Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    By Umi FatehahNovember 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INI apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih. - GAMBAR HIASAN COTTONBRO/PEXELS

    DALAM landskap emosi manusia yang kompleks, perasaan sedih ialah perkara biasa dan normal. Ia merupakan aspek universal yang dihadapi semua, sekurang-kurangnya satu ketika dalam kehidupan mereka. 

    Walaupun ramai mengetengahkan kepentingan mengejar kebahagiaan, mengakui dan menerima kesedihan juga penting untuk memahami kesejahteraan emosi secara holistik.

    Sebab hanya dengan pemahaman itu, kita mampu mencari jalan keluar dari lembah kesedihan.

    Ia membantu menyalurkan emosi kepada penjagaan diri, memupuk rasa kesejahteraan dan, yang paling ideal, kedamaian.

    Tetapi, jangan keliru antara sedih dan kemurungan (depression). Ada bezanya, seperti dalam gambar di bawah:

    Perbezaan antara sedih dan kemurungan

    Berikut adalah cara yang boleh dicuba untuk mengatasi perasaan sedih seperti yang dikongsikan di Better Up.

    1. Elak daripada rasa bersalah

    Adakalanya, perasaan serba salah turut hadir bersama sedih. Lebih-lebih lagi apabila kita tahu orang terdekat sedang risau.

    Namun, perasaan sedih bukanlah petanda bahawa anda gagal mengawal emosi. Semua orang pernah rasa, semua orang pernah hadap.

    Daripada menyalahkan diri sendiri, lebih baik kita terima bahawa ini semua proses dalam kehidupan. Cuba luahkan perasaan melalui penulisan atau bercerita kepada rakan terdekat. 

    1. Luangkan masa dengan diri sendiri

    Berdamai dan berbaik dengan diri sendiri bukanlah bermakna kita pentingkan sendiri. Kita cuma berusaha mengutamakan kestabilan dan kesihatan diri, terutamanya sewaktu dirundung sedih.

    Buat aktiviti yang sama seperti kita meluangkan masa bersama rakan sekiranya mereka sedih. 

    Kalau biasa pujuk kawan dengan pergi ke kafe estetik, bawa diri sendiri ke kafe estetik. Suka tonton filem? Pergi ke pawagam berseorangan.

    Lakukan apa sahaja yang boleh buat anda gembira.

    Ingat, apa sahaja aktiviti yang dilakukan untuk memujuk diri sendiri tidak dikira sebagai membuang masa.

    1. Terima, akui perasaan yang dialami

    Daripada menolak jauh perasaan atau berpura-pura tidak sedih, lebih baik anda terima dan akui segala perasaan yang dialami. Mengalami pelbagai emosi adalah sebahagian daripada lumrah manusia, termasuklah rasa sedih.

    Memang senang cakap dari buat tetapi realitinya, menerima kenyataan bahawa kita sedang bersedih adalah langkah pertama untuk mengatasi perasaan tersebut. Susah tapi kita tetap kena buat.

    Dapatkan nasihat rakan atau ahli terapi dan ceritakan apa yang berlaku. 

    1. Menangislah sekiranya perlu

    Ada yang menangis di tempat kerja, di bahu rakan dan keluarga atau bersendirian. Jika anda merasakan keinginan untuk menangis, biarkan diri anda melepaskannya. 

    Ia adalah sebentuk ekspresi emosi yang menawarkan kelegaan dan penyembuhan.

    1. Buat sesuatu yang melibatkan kreativiti

    Melukis, menulis atau berkebun ialah cara terbaik untuk meluahkan emosi dan meningkatkan semangat. 

    Aktiviti ini boleh membantu mengawal emosi, memberi kelegaan atau boleh juga mengalihkan fikiran sekiranya itu apa yang anda perlukan.

    Fikir di luar kotak dan cari sesuatu yang boleh membakar semangat anda.

    1. Dengar muzik

    Muzik boleh membantu anda menumpukan perhatian dan mempengaruhi emosi dengan ketara. 

    Lagu dengan mesej positif atau rentak yang rancak boleh mengingatkan anda tentang perkara yang anda suka, menawarkan cara yang mudah dan menyeronokkan untuk melawan perasaan sedih. 

    1. Bersenam

    Menurut sebuah kajian, berlari selama 15 minit berpotensi mengurangkan risiko kemurungan. 

    Sekiranya anda tidak suka berlari, jangan risau. Lakukan sahaja sebarang pergerakan dalam apa jua cara, ia tetap akan memberi kesan positif kepada mood anda. 

    1. Beribadah

    Ada banyak ibadah yang boleh dilakukan untuk menghilangkan sedih. Selain solat fardhu, anda boleh lakukan solat sunat. 

    Ketika berdoa, mengadulah kepada Tuhan dan mintalah agar segala kesedihan ini digantikan dengan kebahagiaan yang diredhai. – RELEVAN

    Previous Article8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    Next Article Ajar anak cara congak

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.