Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan kaya dengan kolagen untuk kekal awet muda

    Makanan kaya dengan kolagen untuk kekal awet muda

    By Umi FatehahJuly 17, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Makanan kaya dengan kolagen untuk kekal awet muda. - GAMBAR HIASAN AMANDA DALBJORN/UNSPLASH

    SETIAP hari, seiring dengan usia yang semakin meningkat, kandungan kolagen akan menurun. Apabila kandungan kolagen menurun, kulit kita akan kurang tegang dan menghasilkan lebih banyak kedutan.

    Disebabkan itu, semakin ramai orang terutamanya wanita berusaha untuk meningkatkan kandungan kolagen mereka. Di pasaran juga terdapat banyak jenis produk untuk menggalakkan penghasilan kolagen.

    Bermula dengan suntikan, makanan, krim, pil dan serbuk – semuanya ada, hanya perlu pilih sahaja. 

    Tetapi adakah produk yang dipasarkan sebagai penambah kolagen itu berbaloi untuk dibeli? Atau, adakah anda benar-benar memerlukannya?

    Menurut Pengarah Perubatan Pusat Perubatan Functional Cleveland Clinic, Elizabeth Bradley, tubuh badan kita menghasilkan kolagen sepanjang hayat. 

    Katanya, produk untuk meningkatkan kandungan kolagen dalam badan mungkin dapat membantu. Tetapi anda perlu mempertimbangkan dahulu sama ada badan memerlukan lebih banyak kolagen atau tidak.

    Selain faktor penuaan, punca utama mengapa seseorang tidak mempunyai kandungan kolagen yang mencukupi ialah tabiat pemakanan yang buruk.

    Badan kita tidak akan mampu untuk menghasilkan kolagen sekiranya tidak mempunyai elemen yang diperlukan.

    Sebelum anda membuat keputusan untuk bergantung kepada suntikan atau suplemen lain, mulakan dengan makan makanan yang boleh menggalakkan penghasilan kolagen seperti berikut.

    1. Sup tulang

    Proses memasak sup tulang melibatkan pengeluaran kolagen dari daging lembu, ayam atau tulang ikan. Selain makan sup tulang secara langsung, anda juga boleh memasak hidangan lain menggunakan stok tersebut.

    Kebanyakan resipi sup tulang memerlukan kita merebus tulang selama satu hingga dua hari. Dengan cara ini, segala kolagen yang terdapat dalam tulang akan keluar sepenuhnya dan akan memberi kesan yang maksimum.

    Namun, ia memakan masa, jadi pertimbangkan untuk membeli yang sudah siap dimasak di kedai.

    1. Makanan yang kaya dengan protein

    Apabila badan anda menghasilkan kolagen, ia menggabungkan asid amino, iaitu nutrien yang boleh diperoleh daripada makanan yang kaya dengan protein.

    Makanan yang tinggi protein ialah daging lembu, ayam, ikan, kekacang, telur dan produk tenusu.

    1. Makanan yang kaya dengan vitamin C

    Badan kita juga memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen. Anda boleh mendapatkan vitamin C dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk:

    • Buah sitrus (oren, limau gedang).
    • Lada merah dan hijau
    • Tomato
    • Sayuran berdaun hijau gelap (brokoli, kangkung)
    1. Makanan kaya dengan zink dan kuprum

    Untuk menghasilkan kolagen, badan juga memerlukan zink dan kuprum. Mineral ini boleh didapati sekiranya anda mengambil makanan seperti daging merah, kerang, kekacang dan bijirin penuh. – RELEVAN

    Previous Article7 Tip ulang kaji pada saat akhir
    Next Article Dahulukan kerja paling sukar untuk tingkatkan produktiviti

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.