Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    By Umi FatehahNovember 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama. - GAMBAR HIASAN CHLOE LEIS/UNSPLASH

    SEBAGAI ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk mengajar anak-anak erti kesusahan mencari wang dan pengurusan wang. 

    Paling penting, pengajaran kehidupan yang perlu dipelajari ialah untuk mendapatkan sesuatu, mereka perlu berusaha dan tidak mengharapkan semuanya turun dari langit.

    Salah satu cara yang baik untuk mengajar mereka berkaitan wang dan usaha ialah melalui membenarkan mereka bekerja sambilan ketika cuti sekolah, cuti semester atau ketika menunggu tawaran sambung belajar.

    Apabila anak remaja anda mula menunjukkan minat untuk memperoleh wang sendiri agar mereka boleh membeli apa sahaja yang dimahukan, anda mungkin perlu beri beberapa panduan dan persediaan sebelum bekerja.

    Contoh pekerjaan yang anak-anak remaja ini boleh ceburi ialah barista, juruwang di kedai serbaneka, tutor, penjaga budak (babysitter) atau pemandu p-hailing.

    1. Dedahkan belanjawan keseluruhan rumah

    Belanjawan untuk keluarga boleh menjadi alat pengajaran yang baik untuk mendedahkan kepada anak remaja mengenai kepentingan mengawal perbelanjaan kemahuan dan kehendak. 

    Tunjukkan kepada mereka jumlah wang yang masuk setiap bulan dan perbelanjaan komitmen seperti sewa rumah, bayaran bulanan kereta dan barangan dapur. Dedahkan juga perbelanjaan dalam kategori di luar jangka seperti barang peralatan sekolah, bayaran kem atau program yang mereka ingin sertai dan alat mainan yang mereka mahukan.

    1. Tanya apakah matlamat mereka untuk bekerja

    Setiap anak-anak remaja mempunyai matlamat yang berbeza. Ada yang mahu lepak dengan kawan-kawan manakala ada yang ingin membeli telefon baharu. Ada yang ingin menabung untuk sambung belajar dan yang lain mungkin ingin membantu keluarga menampung perbelanjaan.

    Kadang-kadang mereka tidak terfikir untuk bekerja sambilan sehinggalah anda mencadangkannya. Sebagai contoh, jika anak anda mahukan telefon pintar terkini dan anda tidak mempunyai bajet berlebihan untuk membelinya, rancang dan berikan panduan bagaimana mereka boleh berusaha sendiri untuk membelinya.

    1. Lihat kelayakan mereka dan tetapkan had waktu bekerja

    Pekerjaan pertama mereka mungkin terhad berdasarkan umur. Sesetengah syarikat tidak mengambil pekerja berusia 18 tahun ke bawah.

    Jika anak remaja anda tidak sabar-sabar untuk bekerja tetapi tidak layak di sisi undang-undang, mereka mungkin perlu mencari pekerjaan yang sesuai dengan keadaan tersebut. Mungkin mereka boleh bekerja sebagai penjaga budak atau tutor.

    Jika mereka dibenarkan bekerja secara sah, bincangkan tentang bagaimana pekerjaan akan memberi kesan kepada tanggungjawab pendidikan dan rumah mereka. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah:

    • Adakah mereka akan bekerja pada hari minggu sahaja atau sepanjang cuti semester?
    • Adakah mereka mampu seimbangkan tanggungjawab lain apabila bekerja?
    • Berapakah matlamat wang yang mahu dikumpul?

    Soalan yang perlu ditanya mungkin berbeza mengikut keperluan anak-anak, tetapi pastikan anda tanya soalan tersebut agar mereka tahu apa yang mereka mahukan dan perlu dilakukan.

    1. Bantu mereka bina belanjawan

    Selepas mereka sudah mula bekerja dan memperoleh gaji, bantu mereka menetapkan dan mengawal belanjawan. 

    Mereka mungkin mahu mula membayar untuk perkara seperti baju, hiburan (tiket konsert, makan di kafe dan sebagainya).

    Setiap belanjawan adalah berbeza berdasarkan pendapatan, perbelanjaan dan keperluan seseorang. Tetapi melakukan ini sekarang boleh membantu mereka dapat gambaran jelas bagaimana mereka perlu menguruskan wang.

    1. Terapkan amalan menabung

    Selain menabung untuk apa yang mereka mahukan, ingatkan juga untuk menyimpan demi masa hadapan. Mulakan dengan jumlah sekecil-kecil RM20 sebulan.

    Selain simpanan, ibu bapa juga boleh dedahkan mereka kepada pelaburan. Sekarang sudah ada banyak aplikasi pelaburan robo advisor yang mereka boleh gunakan seperti Wahed, Versa dan sebagainya. Ajarkan bagaimana dengan melabur, mereka boleh gandakan simpanan dalam jangka masa panjang. – RELEVAN

    Previous ArticleApa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    Next Article 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.