Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dahulukan kerja paling sukar untuk tingkatkan produktiviti

    Dahulukan kerja paling sukar untuk tingkatkan produktiviti

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    katak
    Pekerja yang ingin menjadi lebih produktif perlu beranikan diri untuk selesaikan kerja yang paling sukar dahulu - GAMBAR HIASAN

    SEMUA orang ingin menjadi produktif di tempat kerja. 

    Kebolehan untuk kekal produktif membuktikan anda merupakan seorang pekerja yang cemerlang, boleh menyiapkan tugasan dengan pantas dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiapkan satu-satu kerja bertepatan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing. 

    Bukan itu sahaja, individu yang lebih produktif juga sering mendapat kepuasan dalam pekerjaan sekiranya kerja keras mereka membuahkan hasil. Malah, majikan juga lebih berkemungkinan menaikkan gaji atau memberi imbuhan tertentu kepada pekerja yang rajin. 

    Dari segi kesihatan mental pula, mereka kurang tertekan kerana dapat mengagihkan masa dengan efisien bagi mencapai keseimbangan hidup-kerja. 

    Bagaimanapun, bukan mudah untuk kekal produktif. Tidak dinafikan, kita hidup dalam dunia yang penuh dengan gangguan. 

    Selain kewujudan telefon pintar yang kerap mengalih tumpuan, ada juga gangguan lain. Misalnya mesyuarat yang terlalu banyak atau kawan-kawan yang tidak habis-habis mengajak bersembang. 

    Semua ini sedikit sebanyak mengganggu produktiviti diri. Akibatnya, banyaklah kerja yang tidak selesai. 

    Sudah pasti, semua orang sudah ambil maklum mengenai keburukan melengah-lengahkan kerja – ia hanya akan membawa musibah pada masa hadapan. 

    Makan sahajalah katak itu!

    Katak melambangkan kerja yang paling sukar yang perlu diselesaikan secepat mungkin. – GAMBAR HIASN AUSTIN SANTANIELLO/UNSPLASH

    Pengarang dari Amerika Syarikat (AS), Mark Twain pernah berkata – ‘eat the frog’ – atau secara harfiahnya boleh diterjemahkan kepada ‘makan sahajalah katak itu’. 

    Petikan tersebut memberi inspirasi kepada penulis buku laris, 21 Great Ways to Stop Procrastinating, Brian Tracy. 

    Dalam buku tersebut, Tracy berkata, para pekerja yang ingin menjadi lebih produktif perlu beranikan diri untuk ‘makan katak pada awal pagi’. 

    Maksud beliau, kita perlulah selesaikan kerja yang paling sukar terlebih dahulu sebelum menyiapkan kerja-kerja lain. 

    Mesejnya ialah, sesiapa yang ingin berjaya perlulah bertindak seawal mungkin untuk menyelesaikan masalah tententu, tidak kiralah betapa sukarpun kerja tersebut. 

    Jadi, lebih baik ‘makan sahaja katak’ (lakukan kerja paling sukar) supaya kita boleh fokus pada kerja lain yang lebih mudah. 

    Ketidakupayaan untuk menyiapkan kerja boleh meruntuhkan moral. Bayangkan, kita bekerja keras tetapi tidak ada satu tugasan pun yang selesai. 

    Menggunakan teknik ‘eat the frog’, kita dapat membezakan kerja apa yang paling mustahak dan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jika tidak, anda akan menghabiskan terlalu banyak masa berfikir tentang kerja tersebut berbanding menyelesaikannya. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kesan perubahan iklim kepada pekerja dan dunia kerjaya

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 langkah untuk perkembangan kerjaya

    Bagaimana hendak mula?

    Buat senarai untuk tentukan kerja mana yang paling sukar. – GAMBAR HIASAN UNSEEN STUDIO/UNSPLASH

    Menurut Unito, teknik ‘eat the frog’ bukan sahaja boleh dipraktikkan di tempat kerja, ia juga dapat membantu anda menyelesaikan masalah di rumah, terutamanya jika anda mempunyai timbunan kerja untuk disiapkan. 

    Sebelum mula, pastikan anda:

    • Tentukan kerja mana yang paling penting – Pilih kerja yang paling penting dan mustahak. Pastikan ia dapat memberikan kepuasan setelah disiapkan. Elak mendahulukan kerja-kerja yang perlu disiapkan disebabkan permintaan orang lain. 
    • Anda perlukan sedikit ‘desakan’ untuk mula – Mengaku sahajalah, anda sukar untuk mulakan kerja tersebut kerana kerap melengah-lengah. Sebab itulah, kerja itu boleh disamakan dengan ‘katak’. Sebenarnya, ia bukanlah sesukar yang anda sangkakan. Cuma, anda perlukan sedikit motivasi untuk mula. 
    • Boleh disiapkan hari ini atau secepat mungkin – Jika ia boleh disiapkan hari ini, lebih baik anda selesaikannya secepat mungkin. Bila kerja sudah siap, pasti anda akan rasa lebih lapang dan boleh selesaikan tugasan lain dengan aman. 

    Jangan lupa, lakukan apa sahaja untuk siapkan tugasan tersebut. Jangan sesekali buang masa dengan perkara-perkara tidak penting. Salah satu tip yang mungkin dapat membantu adalah dengan memastikan telefon bimbit anda dalam mod senyap. 

    Selain itu, anda juga mungkin boleh gunakan teknik Pomodoro untuk urus masa dengan lebih baik. 

    Contoh lakukan kerja paling tidak disukai di tempat kerja

    Sebagai contoh, anda ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan. Pertama sekali, senaraikan kerja-kerja tersebut. 

    1. Hantar e-mel.
    2. Telefon pelanggan.
    3. Hantar invois. 

    Kemudian, dahulukan tugasan yang paling tidak disukai. Jika anda paling tak suka telefon orang, lakukan perkara tersebut terlebih dahulu. Mudah bukan?

    Contoh lakukan kerja paling tidak disukai di rumah

    Anda boleh gunakan formula yang sama jika ada kerja rumah yang ada semakin menimbun. 

    Contohnya, anda perlu:

    1. Basuh baju. 
    2. Mop lantai.
    3. Basuh pinggan. 
    4. Kemas bilik. 

    Lakukan kerja yang paling anda tak suka. Benci basuh pinggan? Ini tandanya anda perlu selesaikan kerja itu dahulu! Beginilah caranya jika anda ingin terapkan konsep ‘eat the frog’ dalam kerjaya dan kehidupan harian. – RELEVAN

    eat the frog featured katak kerja kerjaya masalah kerja produktiviti produktiviti kerjaya selesaikan kerja tidak produktif
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.