Facebook Twitter
    Trending
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    • Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025

      Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

      April 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

    Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 15, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AIR tangan Fai yang membentuk lagu Hasrat menjadi seperti yang kita dengar sekarang. - GAMBAR IHSAN FAI

    BERBORAK tentang lagu Hasrat, kalau disebut nama Fai, mungkin ramai yang keliru. Siapa Fai? Apa kaitannya dengan lagu itu?

    Nama penuhnya Faizul Hakim Kamis dan dia merupakan penyusun, penerbit serta jurutera adunan (mixing) dan adunan rapi (mastering) lagu Hasrat.

    Penglibatannya dalam lagu tular itu tersorok di belakang tabir tetapi peranannya sangat penting. Air tangan Fai yang membentuk lagu tersebut menjadi seperti yang kita dengar sekarang.

    Artikel ini mungkin agak teknikal tetapi bermanfaat buat anda yang berminat untuk ambil tahu tentang proses penerbitan sesebuah lagu. Fai berkongsi dengan Relevan apa yang terjadi sepanjang proses menghasilkan Hasrat.

    Relevan: Apa situasi waktu mula menerima lagu Hasrat?

    Fai: Situasinya sangat mudah diingati sebab waktu itu awal-awal pandemik, bulan Mac 2020. Ketika itu, semua orang dalam mood survival. Kerja tak ada dan kalau ada pun, ia tak pasti. Jadi, apabila dapat lagu itu kami seronok sebab kami tahu, walaupun bayaran tak banyak, boleh bantu kita bertahan untuk bulan-bulan seterusnya.

    Sebenarnya saya tak tahu konteks lagu ini. Saya tak diberitahu lagu ini untuk Imaginur. Maklumat yang saya dapat, Amir (Jahari) ada kawan, seorang pengarah filem dan dia nak lagu untuk projek dia. Waktu itu, saya fikir itu hanya kerja biasa yang tak ada kesan apa-apa. 

    Jadi, sinopsis cerita pun tak tahu waktu itu?

    Tak. Mungkin Amir ada dapat sebab dia kena buat lirik tapi saya tak diberitahu. Cara kerja saya dengan Amir agak unik. Boleh kata saya ini ‘reference guy’. Kekuatan saya (sebagai penyusun) ialah boleh ‘tiru’ gaya tertentu dan membentuknya semula dengan agak autentik. 

    Lagu ini merupakan lagu kedua yang saya buat dengan Amir. Kerja pertama kami ialah lagu Amir dalam album Siang dan Malam, lagu Bayang Extended Version. Dia suka hasilnya dan asasnya, dia beritahu, untuk Hasrat dia mahu guna cara yang sama.

    ARTIKEL BERKAITAN: Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

    Bagaimana proses kerja untuk lagu Hasrat?

    Amir beri saya demo, dia rakam vokal dan gitar sahaja, teras komposisi lagu tersebut. Saya diberi kebebasan untuk buat apa sahaja dalam lingkungan panduan yang Amir beri. 

    Untuk lagu ini saya bekerja dengan Abdul Karim yang susun bahagian dram. Mula-mula saya buat bahagian orkestra. Kemudian Karim buat rakaman di rumah, dia hantar fail (bahagian dram) dan saya ada tambah beberapa bahagian perkusi juga. 

    Semakannya tak banyak sebab kami tak bayangkan lagu ini akan jadi runut bunyi utama sebuah filem yang sangat bagus. Saya dan Karim pun tak fikir banyak sangat selain untuk buat yang sepatutnya untuk lagu tersebut. Prosesnya agak lancar.

    Selepas selesai bahagian orkestra, dram dan perkusi, saya ada buat programming sikit – ada keyboard dan synthesizer. Kemudian, Amir rakam bahagian vokal dan gitar dia. Waktu itu sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami tak ada akses untuk ke studio, Amir pun rakam di rumah juga.

    Selesai rakam, saya buat adunan dan adunan rapi lagu itu.

    Apa instrumen yang digunakan?

    Selain daripada pencipta lagu yang bagus, Amir juga seorang pemain gitar akustik yang sangat bagus. Pendekatan fingerstyle dia sangat unik. 

