Facebook Twitter
    Trending
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara terbaik dapatkan wang tambahan

    Cara terbaik dapatkan wang tambahan

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 26, 2024Updated:July 26, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    wang tambahan
    Menjadi seorang pencipta konten boleh mendatangkan pendapatan sampingan. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    SEMUA orang ingin mendapatkan duit lebih. Bagaimanapun, dengan kekangan-kekangan sedia ada seperti kerja hakiki dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga, ramai yang menangguhkan niat mereka. 

    Lagipun, bukan mudah untuk membahagikan masa melakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa. Walaupun dapat menjadi sumber pendapatan tambahan, kerja sambilan turut menuntut komitmen terutamanya dari segi masa. 

    Namun, dunia sekarang semakin mencabar. Tidak dinafikan, sebarang pendapatan tambahan sedikit sebanyak mungkin dapat menampung kos kehidupan. 

    Wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai hal, contohnya untuk membayar hutang atau sebagai tabungan masa hadapan. 

    Mempunyai pelbagai sumber pendapatan merupakan langkah terbaik untuk mempersiap diri jika berlaku sebarang musibah pada kemudian hari. 

    Jika anda berhadapan dengan masalah ekonomi atau tiba-tiba diberhentikan kerja, sekurang-kurangnya anda mempunyai sedikit wang tambahan bagi menyara diri. 

    Kerja sambilan sangat sesuai dilakukan mereka yang mempunyai kemahiran seperti menulis, bermain muzik, mereka bentuk grafik atau menjahit. 

    Malah, golongan profesional yang mempunyai kepakaran dalam satu-satu bidang juga boleh menawarkan khidmat nasihat dengan bayaran tertentu. 

    Tetapi, itu tidak bermaksud anda hanya boleh lakukan kerja sambilan jika mempunyai kemahiran spesifik. Dengan wujudnya ekonomi gig dan media sosial, semua orang boleh melakukannya. 

    Kali ini, Relevan akan terangkan jenis-jenis kerja sambilan yang boleh dilakukan bagi mereka yang ingin mendapatkan duit lebih. 

    1. Jadi seorang pekerja bebas (freelancer)

    Kerja bebas yang berkait rapat dengan kerjaya sedia ada boleh menjadi nilai tambah dalam resume anda. – GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    Pandai menulis? Apa kata anda gunakan kemahiran tersebut dan jadi seorang pekerja bebas.

    Sebagai seorang pekerja bebas, anda boleh berurusan terus dengan pelanggan. Oleh sebab itu, anda boleh tetapkan berapa kadar bayaran mengikut kepakaran. 

    Bukan itu sahaja, seorang pekerja bebas juga boleh bekerja mengikut masa sendiri dimana-mana sahaja.

    Jika anda melakukan kerja bebas dan ia berkait rapat dengan kerjaya sedia ada, ia boleh menjadi nilai tambah dalam resume anda. 

    Sebagai contoh, mereka yang suka menulis boleh cuba melakukan kerja-kerja penterjemahan dan caj mengikut jumlah perkataan. Sama jugalah bagi mereka yang pandai menggunakan Canva. Apa kata gunakan bakat tersebut untuk cipta kandungan untuk perniagaan kecil. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Soal duit, jangan suka ambil ‘shortcut’

    ARTIKEL BERKAITAN: Empat cara urus duit raya anak dengan baik menurut pakar kewangan

    2. Mengajar kelas tuisyen untuk dapatkan wang tambahan

    Kebelakangan ini, perkhidmatan mengajar secara dalam talian dan dari rumah ke rumah mendapat permintaan yang sangat tinggi. Malah, dengan wujudnya pelbagai platform tuisyen dalam talian, sesiapa sahaja boleh menjadi guru. 

    Lagipun, bekerja sebagai seorang guru dapat memberikan anda kepuasan, terutamanya jika anda suka mengajar. Hanya dengan memperuntukkan beberapa jam seminggu, anda boleh jalankan perniagaan tuisyen sendiri di luar masa bekerja. 

    3. Jadi penghantar makanan 

    wang tambahan
    Kebanyakan platform p-hailing menawarkan bonus serta insentif tertentu jika bekerja pada waktu-waktu puncak. – GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    Kerja sambilan sebagai seorang penunggang p-hailing merupakan pilihan yang sangat popular kini. Kewujudan platform seperti Grab, Foodpanda dan Lalamove membolehkan anda bekerja secara fleksibel pada bila-bila masa. 

    Malah, kebanyakan platform juga menawarkan bonus serta insentif tertentu jika bekerja pada waktu puncak. Hanya dengan sebuah motosikal dan telefon bimbit, anda boleh menjadi seorang penunggang p-hailing asalkan anda sabar untuk menunggu dan sanggup berpanas. 

    4. Jana wang tambahan melalui penghasilan kandungan

    Anda suka buat video? Boleh mengacara dengan baik? Mungkin anda boleh jadi seorang pencipta kandungan! 

    Dengan bantuan media sosial, anda boleh cipta kandungan dan pada masa sama, lakukan pemasaran bergabung (affiliate marketing). 

    Setiap kali anda mempromosi produk tertentu, anda akan menerima komisyen melalui program pemasaran bergabung yang ditawarkan oleh platform tertentu, misalnya Shopee dan Lazada. 

    5. Jual barangan kraftangan 

    Kini, penjualan barang kraftangan juga kian popular disebabkan permintaan ramai. Disebabkan keunikannya, ramai orang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan produk tertentu, lebih-lebih lagi jika ia boleh disesuaikan mengikut permintaan pelanggan. 

    Jika anda pandai mengait, melukis atau menjahit, inilah masanya untuk tonjolkan bakat dan jana pendapatan sampingan. Kadangkala, barangan kraftangan juga boleh dijual dengan harga premium. – RELEVAN

    Previous ArticleSampai bila nak hidup dengan gaji cukup makan?
    Next Article Kisah Icarus yang terbang terlalu dekat dengan matahari

    Artikel berkaitan

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Artikel Terkini

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.