Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa kita suka filem atau kisah seram walaupun takut?

    Kenapa kita suka filem atau kisah seram walaupun takut?

    By Umi FatehahApril 23, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa kita suka filem atau kisah seram walaupun takut? - GAMBAR HIASAN LULI SOSA BENINTENDE/UNSPLASH

    SERAM tetapi seronok. Kebiasaannya, itu perasaan yang ramai alami bila menonton filem hantu, membaca kisah seram atau mendengar cerita misteri lewat malam.

    Walaupun kita tahu ia akan buat jantung berdebar dan tidur jadi tak lena, filem seram tetap dicari lebih-lebih lagi pada malam hujung minggu untuk ditonton bersama keluarga atau rakan-rakan di asrama. Persoalannya, kenapa kita suka sangat ‘menyeksa’ diri sebegitu?

    Menurut pakar psikologi, pengalaman menonton atau membaca sesuatu yang seram sebenarnya mencetuskan reaksi yang sangat unik dalam otak kita. Ia mengaktifkan hormon adrenalin iaitu hormon yang muncul ketika kita dalam keadaan cemas atau teruja.

    Dalam konteks ini, tubuh rasa seolah-olah dalam bahaya tetapi otak tahu bahawa kita sebenarnya selamat. Gabungan rasa takut dan selamat ini menghasilkan satu sensasi yang mencabar dan menyeronokkan.

    Selain itu, cerita seram juga memberi kita peluang untuk ‘melarikan diri’ daripada dunia sebenar. Ketika tenggelam dalam kisah hantu atau makhluk ghaib, kita dapat rehat sekejap daripada tekanan pelajaran, masalah keluarga atau kawan-kawan. Otak kita seperti ditarik ke dunia lain yang tidak realistik tetapi menghiburkan.

    Bagi sesetengah orang, menonton filem seram juga seperti satu bentuk ‘ujian keberanian’. Ada kepuasan tersendiri apabila berjaya menghabiskan satu filem yang orang lain tidak sanggup untuk menonton.

    Ia seperti menyahut cabaran walaupun hanya menonton melalui skrin televisyen atau komputer. Malah, ketika menonton bersama kawan-kawan, pengalaman itu menjadi lebih menyeronokkan! Jerit dan gelak sama-sama kemudian saling menuding jari siapa yang paling penakut.

    Namun begitu, tidak semua orang sesuai dengan kandungan seram. Ada yang mudah terpengaruh atau terlalu sensitif sehingga mengganggu tidur, pelajaran atau kesihatan mental.

    Jika rasa takut itu terlalu menguasai atau menyebabkan mimpi buruk berpanjangan, lebih baik elakkan daripada terus memaksa diri menonton filem seram.

    Minat terhadap kisah seram ini adalah sesuatu yang normal selagi kita tahu batas dan tidak biarkan rasa takut menguasai hidup.

    Sama ada anda jenis yang suka menonton seorang diri dalam gelap atau jenis yang tutup mata sepanjang masa, rasa takut itu kadangkala menghiburkan dan itu yang membuat kita mahu menonton filem seram lagi dan lagi. – RELEVAN

    Previous ArticleMalas belajar hari ini, menyesal kemudian hari
    Next Article Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.