ANDA tidak akan rasa seronok bekerja sepanjang masa, itu realiti kehidupan. Akan ada hari anda rasa seperti tidak bermotivasi, tertekan atau sudah tidak mahu bekerja lagi. Perkara ini sangatlah normal kerana kita hanya seorang manusia, mempunyai kudrat terbatas dan emosi yang berubah-ubah. Namun, pada hari motivasi bekerja hilang, sangat mencabar untuk menyelesaikan tugasan harian. Ini boleh menimbulkan bimbang – mungkin rakan sekerja akan marah atau lebih teruk lagi, kita boleh dibuang kerja. Sebelum situasi ini semakin berlarutan, ikuti tujuh petua di bawah untuk meningkatkan motivasi agar tanggungjawab kerja dapat dilangsaikan. Rehat Walaupun ada banyak kerja perlu diselesaikan, kita tetap perlu…
Umi Fatehah
CUBA lihat dinding di sekeliling rumah, ada nampak tompokan kulat? Kalau ada, jangan biar dinding anda dalam keadaan sebegitu. Mungkin anda belum mahu membersihkan atau mengecat semula dinding yang berkulat kerana ia melibatkan kos. Tetapi, tahukah anda kulat-kulat di dinding itu sebenarnya membahayakan kesihatan? Kesan berbahaya terdedah kepada kulat (terutamanya kulat toksik) boleh muncul beberapa tahun kemudian. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis kulat berbahaya dan simptom terdedah kepada kulat. Jenis-jenis kulat Kulat alergen Kulat alergen kebiasaannya tidak berbahaya terutamanya jika tidak terlalu terdedah. Namun, kulat jenis ini memberi kesan teruk kepada mereka yang mempunyai alahan dan masalah…
KEBANYAKAN orang mengaitkan cap jari dengan keupayaan untuk menyelesaikan misteri (seperti jenayah), tetapi persoalan utamanya ialah mengapa kita mempunyai cap jari? Setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza dan belum ada lagi penemuan dua orang dengan cap jari yang sama. Bukan itu sahaja, setiap lima jari tangan kiri dan lima jari tangan kanan, kesemuanya juga mempunyai cap jari yang berbeza. Menurut ahli biologi yang mengkaji perkembangan struktur kulit, termasuk cap jari di Universiti Edinburgh, cap jari tidak memberi apa-apa klu berkaitan personaliti atau kelebihan kita. Menurut Reader’s Digest, bagaimana dan mengapa cap jari terbentuk pada tangan manusia telah lama menjadi…
DALAM kehidupan kerja seharian, ramai di antara kita meluangkan banyak masa duduk di meja merenung skrin komputer. Ia bukannya kerana kita mahukan gaya hidup yang begini, tetapi ini memang budaya kerja hari ini. Komputer sudah seakan-akan menjadi teman sejati di tempat kerja. Ini bermakna agak sukar untuk mengelakkan daripada duduk berjam-jam menghadap komputer kerana kerja kita bergantung kepada penggunaannya. Tahukah anda bahawa duduk boleh meningkatkan kemampatan pada tulang belakang sehingga 30 peratus berbanding berdiri? Ini boleh membawa kepada masalah seperti sciatica (sakit, lemah dan kebas di kaki), slip disc dan sakit belakang di bahagian bawah badan. Untuk mengekalkan tulang belakang…
MUSIM cuti persekolahan sudah bermula. Kebiasaannya, ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menziarah saudara mara dan sahabat handai. Sinonim dengan pulang ke kampung, lagu Balik Kampung yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Arshad sering menjadi pilihan untuk mengiringi sepanjang perjalanan. “Ho ho ho balik kampung!”, lagu itu dinyanyikan dengan perasaan yang teruja kerana tidak sabar untuk sampai di destinasi, di samping rentaknya yang rancak. Kanak-kanak yang tidak kenal siapakah penyanyi di sebalik lagu itu juga turut sama-sama menyanyikannya. Sebagai anak Malaysia yang membesar dengan karya beliau, terdengar sahaja lagu-lagunya secara spontan, lidah turut menyanyikan bait lirik, seakan-akan ia sudah…
