DALAM artikel sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Rawatan Lanjutan Columbia Asia (CAECH), Dr. Elaijah Sasitharan Rajehgopal sudah menjelaskan bahawa strok tidak mengenal usia atau latar belakang. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Elaijah Sasitharan yang lebih mesra dikenali sebagai Sashi berkata, terdapat dua jenis strok yang biasa berlaku kepada kebanyakan pesakit. Pertama, strok iskemia. Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah di mana-mana bahagian otak tersumbat akibat darah beku. Kedua, strok hemoragik yang berlaku apabila salur darah di bahagian otak pecah. Apabila pengaliran darah terganggu, oksigen tidak dapat dihantar ke otak. Berikut, Sashi kongsikan tanda-tanda awal strok…
Umi Fatehah
KESIHATAN adalah harta paling berharga dalamkehidupan. Ia jauh lebih bernilai daripada harta fizikal seperti rumah banglo atau kereta mewah. Sekiranya harta fizikal mengalami kerosakan, segalanya boleh dibaiki dengan wang. Tetapi kalau kesihatan terjejas, tidak kiralah berapa banyak wang yang kita ada sekalipun, ia tidak menjamin kesihatan akan pulih seperti sedia kala. Bayangkan seorang pemuda bernama Amar. Orangnya positif dan bercita-cita tinggi. Secara fizikal, dia kelihatan seperti pemuda yang sihat. Pada usia 25 tahun, dia telah mencapai banyak kejayaan dalam kerjayanya. Namun, hidupnya berubah dalam sekelip mata. Dia diserang strok ketika sedang bekerja di pejabat. Sebagai orang yang masih muda dan…
BIASANYA kita dengar autisme didiagnosis pada peringkat umur kanak-kanak. Namun, apa yang biasanya terkait dengan kanak-kanak, dewasa juga tidak terkecuali. Pada peringkat kanak-kanak, gejala autisme lebih mudah dikenal pasti. Hal ini kerana simptom-simptomnya melibatkan perkembangan komunikasi dan perilaku yang tidak normal. Mereka berkemungkinan sukar memahami ekspresi wajah, bahasa tubuh dan sering kelihatan tidak tertarik pada permainan atau interaksi sosial. Namun, apabila autisme didiagnosis pada orang dewasa, cabarannya lebih rumit. Orang dewasa dengan autisme mungkin ada cara tersendiri untuk menyembunyikan gejala. Hal ini menyebabkan para doktor sukar melakukan diagnosis yang lebih tepat. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri autisme dalam kalangan dewasa. Perbezaan…
DASAR Gaji Progresif (DGP) yang diperkenalkan kerajaan akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengekalkan bakat dan menangani masalah penghijrahan tenaga kerja ke syarikat multinasional atau luar negara. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, DGP bertujuan menangani isu pekerja yang melihat PKS sebagai batu loncatan ke syarikat yang lebih besar dengan menyediakan gaji yang lebih kompetitif dan peluang untuk meningkatkan kemahiran. “Kita tidak dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap PKS tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengubah dan meningkatkan mutu (PKS). “Masalah ini tidak berlaku di negara yang perkembangan ekonominya lebih maju seperti Jerman. Ini kerana di sana (Jerman), industri PKS…
SAYA baru menang cabutan bertuah RM1 Juta. Saya dah jadi orang kaya baharu (OKB). Saya tidur lena setiap malam kerana tidak lagi perlu risaukan hal kewangan. Tetapi ini cuma mimpi saya beberapa hari lepas. Saya tidak pernah ada pengalaman menang apa-apa cabutan bertuah. Walaupun hadiahnya cuma pembakar roti edisi Hello Kitty berwarna merah jambu, saya tetap tidak menang. Mungkin Tuhan belum izinkan untuk saya jadi OKB. Sebabnya, kalau terlampau kaya dan terlalu banyak duit, saya mesti tak tahu apa nak buat dengan duit itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kesusahan hati orang yang kaya mendadak Kalau anda baru menerima bonus tahunan atau menang RM1…
