Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu pineal dan kenapa kelenjar kecil di otak ini sangat penting?

    Apa itu pineal dan kenapa kelenjar kecil di otak ini sangat penting?

    By Zubaidah IbrahimJuly 18, 2023Updated:July 18, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PINEAL adalah satu kelenjar kecil di otak yang memainkan peranan sangat besar kepada kesihatan fizikal dan mental.- JCOMP/FREEPIK

    TAHUKAH anda terdapat satu kelenjar kecil di otak yang memainkan peranan sangat besar? Kelenjar itu dikenali sebagai pineal atau juga dipanggil sebagai konarium, epiphysis cerebri, organ pineal atau badan pineal.

    Kelenjar ini merembeskan melatonin yang sangat penting dalam irama sirkadian atau jam badan. Jika rembesan melatonin terganggu, ia boleh menjejaskan metabolisme tulang, kesihatan mental dan aspek kesihatan lain.

    Menurut MedicalNewsToday, fungsi utama kelenjar pineal adalah untuk mengawal kitaran bangun dan tidur. Ia membentuk sebahagian daripada sistem endokrin iaitu pengumpulan kelenjar yang merembeskan hormon yang mengawal proses badan.

    Apa itu pineal?

    Otak mempunyai dua hemisfera, disambungkan oleh rangkaian gentian. Kelenjar pineal berada di tengah-tengah otak di antara dua hemisfera.

    Ukuran panjang pineal bagi orang dewasa ialah kira-kira 0.8 sentimeter dan seberat 0.1 gram.

    Kelenjar pineal terutamanya mengandungi pinealocytes iaitu sel yang menghasilkan hormon melatonin dan sel glial yang merupakan jenis sel otak tertentu yang menyokong neuron.

    Neuron ialah sel yang menghantar maklumat kepada sel lain melalui isyarat elektrik dan kimia.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jom suri rumah bebaskan tekanan dengan 7 tip ini

    Memahami irama sirkadian

    Kelenjar pineal adalah kunci kepada jam dalam badan kerana ia mengawal irama sirkadian badan.

    Irama sirkadian ialah irama harian badan, termasuk isyarat yang membuatkan seseorang berasa letih, tidur, bangun dan berasa berjaga-jaga.

    Kelenjar pineal merembeskan melatonin iaitu hormon yang membantu mengawal irama sirkadian. Melatonin dihasilkan mengikut jumlah cahaya yang terdedah kepada seseorang.

    Kelenjar pineal mengeluarkan lebih banyak melatonin apabila ketika gelap yang menunjukkan peranan melatonin dalam tidur.

    Fungsi lain kelenjar pineal

    Kelenjar pineal telah dikaitkan dengan pelbagai fungsi lain. Ini termasuk:

    •       Metabolisme tulang

    Penyelidikan ke atas tikus menunjukkan bahawa perubahan dalam fungsi kelenjar pineal mungkin menjejaskan metabolisme tulang. Penemuan ini mungkin terpakai kepada manusia juga. Wanita menopause lebih terdedah kepada osteoporosis berbanding kumpulan lain.

    Fungsi kelenjar pineal cenderung menurun apabila usia meningkat. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Sayangi dirimu, hentikan overthinking dengan 5 tip mudah ini

    •       Kesihatan mental

    Kekurangan tidur boleh menyebabkan atau memburukkan lagi keadaan kesihatan mental. Sesetengah gangguan kesihatan mental juga boleh menyukarkan tidur.

    Akses kepada cahaya siang turut memainkan peranan dalam beberapa keadaan kesihatan mental.

    Sebagai contoh, gangguan afektif bermusim adalah satu bentuk kemurungan yang menjejaskan mood seseorang dan cenderung berlaku apabila tahap cahaya rendah. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan dalam rembesan melatonin.

    •       Metabolisme dadah

    Sesetengah dadah, termasuk dadah rekreasi dan preskripsi, kelihatan mengubah fungsi kelenjar pineal dan mengubah corak rembesan melatonin.

    Satu kajian terdahulu yang menggunakan model haiwan mendapati bahawa kelenjar pineal memainkan peranan penting dalam ketagihan kokain dan psikostimulan lain.

    •       Penuaan

    Apabila orang semakin tua, kelenjar pineal cenderung untuk merembeskan kurang melatonin. Melatonin bukanlah penyebab tunggal kepada perubahan berkaitan usia, tetapi tahap melatonin yang berkurangan boleh membantu menjelaskan proses penuaan.

    Orang dewasa lebih cenderung kurang tidur dan mungkin mengalami masalah untuk tidur. Perubahan dalam melatonin menjelaskan fenomena ini.

    Disfungsi kelenjar pineal

    Gejala yang paling ketara bagi disfungsi kelenjar pineal ialah perubahan dalam irama sirkadian. Ini mungkin bermakna tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit, berasa aktif dan gelisah di tengah malam atau berasa mengantuk pada waktu yang tidak sepatutnya.

    Gejala lain masalah dengan kelenjar pineal termasuk:

    •   Sakit kepala, loya, muntah atau gegaran
    •   Perubahan dalam kitaran haid atau ovulasi
    •   Osteoporosis
    •   Masalah kesihatan mental, terutamanya gejala bermusim

    – RELEVAN

    Previous Article5 inti utama pengurusan kewangan peribadi
    Next Article Sejarah dan fakta anak patung ikonik Barbie

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.