Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

    5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

    By Umi FatehahMarch 15, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga. - GAMBAR HIASAN VAN TAY MEDIA

    SEBELUM ini, Relevan telah kongsikan artikel cara menulis dan contoh terbaik resume serta cover letter buat rujukan pemburu kerja. Kebiasaannya, selepas resume dan cover letter atau surat pengiring diterima, anda akan dipanggil ke temu duga kerja. 

    Ketika proses temu duga pula, majikan akan bertanyakan beberapa soalan bagi menilai kelayakan anda untuk bekerja dengan mereka. Menurut beberapa jurulatih kerjaya, deskripsi kerja yang ditawarkan adalah soalan bocor temu duga.

    Namun, dalam banyak-banyak soalan, ada kemungkinan majikan akan bertanya soalan apakah kelemahan anda? Agak sukar bukan untuk menjawab soalan negatif ini tanpa memberi jawapan yang negatif?

    ARTIKEL BERKAITAN: Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

    Justeru itu, Relevan kongsikan cara menjawab soalan kelemahan yang ada pada diri anda dengan konotatif yang lebih positif. Menurut Indeed, berikut merupakan lima pilihan jawapan yang bernas bagi menjawab soalan tersebut.

    1. Saya terlalu fokuskan pada perincian

    Berorientasikan perincian (detail oriented) biasanya merupakan perkara yang baik. Tetapi jika anda seorang yang cenderung menghabiskan terlalu banyak masa mementingkan perincian, ia juga boleh dianggap sebagai kelemahan. 

    Dalam jawapan temu duga, pastikan anda menerangkan cara anda membuat penambahbaikan dalam bidang ini dengan melihat gambaran yang lebih besar. 

    Sebagai contoh, “kelemahan terbesar saya ialah kadangkala terlalu menumpukan pada perincian projek dan menghabiskan terlalu banyak masa menganalisis perkara yang lebih halus. 

    “Saya telah berusaha untuk menambah baik dengan menyemak diri saya secara berkala dan memberi diri saya peluang untuk fokus semula pada gambaran yang lebih besar. Dengan cara itu, saya masih boleh menghasilkan kerja berkualiti tanpa terperangkap dalam butiran sehingga menjejaskan produktiviti atau keupayaan pasukan untuk menyiapkan tugasan.”

    ARTIKEL BERKAITAN: Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

    1. Saya sukar untuk berkata tidak

    Mencari keseimbangan yang tepat antara membantu rakan sekerja dalam projek dan menguruskan beban tugas sendiri memerlukan pengurusan masa dan tugas yang kritikal. 

    Dari perspektif majikan, seseorang yang menerima semua tugasan kelihatan berdedikasi dan komited dengan kerja. Tetapi, ia juga boleh membebankan seseorang yang bekerja melebihi kemampuan dan akhirnya tidak dapat menyelesaikan tugasan peribadi dengan baik.

    Dalam temu duga pula, anda boleh memberi jawapan sebegini, “kelemahan terbesar saya ialah kadangkala sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada permintaan dan akhirnya menerima lebih daripada yang saya boleh kendalikan. Pada masa lalu, ini telah menyebabkan saya berasa tertekan. 

    “Bagi membantu diri saya bertambah baik dalam kelemahan ini, saya menggunakan aplikasi pengurusan projek supaya saya dapat memvisualisasikan berapa banyak kerja yang saya ada. Selain itu, saya juga mengetahui sama ada saya mempunyai ruang dan masa atau tidak untuk mengambil lebih banyak kerja.”

    1. Saya seperti rasa tidak menjalankan kerja dengan baik apabila tidak menepati tarikh akhir tugasan

    Walaupun berasa tekanan atau kecewa apabila terlepas tarikh akhir (deadline) mungkin dianggap sebagai kelemahan, majikan sangat menghargai pekerja yang mengutamakan memenuhi tarikh akhir dan berusaha untuk memastikan projek berada di landasan yang betul. 

    Jika anda menggunakan ini sebagai jawapan untuk soalan temu duga kerja tentang kelemahan, alihkan fokus jawapan untuk menyerlahkan kesungguhan anda dalam menyiapkan kerja tepat pada masanya.

    Sebagai contoh, “kelemahan utama saya ialah tidak suka menangguh-nangguh dan merasa tidak senang apabila kerja tidak dapat disiapkan tepat pada masanya. 

    “Bagi mengatasi hal ini, saya telah menjadi lebih proaktif dan memberikan perhatian kepada cara saya bertindak dalam menyelesaikan tugasan untuk memastikan terus bermotivasi dan membantu meningkatkan kecekapan diri.”

    ARTIKEL BERKAITAN: Deskripsi kerja ialah soalan bocor temu duga? Ini penjelasan jurulatih kerjaya bertauliah

    1. Saya kurang mahir dalam bidang….

    Walau apa pun keadaannya, berkongsi sesuatu yang ingin diperbaiki menunjukkan bahawa anda sedar dengan kekeurangan diri dan ingin menyahut cabaran baharu. 

    Beberapa bidang yang sering dikatakan sebagai kelemahan yang ingin diatasi ialah seperti kemahiran berkomunikasi secara lisan atau bertulis, kemahiran memimpin, memberi kritikan membina atau ingin menyertai program khusus bagi meningkatkan kemahiran menggunakan perisian. 

    Namun, perlu diingatkan jika keinginan untuk menambah pengalaman dalam bidang tertentu adalah contoh kelemahan anda, pastikan ia bukan kemahiran yang penting dengan bidang kerja yang dimohon.

    1. Kadang-kadang, saya kurang berkeyakinan

    Kurang keyakinan adalah kelemahan biasa, terutamanya jika anda lepasan universiti yang masih baharu dalam industri. Walau bagaimanapun, ia kadangkala boleh menyebabkan ketidakcekapan dalam kerja seseorang. 

    Sebagai contoh, anda mungkin berasa tidak layak untuk bersuara semasa mesyuarat penting walaupun idea anda sebenarnya boleh membantu pasukan mencapai matlamat.

    Jika ini adalah kelemahan yang anda pilih untuk dikemukakan dalam temu duga, tekankan mengapa anda mementingkan keyakinan. Begitu jugaemahaman anda tentang nilai yang anda tawarkan dan cara anda latih diri untuk lebih berkeyakinan. – RELEVAN

    featured interview kerjaya komunikasi soalan temu duga
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.