Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Alkana, alkena dan alkuna dalam kehidupan seharian

    Alkana, alkena dan alkuna dalam kehidupan seharian

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 24, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    alkana
    Gas etilena digunakan bagi memastikan buah-buahan masak tepat pada masanya sebelum dipasarkan. - GAMBAR HIASAN KAMRAN AYDINOV/FREEPIK

    ALKANA, alkena dan alkuna merupakan tiga jenis hidrokarbon yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan seharian. 

    Ketiga-tiga jenis sebatian organik tersebut merupakan sejenis hidrokarbon alifatik yang terdiri daripada rantaian atom karbon dan hidrogen.

    Perbezaannya adalah pada jumlah ikatan kovalen antara dua karbon – alkana mempunyai satu ikatan, alkena mempunyai dua ikatan dan alkana pula tiga. 

    Perbezaan inilah yang menyebabkan alkana, alkena dan alkuna mempunyai sifat fizikal dan kimia yang berbeza. Ia juga membuatkan ketiga-tiga hidrokarbon tersebut mempunyai fungsi yang pelbagai. 

    Salah satu contoh alkana yang kita gunakan dalam kehidupan seharian adalah propana. Gabungan propana dan butana digunakan bagi menghasilkan gas petroleum cecair (LPG) yang lebih bersih dengan jejak karbon yang lebih rendah berbanding pembakaran arang batu. 

    Bagi negara-negara yang beriklim sejuk, mereka menggunakan propana sebagai bahan api untuk memanaskan rumah. Di Malaysia, LPG digunakan sebagai gas memasak. 

    Amerika Syarikat merupakan pengeksport propana paling besar di dunia, dengan jumlah hampir dua juta tong (kira-kira 318 juta liter) sehari disebabkan peningkatan mendadak penggunaan bahan api bagi pemanasan rumah. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kurangkan sisa makanan, pelihara alam sekitar

    ARTIKEL BERKAITAN: Sisi gelap fesyen segera

    alkena
    Gas petroleum cecair (LPG) yang digunakan bagi tujuan memasak. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Sementara itu, alkena misalnya etena digunakan bagi menghasilkan polietilena, sejenis plastik yang digunakan dengan meluas dalam kehidupan harian. Ia merupakan bahan utama dalam produk seperti beg plastik, botol air dan juga permainan. 

    Dalam sektor makanan, gas etilena digunakan bagi memastikan buah masak ranum tepat pada masanya. 

    Bagi mengelakkan pembaziran, penjual akan mematangkan buah-buahan, misalnya pisang atau tomato dengan bantuan gas etilena supaya ia masak sepenuhnya ketika sampai di pasar raya berdekatan. 

    Berbeza dengan alkana atau alkena, alkuna lebih jarang ditemui secara semula jadi. Disebabkan sifatnya yang sangat reaktif, proses penyimpanan dan pengendaliannya sangat mencabar. 

    Dalam sektor pembinaan, alkuna mempunyai peranan sangat penting terutamanya dalam kerja-kerja pembinaan yang membabitkan logam. 

    Sebagai contoh, etuna digunakan sebagai gas nyala dalam proses pengimpalan disebabkan suhunya yang sangat tinggi. 

    Dalam pada itu, alkuna iaitu asitelina turut digunakan bagi menghasilkan polivinil klorida (PVC) yang digunakan sebagai penebat kabel, fabrik pakaian dan paip air disebabkan sifatnya yang tahan lasak. 

    Alkan, alkena, dan alkuna merupakan tiga jenis hidrokarbon utama dengan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. 

    Walaupun setiap kumpulan mempunyai sifat kimia yang unik, mereka memberikan sumbangan yang signifikan dalam pelbagai aplikasi yang berbeza. – RELEVAN 

     

    alkana alkena alkuna featured kimia pendidikan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.