Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tentang Imaginur dan kata-kata ‘healing’

    Tentang Imaginur dan kata-kata ‘healing’

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MELALUI Imaginur, rentang padang luas yang menjadi happy place Zuhal telah disuntik makna baharu yang lebih mendalam. - TANGKAP LAYAR VIDEO MUZIK HASRAT

    SAYA seronok melihat sambutan orang ramai terhadap filem Imaginur. Selain melihat filem tempatan disanjung, seronok itu juga kerana saya memang peminat hasil kerja Nik Amir Mustapha dan Redza Minhat.

    Saya sendiri sudah tonton filem itu. Sepanjang tayangan saya berfikir dan berfikir. Banyaknya hal untuk difikir itu juga membantu saya mengetepikan emosi supaya air mata tidak mengalir di sebelah adik saya dan isterinya. Malu.

    Kerja seni seperti Imaginur bagus kerana ia mengajak penonton berfikir, bukan sekadar hanyut dalam lautan emosi yang dipaksa-paksa.

    Kita berfikir tentang demensia, Alzheimer, kasih anak kepada bapa, sayang suami kepada isteri dan setia adik kepada abang. Kita berkhayal tentang luasnya memori dan akal manusia.

    ARTIKEL BERKAITAN: FTD jenis demensia jarang berlaku, tiada penawar

    Melalui Imaginur, rentang padang luas yang menjadi happy place Zuhal telah disuntik makna baharu yang lebih mendalam; lebih signifikan berbanding makna lamanya yang sering diratib anak muda sekarang iaitu ‘tempat healing’.

    Ah, healing. Perkataan ini diguna pakai terlalu kerap sehingga maknanya menipis kepada sekadar trend. Diulang-ulang dalam kapsyen dan tanda pagar TikTok sehingga menjadi tepu dan jengkel: bagai lemak lembu yang tersangkut pada lelangit.

    Anekdot ini ditulis selepas saya membaca karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil tentang trend ‘buku healing’.

    Buku healing dengan ‘puisi’ pendek yang menyentak dan mengacau emosi semakin popular sekarang. Malah, lagu-lagu yang liriknya bersifat begitu juga mendapat sambutan, terutamanya dari Indonesia.

    Kata-kata pendek yang menyentak itu bernama aforisme. Puisi A. Samad Said bertajuk Nikmat yang berbunyi: “segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat” ialah contoh aforisme yang baik. Kita baca dan mula berfikir dalam untuk mencari maknanya yang berlapis-lapis.

    Tapi sedalam mana yang boleh kita fikir? Itu beza aforisme dengan bromide dan platitude yang dibangkitkan Ustaz Hasrizal.

    ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai yang membaca tapi tak bertanya” – Rosli Ibrahim

    Kebimbangan beliau, anak muda sekarang terlalu mudah terkesan dengan kata ‘healing’ ringkas sehingga celaru mencari makna dan menjadi lebih rapuh.

    Kata-kata cetek dianggap dalam. Seperti orang yang tidak pandai berenang dengan yang pandai berenang. Yang tidak pandai berenang fikir air paras dada itu sudah dalam tetapi bagi yang pandai berenang, itu biasa sahaja. Kita mahu jadi orang yang pandai berenang atau tidak pandai berenang?

    Bukanlah mahu menghentam mereka yang membeli buku-buku healing di pasaran. Ia mungkin langkah awal untuk seseorang lebih mengenal diri, alam dan persekitarannya.

    Namun, bahaya kesedaran palsu yang ditawarkan kata-kata pendek tetapi cetek itu perlu diawasi. Kita tidak mahu jadi manusia yang sering terperangkap dalam emosi dan keliru antara produk emosi dengan akal.

    Emosi ibarat ranting pokok. Ia perlu untuk menampung wujud daun serta buah yang kedua-duanya bermanfaat. Tetapi ia tidak boleh jadi tempat berpaut ketika kita jatuh. Ia terlalu rapuh.

    Rasa tenang selepas membaca kata-kata healing itu bagus tetapi ia pelega sementara. Untuk memperkuat diri, lebih penting untuk kita memperkasa akal. Cari ilmu sepanjang masa, jangan jadikan kata-kata motivasi sebagai tempat berpaut.

    Zuhal pulih selepas mengembangkan batas akalnya untuk meneroka memori. Zuhal tidak pulih semata-mata kerana emosi cintanya kepada Nur.

    Teriaklah ketika perlu. Selepas selesai, pulang kepada kuasa akal. Ini ‘healing’ yang sebenar. – RELEVAN

    Previous ArticleMenangani masalah mental dalam kalangan remaja
    Next Article 236 kes sembuh dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.