongsian di Cars Direct, Relevan menghuraikan lima tip pemanduan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu. Memandu hanya bila perlu Cara paling berkesan untuk mengurangkan penggunaan bahan api adalah dengan mengurangkan kekerapan memandu sekiranya mampu. Andai…
CUBA periksa kuku tangan dan kaki anda sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan. Adakah anda ternampak sebuah jalur kehitaman atau berwarna coklat secara menegak? Ia mungkin kelihatan pada satu kuku atau lebih. Jika tidak kelihatan, mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun jika ya, ia barangkali tidak berbahaya tetapi garis tersebut juga boleh menjadi tanda kepada penyakit serius. Menurut Healthline, keadaan ini dipanggil sebagai melanonychia. Garis itu boleh muncul sama ada pada kuku kanak-kanak dan juga dewasa. Kuku manusia kebiasaannya kelihatan cerah dan seakan lut sinar. Melanonychia terjadi apabila sel pigmen yang dipanggil melanosit, memendapkan melanin iaitu pigmen berwarna coklat ke…
KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,431 kes berbanding 1,942 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,811,327 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,820 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,748,732 kes. Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,296 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,713 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,299 kes dengan 25,024…
MENURUT sebuah kenyataan susulan penerbitan Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Julai 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penganggur pada Julai 2022 semakin berkurangan iaitu sebanyak 620,700 orang berbanding pada Jun 2022 dengan jumlah 630,600 orang. Meskipun kadar pengangguran semakin menurun, golongan yang tidak bekerja masih memberi kesan bukan sahaja kepada diri mereka sendiri. Malah, kepada masyarakat dan juga ekonomi negara. Kesan kepada individu Merujuk kepada Indeed, kesan utama kepada individu yang menganggur ialah mengalami pengurangan pendapatan akibat tidak mempunyai pekerjaan, sama ada sepenuh masa atau sambilan. Hal ini kerana dengan bekerja, mereka boleh memperoleh gaji atau upah. Tapi disebabkan menganggur,…
KEHIDUPAN di universiti menjadi detik berharga buat para pelajar yang bukan sahaja memberi fokus kepada akademik, tetapi termasuklah urusan kewangan peribadi. Berbeza dengan menetap di rumah bersama ibu bapa yang segala pembiayaan dan perbelanjaan akan ditanggung. Kini, pelajar mempunyai kebebasan untuk memutuskan di mana dan bagaimana untuk membelanjakan wang. Akan tetapi, kebebasan itu datang dengan tanggungjawab untuk membelanjakan dan menyimpan wang dengan bijak. Perlu ingat, setiap keputusan ada akibatnya sama ada baik atau buruk. Artikel Berkaitan: Pelajar universiti tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dalam artikel kali ini, Relevan akan mengupas beberapa tip pengurusan kewangan yang dicadangkan oleh Konsultan…
SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,847 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,483 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,806,954 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,148 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,744,636 kes. Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,285 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,711 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,033 kes dengan 24,752…