Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

    Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

    By Umi FatehahApril 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya. - GAMBAR HIASAN STACEY KOENITZ/UNSPLASH

    “SEMALAM dah tidur awal. Tidur pula selama tujuh hingga lapan jam tetapi kenapa badan masih rasa berat dan tak bertenaga, ya?”

    Kalau anda juga sering mengalami masalah sebegini, jangan risau. Ramai orang menghadapi perkara yang sama meskipun sudah tidur mencukupi. 

    Sebenarnya, rasa letih berpanjangan bukan hanya berpunca daripada jumlah jam tidur. Sebaliknya, ia berkait rapat dengan kualiti tidur, kesihatan dalaman dan juga kesejahteraan emosi.

    Jadi, apa penjelasan di sebalik tidur lama tetapi masih berasa letih?

    1. Tidur cukup tidak bermakna ia tidur yang berkualiti

    Ramai yang berfikiran selagi mereka tidur tujuh hingga lapan jam, itu sudah memadai untuk tubuh berehat. Namun, tidur berkualiti lebih penting daripada kuantiti jam. 

    Jika sering terbangun beberapa kali pada waktu malam, terlampau sensitif dengan bunyian di persekitaran atau suhu bilik menyebabkan anda sukar untuk tidur, badan anda tidak sempat memasuki fasa tidur nyenyak. Tidur yang nyenyak pula penting untuk proses pemulihan otak dan tubuh.

    Tanpa tidur yang nyenyak dan berkualiti, badan tidak dapat menghasilkan hormon-hormon penting bagi membantu proses baik pulih tisu, menguatkan imuniti dan ketenangan fikiran. 

    1. Stres kronik dan tekanan emosi yang tidak diurus

    Stres yang berpanjangan boleh memberi kesan langsung kepada tidur. Minda yang terlalu aktif memikirkan kerja, masalah keluarga atau hal kewangan akan menjadikan tubuh sentiasa dalam mod ‘bersedia’, walaupun mata sudah pejam. 

    Otak yang terlalu aktif berfikir akan menyebabkan anda terjaga di tengah malam, tidur tidak nyenyak atau bangun awal sebelum cukup rehat.

    Lebih memburukkan, tekanan yang tidak diurus akan meningkatkan hormon kortisol (hormon stres) dalam darah yang boleh mengganggu kitaran tidur semula jadi, Keadaan ini akan meletakkan tubuh dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga. 

    Akibatnya, anda rasa penat bukan sebab tidur tak cukup tetapi kerana minda tidak pernah betul-betul berehat.

    1. Gaya hidup tidak seimbang

    Tanpa kita sedar, rutin harian juga mempengaruhi tenaga kita. Antara tabiat yang menyumbang kepada keletihan termasuklah mengambil minuman berkafein (kopi, teh, air bikarbonat) selepas waktu petang, bermain telefon atau menonton telesyen terlalu lama sebelum tidur, makan makanan berat atau tinggi gula lewat malam serta kurang bersenam sepanjang hari.

    Apabila tubuh tidak digerakkan atau terlalu banyak duduk, metabolisme akan menjadi perlahan. Ia akan menyebabkan penghasilan tenaga menurun. 

    Disebabkan tubuh tidak cukup terangsang untuk berfungsi secara optimum pada waktu siang, anda tetap akan berasa letih dan tidak bertenaga meskipun sudah mendapatkan tidur yang mencukupi.

    1. Masalah kesihatan yang tidak diketahui

    Kadang-kadang, letih yang berpanjangan walaupun dah cukup tidur adalah tanda kepada masalah kesihatan yang lebih mendalam. Contohnya:

    • Anemia – Kekurangan zat besi menyebabkan darah kurang membawa oksigen ke seluruh tubuh, menjadikan anda cepat penat.
    • Hipotiroidisme – Kelenjar tiroid yang ‘malas’ boleh memperlahankan sistem badan dan menyebabkan keletihan kronik.
    • Apnea tidur – Keadaan di mana pernafasan terhenti seketika ketika tidur, menyebabkan anda kerap terjaga tanpa sedar.
    • Kemurungan dan kebimbangan – Gangguan mood bukan saja menjejaskan emosi tetapi juga keupayaan tubuh untuk pulih dan merasa segar.

    Jika anda telah cuba mengubah gaya hidup, tidur lebih awal, makan dengan baik dan bersenam tetapi masih letih setiap hari, mungkin sudah tiba masa untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    1. Emosi dan mental tidak cukup rehat

    Dalam dunia yang semakin sibuk, kita terlalu fokus untuk menjadi produktif sampai terlupa untuk beri ruang kepada diri sendiri berehat. Rehat yang dimaksudkan bukan hanya secara fizikal tetapi juga secara mental dan emosi. 

    Keletihan sosial, beban tanggungjawab yang terlalu berat atau rasa terbeban dengan perkara yang kita simpan dalam hati turut menyumbang kepada tidur yang tidak berkualiti.

    Apa yang kita perlukan bukanlah tidur semata-mata tetapi rehat emosi. Cukup sekadar duduk diam tanpa gangguan, luahkan perasaan pada orang yang dipercayai atau ambil masa untuk melakukan perkara yang mendatangkan ketenangan. – RELEVAN

    featured keletihan kesihatan tidur
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.