Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    By Umi FatehahMay 2, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja. - GAMBAR HIASAN RESUME GENIUS/UNSPLASH

    SEJAK meninggalkan syarikat lama yang toksik, masih belum ada rezeki untuk mula bekerja semula di tempat lebih baik. 

    Anda tarik nafas dan ulang semula proses mencari kerja. Laman web LinkedIn, Jobstreet dan sebagainya digodek untuk mencari jawatan yang diinginkan. Hati tetap berharap walaupun semakin hari semakin penat.

    Ini bukan pengalaman luar biasa. Ramai pencari kerja pernah mengalami situasi yang sama. Bila tiada maklum balas, soalan demi soalan mula bermain di fikiran. 

    Sebenarnya, ia tidak semestinya bermakna anda tidak layak. Tetapi ada beberapa sebab yang jarang diberitahu dan sering kali kita sendiri tidak perasan. 

    Majikan tidak akan jelaskan satu persatu, jadi dalam artikel ini, kita bongkarkan lima sebab utama yang mungkin menyebabkan anda belum dapat panggilan temu duga. 

    1. Resume tidak disesuaikan untuk jawatan yang dimohon

    Resume bukan sekadar senarai sejarah pekerjaan. Ia adalah alat pemasaran diri yang perlu disesuaikan mengikut keperluan majikan. 

    Ramai calon gagal kerana menghantar resume yang terlalu umum, tidak berfokus, tiada kaitan dengan jawatan dan langsung tidak menunjukkan pemahaman terhadap peranan yang dipohon.

    Contohnya, jika anda memohon sebagai Eksekutif Media Sosial tetapi resume anda banyak memfokuskan pengalaman jualan atau khidmat pelanggan tanpa sebarang butiran berkaitan pengurusan kandungan, algoritma atau strategi pemasaran digital, majikan tidak akan melihat anda sebagai calon yang sesuai.

    Apa yang anda boleh buat ialah kenal pasti kata kunci dalam iklan kerja dan pastikan resume anda mengandungi istilah-istilah tersebut. Tunjukkan pencapaian sebenar yang relevan seperti “meningkatkan kadar interaksi media sosial sebanyak 45 peratus dalam tiga bulan”.

    1. Surat iringan (cover letter) hambar atau tiada 

    Masih ramai yang menganggap surat iringan sebagai formaliti semata-mata atau lebih buruk, tidak menghantarnya langsung. Ini satu kerugian besar. Surat iringan ialah ruang menyatakan niat dan semangat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

    Majikan bukan sekadar mahu lihat kemampuan calon tetapi kenapa anda berminat dengan jawatan dan syarikat itu. Tanpa surat iringan yang tersusun dan jujur, anda mungkin kelihatan tidak berminat atau sekadar mencuba nasib.

    Tuliskan surat iringan yang ringkas (1 halaman) dengan menyatakan latar belakang, mengapa berminat dengan jawatan dan syarikat itu serta bagaimana anda boleh menyumbang kepada majikan. Gunakan nada profesional tetapi elakkan terlalu kaku.

    1. Media sosial menjadi bahan penilaian

    Zaman sekarang, majikan tidak hanya bergantung pada resume. Mereka akan mencari anda di Google, semak LinkedIn malah Instagram atau TikTok. 

    Jika mereka jumpa sesuatu yang meragukan seperti kutukan tentang kerja terdahulu atau cara berinteraksi terlalu kasar, perkara-perkara tersebut juga boleh membuatkan mereka kurang berminat untuk mengambil anda bekerja.

    Apa yang dikongsi secara terbuka memberi gambaran tentang personaliti anda. Majikan mahukan individu yang bukan sahaja berkemahiran tetapi juga boleh dipercayai dan menjaga nama baik syarikat.

    Jadi, periksa semula semua akaun media sosial anda. Setkan ke mod peribadi (private)  jika perlu. Jika anda serius dalam membina kerjaya, mulakan dengan mengemaskini LinkedIn dan gunakan platform itu untuk tonjolkan pencapaian profesional.

    1. Tiada penjenamaan peribadi (personal branding) yang meyakinkan

    Penjenamaan peribadi bukan untuk selebriti sahaja. Dalam dunia kerjaya, ia bermaksud cara anda mempersembahkan nilai diri secara konsisten sama ada melalui resume, profil LinkedIn, portfolio atau gaya komunikasi.

    Ramai calon mempunyai pengalaman bekerja yang cemerlang tetapi gagal menampilkan imej profesional. Ada juga yang menggunakan alamat emel tidak profesional atau profil LinkedIn terlalu kosong dan tidak dikemaskini sejak bertahun-tahun.

    Anda dinasihatkan untuk menggunakan satu nama profesional di semua platform. Tuliskan bio yang jelas dan mempunyai impak. 

    Sertakan pautan ke projek, penulisan, pencapaian atau testimoni jika ada. Bina naratif yang jelas tentang siapa anda dan apa nilai yang boleh ditawarkan.

    1. Tahap pengalaman tidak selari dengan keperluan jawatan

    Kadang-kadang, bukan kerana calon tidak bagus tetapi kerana pengalaman anda terlalu banyak atau terlalu sedikit. 

    Majikan mungkin takut anda cepat bosan atau akan minta gaji tinggi jika terlebih layak. Sebaliknya, jika terlalu kurang pengalaman dan tiada bukti minat atau usaha untuk belajar, anda juga akan diketepikan.

    Sebagai contoh, memohon jawatan eksekutif kanan dengan pengalaman hanya setahun tanpa sebarang latihan tambahan atau projek berkaitan, mungkin membuatkan majikan sangsi.

    Jika terlebih pengalaman, nyatakan minat anda untuk menyumbang dan belajar dalam konteks baharu. Terangkan mengapa anda rela bermula dari bawah. 

    Sebaliknya, jika kurang pengalaman, tekankan semangat belajar, kesediaan menerima cabaran dan nyatakan apa-apa projek, latihan atau kerja sukarela yang relevan. – RELEVAN

    featured kerja kerja baharu kerjaya resue
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.