Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 kepentingan perancangan pusaka dan pentadbiran harta

    8 kepentingan perancangan pusaka dan pentadbiran harta

    By MOHD KAMAL ARIFFIN ROZALIJuly 16, 2024Updated:July 17, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGURUSAN harta pusaka akan lebih mudah jika ia dirancang dengan teliti. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PENGURUSAN harta ialah proses merancang pengagihan harta yang dimiliki seseorang individu agar boleh diuruskan waris dengan lebih lancar selepas kematian.

    Ia melibatkan proses mengenal pasti matlamat kewangan individu, menguruskan harta semasa hidup dan memastikan harta tersebut diagihkan kepada waris atau penerima manfaat dengan cara yang diingini.

    Berikut merupakan beberapa kepentingan utama membuat perancangan harta.

    • Mengelakkan kemerosotan kewangan keluarga

    Antara tujuan utama pengurusan harta adalah untuk melindungi kewangan keluarga yang bakal ditinggalkan.

    Apabila perancangan dibuat dengan teliti, seseorang boleh memastikan bahawa hak milik si mati dapat diagihkan kepada waris yang berhak tanpa perlu menjalani proses pengurusan yang panjang atau menanggung beban perbelanjaan yang besar.

    Ini dapat mengelak kemerosotan ekonomi keluarga jika pusaka tidak diuruskan dengan baik apabila berlakunya kematian dalam kalangan keluarga.

    • Memastikan pengurusan pusaka dilaksanakan seperti yang dikehendaki

    Dengan perancangan harta, seseorang dapat menentukan dengan jelas pihak yang akan menerima pusaka selepas mereka meninggal dunia.

    Ini sekali gus dapat mengurangkan beban selain mengelakkan risiko konflik melibatkan pertikaian keluarga setelah berlaku kematian.

    • Melindungi hak anak-anak dan tanggungan

    Pengurusan harta juga penting untuk melindungi hak anak-anak dan tanggungan seperti pasangan atau orang tua yang memerlukan penjagaan.

    Perancangan yang bijak dapat memastikan kestabilan kewangan mereka yang berada di bawah tanggungjawab individu tersebut apabila berlaku kematian.

    • Mengurangkan beban cukai harta

    Pengurusan harta yang efektif dapat mengurangkan beban cukai harta yang perlu dibayar oleh waris.

    Strategi seperti membuka akaun amanah dan melaksanakan hibah dapat membantu memaksimumkan nilai harta yang ditinggalkan kepada waris.

    Ini sekali gus membantu waris memperoleh pengecualian cukai pindah milik sebagai mana yang dibenarkan undang-undang.

    • Melindungi harta daripada tuntutan lain

    Dengan merancang pusaka secara teliti, seseorang dapat melindungi harta mereka daripada tuntutan yang tidak diingini atau liabiliti lain yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan waris.

    • Menguruskan hutang dan tanggungan

    Perancangan harta juga melibatkan pengurusan hutang dan tanggungan semasa hidup.

    Perancangan yang bijak membolehkan seseorang menguruskan hutang mereka dan dapat memastikan tanggungan hutang tidak dibebankan kepada waris secara tidak terjangka.

    • Memaksimumkan nilai harta

    Perancangan harta yang bijak dapat memaksimumkan nilai harta yang ditinggalkan kepada waris.

    Ini termasuk melindungi aset daripada kerugian atau pengurangan nilai selain memastikan harta diurus dengan lebih efisien.

    • Memberikan ketenangan fikiran

    Perancangan harta dapat memberikan ketenangan fikiran kepada individu kerana pusaka mereka akan diuruskan dengan betul dan mengikut keinginan mereka apabila kematian berlaku.

    Kesimpulan

    Perancangan harta yang teliti dapat memberikan perlindungan kewangan kepada keluarga yang bakal ditinggalkan.

    Malah, ia turut dapat mengelakkan kemerosotan kewangan selepas kematian dan memastikan harta dapat diurus dengan cara yang dikehendaki.

    Penting untuk kita mendapatkan nasihat profesional daripada institusi yang dipercayai seperti syarikat pentadbir amanah, Amanah Raya Berhad bagi memastikan perancangan harta dilaksanakan dengan betul dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. – RELEVAN

    Penulis merupakanpegawai Amanah Raya Berhad dan penceramah yang berpengalaman luas dalam ilmu perwarisan serta perancangan harta. Antara kepakarannya termasuk bidang pentadbiran pusaka, penulisan wasiat dan pengurusan hibah.

    Amanah Raya featured hibah kewangan pusaka Relevan Kongsi
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.