KITA ada banyak acara anugerah. Untuk wartawan, ahli sukan, ahli perniagaan, penjawat awam atau ejen insurans. Pasti ada anugerah. Seiring dunia yang bagi sesetengah orang berputar pada paksi pempengaruh, TikTok juga ada anugerah. Pertama kali dianjurkan di Malaysia tahun lalu, malam berprestij TikTok Awards Malaysia 2024 akan berlangsung pada 11 Ogos ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC). Mengapa perlu ada TikTok Awards? Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil, TikTok Awards Malaysia 2024 mahu menjadi platform penting yang dapat mengubah impian pencipta kandungan menjadi realiti melangkaui skrin. Sebab itu tema yang dipilih tahun ini ialah “Realisasikan…
AMIRUL merupakan seorang pekerja cemerlang. Dia tidak pernah sampai lambat ke pejabat. Segala tugasan yang diberikan diselesaikan dengan gemilang. Namun, lama kelamaan motivasinya jatuh. Puncanya bukan disebabkan beban kerja yang banyak. Katanya, dia tidak kisah kerja bertimbun-timbun kerana ia selari dengan minatnya. Tetapi, yang menjadi cabaran ialah perangai bosnya yang teruk! Cakap putar-belit, arahan yang diberi tidak jelas, sikapnya pula sangat pentingkan diri sendiri sehingga menyeksa staf. Hari-harinya mula suram. Kerja yang pada asalnya dilakukan dengan gembira kini menjadi azab. “Aku benci bos aku! Apa aku perlu buat sebenarnya?” keluhnya setiap hari. Sebelum itu, mari kita kenali ciri-ciri bos yang…
SEBAGAI seorang profesional, anda mungkin sedia maklum tentang kepentingan mengemas kini resume dengan kerap meskipun tidak mencari kerja baharu. Tidak kira apa profesion atau tahap kerjaya, memastikan resume sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini adalah sangat penting, terutamanya dalam pasaran kerja yang ada pasang surutnya. Tetapi bagaimana pula dengan profil LinkedIn? Adakah ia sama penting? LinkedIn adalah penting, namun kepentingan profil LinkedIn bukan sekadar mendaftar untuk wujudkan akaun dan biarkan ia berhabuk tak disentuh. Sama ada anda mahu mencari pekerjaan lain atau tidak, profil LinkedIn juga perlu dikemas kini. Menurut statistik Linkedin, terdapat lebih 738 juta ahli, 55 juta syarikat…
HARI ini sudah 26 hari bulan. Ada yang sudah dapat gaji, ada juga masih menghitung hari. Setiap bulan, rutinnya sama sahaja. Sudah dapat gaji, kita terus selesaikan yang wajib: bayar bil, hutang SPayLater dan simpan sejumlah wang dalam tabung. Selesai semuanya, hanya tinggal baki yang tidak seberapa. Mahu tunaikan kemahuan pun berkira-kira, risau tengah bulan nanti sudah pokai. Pernahkah anda terfikir, sampai bila mahu hidup begini? Sampai bila kita mahu hidup cukup makan sahaja? Jika pernah berada dalam situasi begini, anda tidak berseorangan. Malah, mungkin hampir setiap daripada kita mempunyai persoalan yang sama. Ya, hidup dengan gaji cukup makan itu…
SEKARANG musim durian, ramai yang menjual raja buah itu di tepi jalan. Berapa banyak jenis durian yang anda tahu? D24, musang king, kampung, kahwin, black thorn – ini semua yang paling kerap kita dengar dan mudah dicari. Ketika saya bercuti di Batu Feringghi, Pulau Pinang dulu, saya jumpa macam-macam nama atau jenis durian yag tidak pernah didengar. Sebenarnya ada berapa jenis durian? Tidak kiralah apa jenis durian sekalipun, durian tetap durian dan rasa durian tetap unik. Secara peribadi, saya suka isi durian yang lembut dan tebal, bijinya pula nipis. Baru puas makan! Tetapi, banyak cerita yang kita dengar tentang durian…

