Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

    Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

    By Umi FatehahApril 28, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat. - GAMBAR HIASAN IZLIZAN OSMAN

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sudah diumumkan. Kini tibalah masa untuk membuat pilihan penting tentang hala tuju pendidikan atau kerjaya.

    Dalam tempoh ini, ramai pelajar mungkin terdorong untuk mengikut jejak rakan-rakan sama ada dalam memilih jurusan, universiti atau bidang kerjaya.

    Perlu diingatkan bahawa keputusan ini adalah tentang masa depan anda, bukan orang lain. Pilihlah laluan berdasarkan minat dan kekuatan diri sendiri, bukan semata-mata kerana mahu ikut kawan.

    Mungkin ramai yang mahu membuat keputusan bersama rakan-rakan lain kerana takut tidak mampu mengharungi kehidupan di universiti tanpa sahabat sejati. Jangan risau, adik-adik.

    Kawan baharu akan datang seiring dengan pengalaman baharu. Dunia selepas SPM adalah medan untuk membina jaringan persahabatan yang lebih luas daripada pelbagai latar belakang, minat dan budaya.

    Malah, di universiti atau tempat kerja nanti, anda akan bertemu ramai individu yang mungkin lebih sehaluan dengan minat dan cita-cita anda. 

    Jadi, jangan takut untuk memilih laluan sendiri walaupun berbeza daripada kawan-kawan. Apa yang penting, keputusan itu membawa anda lebih dekat kepada impian dan potensi diri.

    Cabaran pertama sebagai dewasa

    Keputusan ini lebih besar daripada sekadar memilih tempat belajar, ia adalah permulaan kepada laluan kerjaya dan masa depan anda. Jadi, buatlah keputusan yang benar-benar mencerminkan diri anda.

    Inilah sebahagian daripada perjalanan menjadi dewasa iaitu belajar bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat.

    Ia mungkin terasa menakutkan pada awalnya tetapi percayalah, keberanian untuk memilih berdasarkan minat dan cita-cita akan membentuk kekuatan dalaman yang berguna sepanjang hayat.

    Lebih baik menempuh laluan sendiri dan berkembang menjadi diri yang sebenar daripada mengikut orang lain dan akhirnya hilang arah di tengah jalan.

    Kenapa minat itu penting?

    Belajar dalam bidang yang diminati membuatkan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna. Anda akan bersemangat menghadiri kelas, lebih gigih menyiapkan tugasan dan lebih berdaya tahan menghadapi cabaran. 

    Setiap cabaran akan terasa seperti satu peluang untuk berkembang, bukan satu beban yang memenatkan.

    Sebaliknya, jika anda mengambil jurusan yang tidak diminati hanya kerana mahu mengikut kawan, anda mungkin cepat berasa tertekan, hilang motivasi dan akhirnya terpaksa bersusah payah untuk sekadar bertahan.

    Minat yang mendalam juga sering menjadi faktor kejayaan jangka panjang. Ramai tokoh terkenal dunia berjaya bukan kerana mereka memilih laluan popular tetapi kerana mereka mengembangkan apa yang diminati. 

    Jangan pilih kerana trend atau tekanan orang lain

    Setiap tahun, ada bidang tertentu yang menjadi trend seperti sains komputer, kejuruteraan, perubatan atau undang-undang. Pada masa ini, bidang teknologi mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana dunia semakin bergantung kepada teknologi.

    Jika minat dan potensi anda memang selari dengan bidang-bidang yang sedang menjadi pilihan utama ini, teruskanlah. Itu satu kelebihan besar untuk masa depan anda.

    Namun, apa yang perlu dielakkan ialah memaksa diri memilih laluan yang langsung tidak sesuai dengan minat atau kekuatan diri semata-mata kerana ia kelihatan popular atau banyak peluang kerja.

    Tekanan daripada keluarga atau masyarakat juga boleh mengaburkan pertimbangan. Ada yang merasa terpaksa memilih jurusan tertentu kerana mahu memenuhi harapan orang lain atau menjaga nama keluarga.

    Ingat, yang akan berhadapan dengan kelas harian, tugasan, peperiksaan dan dunia kerjaya nanti ialah anda, bukan mereka.

    Memilih bidang yang tidak sepadan dengan minat hanya akan menjadikan perjalanan anda lebih sukar, memenatkan dan mungkin juga membuatkan anda hilang semangat di tengah jalan.

    Pilihlah dengan jujur terhadap diri sendiri kerana kerjaya yang dibina dengan minat akan lebih mudah bertahan dalam jangka masa panjang.

    Cara kenal pasti minat jika masih keliru

    Jika anda masih belum pasti apa yang diminati, jangan risau. Perkara ini normal terutamanya selepas tamat zaman persekolahan. Berikut beberapa tip untuk membantu anda mengenali minat sebenar:

    1. Kenang kembali subjek kegemaran di sekolah

    Apakah subjek yang selalu membuatkan anda tidak sabar untuk menghadiri kelas? Subjek apa yang membuatkan anda rasa waktu belajar berjalan dengan cepat kerana terlalu asyik belajar?
    Fikirkan semula, mungkin jawapan ada pada perkara yang paling anda nikmati ketika belajar di sekolah.

    1. Fikirkan tentang aktiviti masa lapang

    Apakah aktiviti yang anda suka lakukan tanpa paksaan? Melukis? Menulis? Membina sesuatu? Membantu orang lain? Ini boleh memberi petunjuk kepada bidang yang sesuai dengan minat.

    1. Buat ujian minat kerjaya

    Terdapat banyak ujian dalam talian percuma yang membantu mengenal pasti kecenderungan anda berdasarkan personaliti dan minat.

    1. Sertai karnival kerjaya atau pameran pendidikan

    Jika anda masih keliru tentang pilihan jurusan, cuba hadiri karnival kerjaya, pameran pendidikan atau sesi taklimat universiti dan kolej.

    Di acara sebegini, anda boleh bertemu terus dengan wakil institusi, profesional dalam pelbagai bidang dan mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang kursus, syarat kelayakan serta prospek kerjaya.

    1. Berbincang dengan guru kaunseling atau mentor

    Kadangkala, orang lain mampu melihat bakat dan kecenderungan dalam diri kita yang kita sendiri tidak sedari.

    Guru kaunseling, guru kelas atau mentor berpengalaman boleh membantu anda mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta minat berdasarkan pemerhatian mereka terhadap sikap dan prestasi anda selama ini.

    Jangan malu untuk berbincang secara terbuka, mereka boleh memberi panduan objektif, mencadangkan jurusan yang sesuai dan mungkin juga membantu anda merancang laluan akademik atau kerjaya berdasarkan minat serta kemampuan sebenar. – RELEVAN

    featured jurusan minat pendidikan sambung belajar spm universiti
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.