Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    By Umi FatehahJuly 1, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025. - GAMBAR FARIZ RUSADIO

    KERAJAAN mengumumkan semakan kadar Cukai Jualan serta peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai. 

    Langkah itu bagi memastikan sistem percukaian negara kekal mampan dan mampu menyokong keperluan perbelanjaan negara tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah. 

    Antara yang menjadi perhatian ramai ialah senarai barang yang dikenakan dan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dalam pelaksanaan baharu ini.

    Senarai barang dikecualikan cukai SST

    Kerajaan mengekalkan pengecualian cukai bagi barang keperluan harian untuk mengurangkan kesan kos sara hidup. Antara barang yang dikecualikan cukai SST (kadar 0 peratus) ialah:

    • Bahan mentah makanan seperti ayam, daging lembu, kambing, itik, ikan (termasuk tongkol, keli, bilis, tilapia), udang, sotong dan kerang.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan seperti tomato, timun, kobis, kelapa, ubi kentang, bawang, halia dan lain-lain.
    • Bahan asas dapur seperti beras, tepung (gandum, beras, sagu), gula, garam, minyak masak sawit, roti putih, pasta, bihun dan mi segera.
    • Minuman asas seperti susu segar, Milo, Vico, Nestum dan seumpamanya.
    • Keperluan lain termasuk ubat dan peranti perubatan, buku dan akhbar, makanan ternakan, baja, racun, jentera pertanian serta bahan binaan asas seperti batu, pasir dan simen.

    Selain itu, beberapa buah-buahan import seperti epal, oren, limau mandarin dan kurma juga dikecualikan SST, selaras maklum balas pengguna.

    Senarai barang dikenakan cukai SST

    Pelaksanaan SST 2025 turut memperkenalkan kadar baharu untuk barang tertentu, khususnya produk bukan keperluan asas:

    Barang berkadar lima peratus

    • Abalone
    • Lobster
    • Salmon, kod dan ketam raja
    • Quinoa
    • Keju
    • Jem buah
    • Minyak pati (essential oil)
    • Buah-buahan import seperti anggur, avocado, mangga dan pisang
    • Telefon pintar
    • Sutera
    • Cendawan truffle
    • Jentera industri tertentu

    Barang berkadar 10 peratus

    • Kaviar
    • Sirip ikan yu
    • Minuman beralkohol
    • Rokok dan cerut
    • Barangan kulit
    • Lukisan antik
    • Basikal lumba
    • Barangan mewah lain yang dikategorikan di bawah Sales Tax Order 2025

    Perkhidmatan pajakan dan sewaan sarangan serta premis

    Perkhidmatan pajakan dan sewaan kini dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar lapan peratus apabila ia melibatkan barangan atau premis yang digunakan untuk tujuan komersial atau perniagaan dengan nilai perkhidmatan bercukai mencapai RM500,000 dalam tempoh 12 bulan. Ini termasuk:

    • Pajakan atau sewaan jentera, kenderaan, peralatan dan bangunan komersial.

    Namun, cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas:

    • Sewaan hartanah kediaman
    • Pajakan atau sewaan aset di luar Malaysia
    • Pajakan kewangan (financial lease) 
    • Pajakan bahan bacaan

    Pengecualian juga diberikan untuk pajakan dalam kumpulan syarikat yang sama (intra-group leasing) dan transaksi perniagaan-ke-perniagaan (B2B) untuk mengelakkan cukai berganda. 

    Selain itu, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada cukai perkhidmatan. 

    Kontrak sedia ada yang ditandatangani sebelum 1 Julai 2025 dan tidak disemak semula akan turut dikecualikan selama 12 bulan, selagi terma kontrak kekal tidak berubah.

    Perkhidmatan pembinaan

    Perkhidmatan pembinaan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus meliputi semua kerja pembinaan berkaitan infrastruktur, bangunan komersial dan kemudahan industri. 

    Cukai ini hanya dikenakan apabila nilai perkhidmatan pembinaan bercukai mencecah RM1.5 juta dalam tempoh 12 bulan bagi mengurangkan beban pematuhan kontraktor kecil dan sederhana.

    Pembinaan bangunan kediaman dan kemudahan awam berkaitan perumahan kekal dikecualikan. 

    Pengecualian B2B turut disediakan untuk mengelakkan cukai berganda. Untuk tempoh peralihan, kontrak sedia ada yang ditandatangani sebelum 1 Julai 2025 dan tidak diubah akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan selama 12 bulan.

    Perkhidmatan kewangan

    Cukai perkhidmatan kini dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan berasaskan yuran atau komisen apabila nilai perkhidmatan tersebut mencecah RM500,000 dalam tempoh 12 bulan. Ini termasuk:

    • Perkhidmatan penasihat kewangan
    • Broker
    • Perkhidmatan penjamin (underwriting)

    Namun, cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas pendapatan berasaskan faedah atau keuntungan, keuntungan pertukaran mata wang asing dan transaksi pasaran modal.

    Selain itu, broker dan perkhidmatan penjamin bagi insurans hayat, insurans perubatan atau takaful keluarga untuk individu juga tidak dikenakan cukai. 

    Pengecualian turut diberikan untuk transaksi B2B, fi tertentu di bawah urus niaga patuh syariah serta transaksi melibatkan Bursa Malaysia dan entiti yang dikawal selia di bawah undang-undang Labuan yang terus menikmati pengecualian cukai.

    Perkhidmatan kesihatan

    Perkhidmatan kesihatan swasta yang diberikan kepada bukan warganegara Malaysia kini dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Namun, perkhidmatan kepada rakyat Malaysia kekal dikecualikan.

    Perkhidmatan pendidikan

    Kumpulan H merangkumi perkhidmatan berasaskan yuran oleh prasekolah, sekolah rendah dan menengah swasta kepada pelajar bukan warganegara yang dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Perkhidmatan pendidikan kepada rakyat Malaysia dan institusi pengajian tinggi tertentu terus dikecualikan.

    Perkhidmatan logistik dan penghantaran

    Skop perkhidmatan logistik kini diperluas untuk merangkumi perkhidmatan penghantaran termasuk penghantaran hari sama, ekspres dan berjadual sama ada dilakukan oleh syarikat kurier, armada peribadi atau platform digital. 

    Sebelum ini, perkhidmatan pos utama sudah dikenakan cukai tetapi pindaan ini memperluas cukai kepada perkhidmatan logistik dan pemenuhan (fulfilment) swasta yang sebelum ini di luar skop.

    Sokongan kepatuhan dan peralihan

    Untuk menyokong pematuhan terhadap peluasan skop SST ini, kerajaan mengumumkan tiada pendakwaan atau penalti akan dikenakan kepada syarikat yang mengambil langkah memenuhi keperluan pendaftaran dan pelaporan sebelum 31 Disember 2025. 

    Namun begitu, perniagaan diingatkan untuk tidak menangguhkan persediaan pelaksanaan dengan melakukan semakan kedudukan cukai syarikat, kemaskini sistem dalaman dan selaraskan operasi dengan kehendak baharu peraturan cukai. – RELEVAN

    Previous ArticleMahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    Next Article Pelajar jangan pinggirkan sastera

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.