    Jadi, dah ada gitar akustik dan vokal dari Amir. Kemudian bahagian alat tali (strings) semuanya diprogram secara digital sebab PKP. Saya hanya guna alat biasa dalam orkestra: ada kontrabes, celo, biola dan viola. 

    Semuanya menggunakan teknik yang biasa saja. Ada bahagian yang guna pizzicato sedikit pada verse dan perangkai (bridge). 

    Selain itu, fokusnya untuk serlahkan lirik sebab ia bukan cerita kosong saja. Jadi, saya tak nak ambil perhatian (pendengar) dari lirik.

    Untuk bahagian synthesizer, ia agak organik. Saya buat sampel bunyi itu guna instrumen yang organik juga iaitu piano elektrik. Tapi ada tambah kesan khas sikit juga.

    Terasnya, lagu ini akustik jadi kita mahu permainan instrumennya di alam nyata. Kita nak campuran sesama instrumen itu mudah. Jadi, saya tak nak (bunyi) synthesizer itu terlalu besar atau terlalu dreamy. Sebab itu keputusan yang dibuat untuk bahagian synthesizer, ia disampel dengan cara yang agak organik.

    Satu perkara tentang lagu itu, kalau dengar betul-betul, ia tak ada instrumen bass yang kuat. Sebab susunan bass saya letakkan tanggungjawabnya pada kontrabes dalam orkestra.

    Kebiasaannya orang akan tambah bunyi bass lain sebab kontrabes hanya untuk seimbangkan bunyi dalam (susunan) orkestra sahaja, bukan untuk keseluruhan lagu. 

    Waktu awal terima lagu ini, apa bayangan untuk produk akhirnya?

    Bayangannya agak jelas walaupun saya tak tahu sinopsis cerita. Sebab kami dah buat lagu Bayang sebelum ini. Arahannya hanya ikut macam Bayang sebab Amir suka pendekatan dalam lagu itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tentang Imaginur dan kata-kata ‘healing’

    Pendekatan saya dalam Bayang ialah sisi orkestra yang tidak begitu klasikal dan avant-garde. Kalau boleh disamakan , mungkin seperti gaya orkestra Studio Ghibli.  Untuk Hasrat haluannya sama.

    Lagu ini siap pada 2020 tapi keluar pada 2023. Waktu keluar, ada tak apa-apa yang dikesalkan, yang mungkin boleh dibuat dengan lebih baik?

    Pastinya ada. Rasanya semua orang ada perasaan itu. Sebagai orang kreatif, itu salah satu pergelutan yang kita perlu tangani. 

    Maknanya, kena ada satu pemikiran yang kau buat lagu itu banyak mana pun, lagu itu tak akan ‘siap’. Kita kena fikir yang ini mungkin bukan kerja terbaik aku tapi kena keluarkan sebab faktor lain, macam deadline atau kekangan masa.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Faizul Hakim Kamis (@f.a.ii)


    Kalau pandang ke belakang, kita akan fikir patut buat itu atau ini, tapi kita mampu fikir saja. Kalau saya boleh bagi nasihat, jangan ambil apa-apa tindakan. Jangan ubah apa yang dah keluar, nak buat versi reimagined atau remastered. Kalau rasa dah ada ilmu baharu, buat produk baharu.

    Untuk Hasrat, pertama kali saya dengar semula pada 2023, apa yang saya fikir boleh dibuat dengan lebih baik adalah dari segi rakaman vokal dan gitar. Sebab waktu itu PKP dan kami semua guna kemudahan di rumah sahaja. Waktu itu kemudahan kami bukan tahap studio lagi.

    Bagi saya, cara untuk saya atasi rakaman vokal dan gitar ketika itu agak naif. Saya gunakan satu aplikasi pascapemprosesan untuk buang bunyi-bunyi gema dan hingar (noises) yang lain. Saya harap dapat buat rakaman yang lebih baik. 

    Namun, disebabkan lagu ini sangat kuat, orang tak perasan. Fokusnya pada penulisan lagu, bukan aspek teknikal. Cuma untuk puaskan telinga sendiri dan ‘telinga-telinga teknikal’ yang lain. – RELEVAN

    featured muzik pendidikan pendidikan muzik
    Artikel Terkini

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025

    Memahami hak sebagai pekerja

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.