Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berapa kotorkah span di dapur anda?

    Berapa kotorkah span di dapur anda?

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Span
    Span yang kita gunakan setiap hari merupakan perumah kepada lebih 362 spesies bakteria yang berbeza. - GAMBAR HIASAN MATEUS ANDRE/FREEPIK

    TAHUKAH anda, span yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk di rumah sebenarnya lebih kotor daripada mangkuk tandas?

    Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Scientific Reports, span yang biasa kita gunakan setiap hari merupakan perumah kepada lebih 362 spesies bakteria yang berbeza, dengan purata sebanyak 45 bilion bakteria setiap sentimeter persegi.

    Penulis kajian tersebut, Markus Egert berkata, hanya satu tempat di dunia yang mempunyai jumlah bakteria yang hampir sama, iaitu di dalam usus manusia.

    Kajian sama turut membuktikan bahawa span di singki dapur kita sebenarnya lebih kotor daripada tempat duduk tandas yang hanya mempunyai kira-kira lapan jenis bakteria berbeza setiap sentimeter persegi.

    Menurut beliau, perbezaan ketara antara span basuh pinggan dengan tempat duduk tandas adalah jenis permukaannya.

    Selain itu, liang pada permukaan span dan juga keadaannya yang sentiasa lembap membuatkan ia menjadi tempat paling sesuai untuk bakteria merebak.

    Walaupun kita menggunakan span bersama sabun untuk melakukan kerja-kerja pembersihan, itu tidak bermaksud ia benar-benar bersih.

    Tambah Egert, dapatan kajian tersebut sangat penting untuk menentukan langkah terbaik dalam mengatasi penyebaran bakteria disebabkan pencemaran silang, terutamanya di premis yang menjual makanan.

    Kebanyakan bakteria tidak membawa bahaya

    Span
    Secara purata, sekeping span digunakan sebanyak enam kali atau lebih dalam masa seminggu. – GAMBAR HIASAN VOLODYMYR HRYSHCHENKO/UNSPLASH

    Walaupun span merupakan perumah bagi berbilion bakteria, pakar berpendapat ia mungkin tidak akan mencetuskan sebarang bahaya.

    Malah, menurut Egert, kebanyakan bakteria yang melekat pada permukaan span adalah daripada spesies yang ‘lemah’ dan mudah mati.

    “Walaupun begitu, bakteria berbahaya seperti salmonela juga boleh membiak dalam span. Ada juga kemungkinan bakteria itu melekat pada tangan lalu masuk ke dalam makanan. Inilah yang kita gelar sebagai pencemaran silang.

    “Disebabkan permukaan span yang lembap dan berpotensi menjadi tempat sisa-sisa makanan berkumpul, ia boleh menjadi ‘sarang’ terbaik bagi tempat pembiakan bakteria,” jelasnya.

    Menurut Egert, dalam kajian yang dijalankannya, cara menggunakan span tidak penting kerana hampir kesemua span yang diujinya mempunyai jumlah bakteria yang hampir sama.

    “Dalam kajian sebelum ini, kami telah membuat kaji selidik terhadap 9,966 orang dari seluruh Eropah. Kami dapati, penduduk di sini (Eropah) lebih suka menggunakan span berbanding berus untuk membasuh pinggan dan periuk.

    “Secara purata, hampir 19 daripada 20 sampel span yang kami ambil digunakan sebanyak enam kali atau lebih dalam masa seminggu. Kami boleh simpulkan, tidak ada sebarang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit ditemui pada mana-mana span ataupun berus yang digunakan,” katanya.

    Bagaimanapun, Egert mendapati, jumlah bakteria yang ditemui pada permukaan berus jauh lebih sedikit berbanding pada permukaan span.

    “Disebabkan berus mengering dengan pantas, sebarang bakteria berbahaya akan mati. Berbeza dengan span, berus juga mempunyai pemegang. Jadi, anda boleh elak untuk sentuh kawasan yang mengandungi banyak bakteria, secara tidak langsung mengurangkan risiko pencemaran silang.

    “Jika anda ingin pastikan kawasan dapur sentiasa bersih, beralihlah kepada penggunaan berus. Namun, jika anda ingin terus menggunakan span, pastikan anda tukar sekerap mungkin,” katanya.

    Cara terbaik pastikan span kekal bersih

    Span
    Jika boleh, tukar span baharu dua minggu sekali. – GAMBAR HIASAN FREEPIK

    Bagi mengelakkan pencemaran silang, anda boleh:

    • Jauhkan span daripada daging mentah. Jika anda sedang menyiang ikan atau memotong daging, pastikan span jauh daripada jangkauan. Elak menggunakan span sama untuk membasuh pinggan biasa dan papan pemotong. Sediakan span berbeza untuk tugas-tugas ini.
    • Ganti span satu atau dua minggu sekali. Jangan biasakan diri menggunakan span yang sama sehingga buruk. Tukar span dua kali setiap bulan untuk mengurangkan risiko pencemaran silang.
    • Bersihkan span dua hari sekali. USDA menyarankan orang ramai agar membersihkan dan mengeringkan span selepas guna. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro selama satu minit untuk menyahjangkitkan sebarang kuman yang berada di permukaan span. Bagaimanapun, hati-hati kerana span mudah terbakar.
    • Simpan span di tempat kering. Jangan biar ia terendam di dalam air sabun.
    • Jangan lap meja dapur dengan span sama. Penggunaan span boleh meningkatkan risiko penyebaran bakteria pada permukaan tersebut. Sebaiknya, gunakan tisu atau tuala kering.
    • Gunakan pembersih alternatif. Selain span, anda juga boleh menggunakan berus atau span silikon yang lebih mudah untuk dicuci dan cepat kering. – RELEVAN
    bakteria bakteria berbahaya. salmonella featured kesihatan span span kotor
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.