SEBELUM ini, Relevan kongsikan artikel berkaitan kesan ketagihan TikTok kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi. Salah satu petanda utama anda ketagih TikTok ialah masalah tidur atau tidur lewat hampir setiap malam kerana menggunakan TikTok. Kalau diperhatikan, sekiranya mempunyai masalah ketagihan TikTok, kesan paling ketara ialah kesukaran untuk menumpukan perhatian. Ini bermakna anda hanya dapat fokus dalam masa yang sekejap sahaja apabila melakukan aktiviti yang sama secara berterusan dalam jangka masa panjang seperti membaca buku dan menonton filem. Sudah tiba masanya untuk anda ubah gaya hidup agar tidak terlalu bergantung kepada media sosial untuk mengisi masa. Cuba ikut tip di bawah…
ADAKAH anda sedang memburu pekerjaan baharu? Lambakan iklan pekerjaan yang tersedia dalam talian menyukarkan kita mengenal pasti mana satu yang sah, mana satu yang tipu. Baru-baru ini juga tular di X tentang syarikat yang mengiklankan kerja kosong tetapi sebenarnya penipu. Penipuan penyiaran kerja dan majikan palsu sebenarnya sudah lama berlaku. Oleh itu, kita sebagai pencari kerja perlu sedar red flag syarikat tersebut sebelum memohon kerja untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. Apabila iklan pekerjaan dalam talian kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan, ada kemungkinan besar ia tidak boleh dipercayai. Terdapat beberapa modus operandi penipuan yang digunakan oleh penipu yang menyamar…
SIAPA sahaja yang tidak mempunyai akaun TikTok pada hari ini? Hampir setiap daripada kita mempunyai TikTok dan selalu meluangkan masa menonton video di aplikasi tersebut. Ada sahaja masa lapang, pasti ramai yang memilih untuk skrol TikTok daripada melakukan aktiviti lain. Banyak video atau kandungan menarik berunsur komedi, ilmiah, fesyen, makeup dan sebagainya. Bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, ia juga menghiburkan. TikTok telah dimuat turun hampir tiga bilion kali di seluruh dunia dan merupakan salah satu aplikasi paling popular. Namun, sesetengah orang terlalu kerap menggunakan aplikasi itu sehingga menyebabkan ketagihan TikTok. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan tekanan kesihatan mental yang ketara.…
ANDA sukakan kerja dan syarikat yang sedang berkhidmat. Bos tidak toksik, persekitaran kerja pula produktif, jadi tidak ada sebab untuk anda meninggalkan syarikat ini. Namun, anda mempunyai rasa tidak berpuas hati dan tidak gembira tentang pekerjaan ini dan ada kalanya berlarutan. Mungkin anda berasa seperti perlu sentiasa berjaga-jaga atau pekerjaan semasa ini tidak mempunyai keseimbangan antara kehidupan dan kerja? Walau apa pun alasannya, pertimbangkan sekiranya ada potensi untuk meningkatkan kepuasan dan buang segala perasaan tidak berpuas hati terhadap pekerjaan semasa. Jika anda tidak berpuas hati dan tidak gembira tentang kerja, perbincangan bersama bos dan pengurus merupakan penyelesaian yang terbaik. Ia…
PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana ada kawan atau kenalan mahu meminjam wang dan anda berasa kurang selesa dengan keadaan itu? Sama ada anda juga kesempitan wang atau memang tidak selesa apabila ada yang mahu meminjam wang. Walaupun anda mungkin berasa empati dengan situasi mereka dan memahami bahawa masalah kewangan boleh menjadi mencabar, permintaan itu pasti mencetuskan pelbagai emosi. Adakah anda berada dalam situasi di mana anda perlu menolak permintaan rakan atau kenalan untuk meminjam wang? Berikut Relevan kongsikan lima beberapa tip untuk menolak dengan baik, tetapi masih cuba untuk membantu mereka. Jangan rasa tertekan Ramai yang merasakan bahawa mereka…