KAJIAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan lebih daripada 70 peratus orang akan mengalami peristiwa traumatik pada satu ketika dalam hidup. Terdapat pelbagai jenis trauma yang disenaraikan oleh pakar. Salah satu trauma yang kurang dibincangkan namun berpotensi memberi kesan negatif yang mendalam kepada kehidupan ialah trauma generasi (generational trauma). Generasi yang lebih tua mungkin telah menanggung beban trauma generasi tanpa memahami maksud dan kesannya. Tetapi, masyarakat kini semakin cakna perkaitan trauma yang diwarisi dengan masa hadapan diri sendiri serta generasi akan datang. Sama seperti tradisi, harta pusaka, warna rambut dan resipi rahsia keluarga yang diturunkan melalui keluarga, trauma juga boleh diwarisi.…
Umi Fatehah
INSTITUT Jantung Negara (IJN) telah diiktiraf sebagai hospital pakar terkemuka di rantau Asia-Pasifik (APAC) oleh senarai Hospital Khusus Terbaik Newsweek APAC 2023. Pusat pakar jantung itu berada di kedudukan 30 dalam senarai itu dan mendahului ratusan hospital pakar lain di rantau ini. Pengiktirafan itu menandakan IJN sebagai penyedia penjagaan kesihatan teratas di Malaysia. Senarai Hospital Khusus Terbaik APAC 2023 ialah kerjasama antara majalah Amerika Newsweek dan firma penyelidikan pasaran global, Statista R. Dalam edisi pertamanya, penarafan itu bertujuan untuk mengenal pasti hospital khusus terkemuka dalam enam bidang perubatan di sembilan negara APAC iaitu Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea…
INFLASI Malaysia yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) mereda kepada 2.4 peratus, terendah dalam enam bulan pertama 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan inflasi di Malaysia didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel sebanyak 5.4 peratus dan makanan dan minuman bukan alkohol (4.7 peratus). Manakala kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah mencatatkan 2.3 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan 2.7 peratus. “Kenaikan inflasi pada Jun 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6…
BERMULA daripada emel tidak diterima bekerja kepada temu duga yang mendebarkan, proses pencarian kerja yang sesuai boleh menyebabkan anda tertekan. Ia juga boleh menjadi sangat melelahkan hingga ke tahap proses pencarian pekerjaan anda seperti tiada sinar, seterusnya menyebabkan kemurungan dalam mencari pekerjaan. Kemurungan mencari pekerjaan adalah perkara yang benar-benar berlaku dan ia bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Tekanan daripada mencari pekerjaan juga dikaitkan dengan kesihatan emosi dan mental seperti kebimbangan serta kemurungan. Mari kita perhatikan apakah cara-cara menangani kemurungan pencarian kerja dan cara menghadapi proses mencari kerja dengan pemikiran yang positif. Rancang tindakan sekiranya permohonan ditolak Di setiap kemungkinan…
BUKAN satu rahsia lagi bahawa masyarakat kita amat mementingkan penampilan fizikal. Pengaruh daripada pengiklanan, selebriti dan media sosial semuanya membawa mesej kita perlu mempunyai penampilan atau cara tertentu untuk dianggap cantik. Ini juga dinamakan sebagai piawaian kecantikan (beauty standards). Gambar-gambar yang dilihat di iklan dan media sosial setiap hari mempunyai mempunyai kesan yang mendalam terhadap cara kita melihat diri sendiri dan orang lain. Akan ada beberapa ketika, atau hampir setiap hari, individu yang mempunyai masalah imej badan (body image) yang negatif membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Perkara ini kemudian menimbulkan perasaan sentiasa tidak mencukupi kerana kurangnya rasa sayang dan…
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi filem Barbie arahan Greta Gerwig bakal ditayangkan di Malaysia. Mesti ramai gadis-gadis yang meminati Barbie tidak sabar untuk menontonnya, bukan? Mungkin keterujaan yang dialami oleh gadis-gadis ini tidak dapat difahami oleh para jejaka. Apa yang seronok dan istimewa sangat pasal Barbie ini? Patung Barbie sangat sinonim dengan zaman kanak-kanak. Budak-budak lelaki mungkin main permainan seperti mainan tentera, senapang kayu atau aktiviti fizikal seperti bola sepak dan rounders. Tetapi, budak-budak perempuan bermain anak patung Barbie. Barbie bukan hanya sekadar patung. Mereka suka bermain anak patung ini kerana boleh menukar baju dan kasutnya yang cantik-cantik. Selain itu,…
KERAGUAN dengan masa depan, diri sendiri dan apa sahaja yang terjadi di sekeliling anda adalah perasaan yang dialami hampir semua orang. Perasaan ragu dan risau ini adakalanya melelahkan, tetapi kita tidak boleh elak daripada memikirkan perkara tersebut. Ini kerana, sebagai manusia kita mempunyai rasa untuk mengawal setiap situasi mengikut kehendak diri sendiri. Walhal, kita tahu bahawa setiap perkara yang diinginkan dalam kehidupan tidak semestinya akan berlaku. Namun, dengan izin tuhan, mungkin apa yang diimpikan dan diusahakan bakal tercapai. Apabila berada dalam situasi yang meragukan dan terlalu risaukan sesuatu, kita pasti akan fikirkan bagaimana caranya untuk mengurangkan atau mengawal perasaan ini.…
MELANJUTKAN pelajaran ke peringkat universiti menandakan pelajar-pelajar ini sudah selangkah lebih dekat ke alam dewasa. Fasa ini membawa kepada pertemuan wajah dan persekitaran baharu, tekanan pelajaran dan ketahanan hidup yang kesemuanya perlu digalas di bahu sendiri. Di samping berseronok dan gembira belajar serta meneroka fasa kehidupan baharu, akan ada situasi di mana anda berasa tertekan. Apabila tertekan, kesihatan mental para pelajar mungkin terjejas. Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar bukan perkara baharu. Keadaan kesihatan mental yang kurang stabil boleh menjejaskan tumpuan, tahap tenaga dan keupayaan pelajar untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab pelajaran dengan baik. Oleh itu, penjagaan kesihatan mental dalam…
KEMENTERIAN Ekonomi bertegas untuk melibatkan diri dalam penyelesaian isu-isu struktur ekonomi yang boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi negara, termasuk kadar gaji rakyat yang rendah. Menterinya, Rafizi Ramli berkata, kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah adalah antara punca pembayaran gaji yang tidak setimpal dengan nilai hasil pekerja di negara ini. Ia juga menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. “Kadar gaji penengah benar dan gaji kemasukan baharu telah merosot selepas pandemik dan kekal lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik. “Nisbah gaji pekerja (CE) Malaysia bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2019 adalah 35.9 peratus, jauh lebih rendah daripada negara-negara…
PURATA mata gred kumulatif Kebangsaan (CGPA) bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 ialah 2.82, tertinggi dalam sejarah sejak STPM diperkenalkan. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, ini adalah peningkatan berbanding keputusan pada 2021 dengan PNGK 2.79. “PNGK Kebangsaan tahun ini adalah yang tertinggi sejak STPM diperkenalkan,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan hari ini. Beliau juga berkata 1,184 calon (2.84 peratus) calon memperoleh PNGK sempurna 4.00, juga meningkat berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 874 calon. Seramai 41,701 calon menduduki peperiksaan ketiga-tiga semester bagi STPM 2022. Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta boleh memperoleh…