Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Harta sepencarian dari lensa Islam

    Harta sepencarian dari lensa Islam

    By NURUL ARIFAH SHAHIFUDINJuly 15, 2024Updated:July 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KONSEP harta sepencarian perlu difahami pasangan Islam. - GAMBAR HIASAN/KU SYAFIQ KU FOZI

    HARTA sepencarian merupakan harta yang dikumpul bersama oleh pasangan suami isteri selama dalam tempoh perkahwinan berkuat kuasa, mengikut kadar dan syarat yang ditentukan hukum syarak.

    Harta sepencarian terbahagi kepada dua, iaitu secara langsung (fizikal) dan secara tidak langsung (moral).

    Kategori secara langsung juga disebut sebagai sumbangan langsung, yang bermaksud pasangan suami dan isteri telah sama-sama memberikan sumbangan mereka dalam memperoleh aset dan harta berkenaan, atau mengeluarkan modal atau wang bagi membeli aset dan harta berkenaan.

    Sumbangan tidak langsung pula merupakan sumbangan bukan berbentuk wang atau harta benda yang menghasilkan harta atau aset tertentu.

    Sumbangan itu termasuk melalui idea, dorongan, nasihat, semangat, memberi keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya. Melalui sumbangan tersebut, pasangan berjaya mendapatkan harta dan aset – itu yang dinamakan sebagai harta sepencarian secara tidak langsung.

    Sandaran undang-undang

    Akta yang diguna pakai dalam menentukan harta sepencarian seseorang ialah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Dan Kaedah-Kaedah.

    Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2005 bertarikh 24 Mac 2005 mengenai Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa:

    Pertama: Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan, termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati.

    Kedua: Pembahagian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut setakat mana yang disumbangkan oleh kedua-dua belah pihak, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    Ketiga: Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui Perintah Mahkamah. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau isteri atau ahli waris semasa tuntutan poligami, selepas perceraian dan selepas kematian pihak suami atau isteri.

    Hikmah harta sepencarian

    Hikmah Islam membenarkan harta sepencarian adalah seperti berikut:

    • Memberikan keadilan kepada suami isteri agar dapat memiliki bahagian harta yang diperoleh hasil titik peluh mereka sepanjang menguruskan rumah tangga, sekiranya berlaku perceraian, poligami mahupun kematian.
    • Membantu suami isteri membina kehidupan baharu selepas berlakunya perceraian, berbekalkan harta sepencarian yang dimiliki.
    • Menggalakkan suami isteri berusaha bersama-sama dalam memikul tanggungjawab rumah tangga dan tidak hanya meletakkan beban tugas kepada satu pihak sahaja.

    Kesimpulannya, pengisytiharan harta sepencarian tidak berlawanan dengan syarak, malah Islam menerima harta sepencarian sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam setempat.

    Semoga penulisan ini bermanfaat bagi pasangan Islam di Malaysia. – RELEVAN

    *Penulis merupakan pegawai Amanah Raya dan telah berada dalam industri perwarisan sejak 2015. Berpengalaman dalam bidang pengurusan operasi dan membantu masyarakat dalam pengurusan pusaka serta merancang perwarisan melalui wasiat, amanah dan hibah.

    Previous ArticleFakta Semesta: Zuhal dan cincin-cincinnya
    Next Article Bagaimana reCAPTCHA ‘saya bukan robot’ berfungsi?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.