Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah dan fakta anak patung ikonik Barbie

    Sejarah dan fakta anak patung ikonik Barbie

    By Umi FatehahJuly 18, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MESTI ramai gadis-gadis yang meminati Barbie tidak sabar untuk menontonnya, bukan? - GAMBAR IMDB

    TINGGAL beberapa hari sahaja lagi filem Barbie arahan Greta Gerwig bakal ditayangkan di Malaysia. Mesti ramai gadis-gadis yang meminati Barbie tidak sabar untuk menontonnya, bukan?

    Mungkin keterujaan yang dialami oleh gadis-gadis ini tidak dapat difahami oleh para jejaka. Apa yang seronok dan istimewa sangat pasal Barbie ini? 

    Patung Barbie sangat sinonim dengan zaman kanak-kanak. Budak-budak lelaki mungkin main permainan seperti mainan tentera, senapang kayu atau aktiviti fizikal seperti bola sepak dan rounders. Tetapi, budak-budak perempuan bermain anak patung Barbie. 

    ANAK patung Barbie. – COMICBOOK.COM

    Barbie bukan hanya sekadar patung. Mereka suka bermain anak patung ini kerana boleh menukar baju dan kasutnya yang cantik-cantik. 

    Selain itu, jenis Barbie yang dikeluarkan juga ada pelbagai jenis. Ada yang diinspirasikan oleh puteri-puteri seperti Snow White dan Cinderella. Ada juga versi doktor, angkasawan, chef dan sebagainya. Lagi seronok kalau main bersama kawan-kawan. 

    Sejarah penciptaan Barbie

    Menurut History.com, Barbie ialah anak patung mainan pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di Amerika Syarikat (AS) dengan ciri-ciri manusia dewasa. Sejak ia mula diperkenalkan pada 1959, Barbie telah menawan hati jutaan gadis di seluruh dunia.

    RUTH Handler bersama suaminya, Elliot. – GAMBAR OLEH BBC

    Umumnya, Barbie diperkenalkan oleh sebuah syarikat pembuatan permainan kanak-kanak, Mattel.

    Syarikat itu diasaskan pada Januari 1945 dan bertanggungjawab untuk siri mainan popular lain seperti Hot Wheels, Fischer-Price, Monster High dan Polly Pocket.

    Mattel diasaskan oleh Ruth Handler bersama suaminya, Elliot. 

    Handler mendapat idea untuk Barbie apabila melihat anak perempuannya, Barbara dan rakan-rakannya bermain dengan anak patung kertas. Disebabkan ia diperbuat daripada kertas, ia mudah terkoyak.

    Apa yang menarik perhatian Handler ialah gadis-gadis itu bukannya berpura-pura menjadi kanak-kanak atau ibu dengan anak patung tersebut, sebaliknya berpura-pura menjadi pustakawan dan guru.

    Pada saat itu, Handler sedar bahawa gadis-gadis kecil itu hanya mahu menjadi wanita dewasa. 

    Sekitar tahun itu pula tidak banyak anak patung di pasaran yang membolehkan kanak-kanak perempuan melakon semula (role-play) dan membayangkan masa depan mereka.

    Pada mulanya, idea Handler tidak disambut baik kerana suami dan rakan-rakan eksekutif industri bimbang tentang anak patung berbadan dewasa. 

    Reka bentuk Barbie

    Reka bentuk Barbie diinspirasikan oleh anak patung Bild Lilli, yang dicipta dalam imej watak komik jalur Jerman. Lilli pada mulanya dipasarkan kepada orang dewasa tetapi mula menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak yang gemar mendandani anak patung itu.

    PATUNG Bild Lilli. – GAMBAR DARI PINTEREST

    Mattel kemudian membeli hak untuk Lilli dan menghasilkan anak patung dalam versi mereka sendiri iaitu Barbie.

    Barbie pertama diperkenalkan pada 9 Mac 1959 yang kini dianggap sebagai hari lahir rasminya.

    Barbie pertama atau sering dirujuk sebagai No.1 ialah cerminan gaya terkini pada zaman itu. Ia boleh didapati dalam dua versi iaitu versi berambut blonde dan berambut brunette. Kedua-dua versi anak patung tersebut memperagakan baju renang berjalur hitam dan putih tanpa tali, sepasang anting-anting emas dan kasut tumit hitam.

    Pada tahun pertama, kira-kira 300,000 Barbie telah dijual dan semakin ramai orang yang meminati anak patung itu. Pada tahun 2021, lebih 86 juta anak patung Barbie telah dijual, bersamaan sekitar 164 anak patung Barbie terjual setiap minit.

    Filem Barbie

    Filem Barbie yang akan mula ditayangkan pada 20 Julai 2023 ini dilakonkan oleh Margot Robbie sebagai Barbie dan Ryan Gosling sebagai Ken. 

    Barbie dan Ken menjalankan hidup mereka di dunia Barbie Land yang bertemakan merah jambu dan kelihatan sempurna. Bagaimana anda melihat rumah impian (dreamhouse) Barbie dijual di pasaran, begitulah rumah Barbie dalam filem itu.

    Walau bagaimanapun, apabila Barbie dan Ken berpeluang untuk pergi ke dunia nyata, mereka mula meneroka kegembiraan dan cabaran hidup dalam kalangan manusia. 

    Mungkin akan ada beberapa babak yang membuatkan para gadis terutamanya, teringat pada zaman kanak-kanak dahulu ketika bermain dengan anak patung Barbie dalam dunia sendiri.

    Pastikan peminat Barbie membeli tiket filem beberapa hari sebelum supaya anda tidak terlepas untuk menontonnya. Come on Barbie let’s go party! – RELEVAN

    barbie dreamhouse featured ken margot robbie pendidikan ryan gosling
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.