Facebook Twitter
    Trending
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    By Umi FatehahJune 23, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus. - GAMBAR HIASAN MONICORE/PEXELS

    HARI ini, sebut sahaja garam, pasti anda terbayang lebih daripada sekadar bahan asas di dapur. 

    Ada garam Himalaya warna merah jambu, garam laut dari Jepun, garam kosher, garam buluh dari Korea. Kesemua jenis garam itu ‘ditambah perasa’ dengan dakwaan kononnya lebih sihat, semula jadi, anti-penyakit dan ada juga yang berani mendakwa ia boleh menurunkan berat badan.

    Namun, apakah benar garam-garam tersebut mampu beri kesan luar biasa seperti yang didakwa?

    Bila garam tak lagi sekadar penambah rasa

    Sebelum ini, Kesihatan Awam Malaysia pernah berkongsi kisah seorang pelajar universiti yang mengalami cirit-birit berpanjangan dan keletihan melampau. 

    Pemeriksaan lanjut menunjukkan paras sodium dalam darahnya sangat tinggi iaitu satu keadaan yang dikenali sebagai hypernatraemia yang boleh memberi kesan serius kepada fungsi tubuh.

    Apa puncanya?

    Pelajar itu dilaporkan mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150 gram setiap hari selama 10 hari berturut-turut kerana mempercayai ia boleh membantu penghadaman dan menurunkan berat badan.

    Akibatnya? Tubuhnya mula mengalami dehidrasi serius dan sistem badannya terganggu.

    Garam bukan penawar ajaib

    Inilah masalahnya bila gaya hidup sihat dicampur dengan mitos. Mitos itu pula disalut dengan marketing yang licik. Ramai pengguna hari ini terlalu terpesona dengan label seperti organik, semula jadi hingga terlupa bahawa semua jenis garam pada asasnya tetap mengandungi natrium klorida yang hampir sama.

    Garam Himalaya, contohnya, sering dianggap lebih sihat kerana warna merah jambu semula jadinya. Tetapi menurut Healthline, tiada kajian kukuh yang membuktikan ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding garam biasa.

    Perbezaan antara jenis-jenis garam ini sebenarnya hanyalah dari segi rupa, rasa, cara diproses dan kegunaan masakan, bukan fungsi perubatan.

    Di sebalik dakwaan, ini faktanya

    Antara dakwaan yang sering dikaitkan dengan garam premium termasuklah:

    • Mampu menurunkan tekanan darah
    • Merawat buah pinggang
    • Mengurangkan berat badan
    • Mengimbangkan pH badan
    • Meningkatkan libido dan melambatkan penuaan

    Namun, penyelidikan yang ada menunjukkan majoriti manfaat ini hanyalah fungsi normal natrium dalam tubuh, bukan kerana jenis garam tertentu. Malah, pengambilan garam secara berlebihan tetap memberi risiko kepada kesihatan tanpa mengira ia dari gua Himalaya atau buluh Korea.

    Sebagai contoh, ada kajian mencadangkan diet rendah sodium boleh menjejaskan kualiti tidur tetapi ini bukan alasan untuk kita ‘lebihkan’ garam sesuka hati. Ia hanya menunjukkan bahawa pengambilan garam yang mencukupi itu penting, bukan berlebihan.

    Perlu garam tetapi jangan berlebih

    Realitinya, tubuh kita hanya perlukan garam dalam jumlah tertentu untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit, tekanan darah dan fungsi saraf. Tetapi terlalu sedikit atau terlalu banyak, kedua-duanya boleh bawa masalah.

    Contohnya, terlalu banyak garam menyebabkan risiko tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang, dehidrasi dan penyakit jantung.

    Terlalu sedikit garam pula menyebabkan keletihan, kekejangan otot, gangguan tidur dan ketidakseimbangan hormon.

    Garam bukan rawatan tetapi untuk penambah rasa

    Apa-apa jenis garam pun, fungsinya dalam masakan ialah untuk menambah rasa, bukan untuk menyembuhkan penyakit atau menurunkan berat badan. Apa yang lebih penting ialah kuantiti yang anda ambil setiap hari, bukan dari lombong mana garam itu digali.

    Jangan kerana trend, kita telan garam buluh macam ubat. Jangan kerana warna cantik, kita anggap garam Himalaya sebagai vitamin.

    Garam tetap garam. Dan seperti yang ditekankan oleh Kesihatan Awam Malaysia, yang membezakan sihat atau tidak bukan bergantung kepada jenis garam tetapi bagaimana dan kandungan yang diambil setiap hari.

    Nak makan sedap, makanlah. Tetapi ukur garam di sudu sendiri, bukan pada label semata-mata. – RELEVAN

    Previous ArticleMampukah generasi kita beli rumah?
    Next Article 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    Artikel berkaitan

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026
    Artikel Terkini

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.