Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

    Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

    By March 14, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AMIR Jahari menulis lagu Hasrat dalam keadaan 'barai'. - TANGKAP LAYAR VIDEO MUZIK HASRAT

    BUKAN selalu ada lagu tempatan yang mendapat perhatian meluas di negara ini. Apatah lagi lagu yang tidak mengikut formula tular lazim. 

    Sejak dilancarkan bersekali dengan filem Imaginur, Hasrat oleh Amir Jahari diperkatakan di seluruh ruang media sosial. Ada juga terpalit kontroversi namun ia tidak sedikit pun menafikan fakta bahawa lagu ini sememangnya berkualiti dan digemari ramai secara organik.

    Relevan sentiasa mahu mengetengahkan karya seni seperti muzik sebagai medium pendidikan yang bermanfaat. Oleh itu, kami bawakan Amir Jahari sendiri untuk mengupas kisah di sebalik penciptaan lagu ini.

    Ikuti temu bual eksklusif ini supaya kita boleh sama-sama menggali manfaat dari lagu Hasrat.

    Relevan: Bila sebenarnya lagu ini siap?

    Amir Jahari: Lagu ini siap pada hujung 2019. Sudah tiga tahun juga. Kami dapat sinopsis, waktu itu skrip (Imaginur) belum ada dan penggambaran pun belum berlangsung. Hanya berdasarkan sinopsis itu, saya buat lirik. 

    Dalam tempoh tiga tahun itu, berapa draf lagu yang ada sebelum diterbitkan?

    Hanya satu draf. Siap lirik dan melodi dahulu kemudian kami beri pada Nik (Amir Mustapha – pengarah filem Imaginur). Nik setuju, baru kami rakam. Rakaman pun hanya dalam masa tiga hari.

    Apa rujukan untuk hasilkan lagu ini?

    Sejujurnya tidak ada rujukan. Waktu itu, memang saya dalam proses tidak mendengar lagu. Apabila saya berkarya, saya selalunya tak dengar lagu lain, untuk dapat keaslian. 

    Cakap tentang rujukan, saya lebih kepada mengkaji berbanding mendengar lagu. Saya kaji semua selok-belok lagu, macam membedah lagu itu. Bermula dengan cerita, apa yang cuba disampaikan kemudian baru masuk pada hal-hal teknikal.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tentang Imaginur dan kata-kata ‘healing’

    Saya biasanya ambil masa tiga bulan untuk tumpu pada penciptaan lagu, kemudian ambil masa tiga bulan lagi untuk mengkaji lagu lain. Dalam fasa mencipta, biasanya sehari saya buat 10 lagu.

    Saya percaya kalau pengkarya menghasilkan satu-satu karya, dia akan dipengaruhi persekitarannya. Waktu mencipta Hasrat, bagaimana persekitaran Amir Jahari?

    Waktu itu emosi tengah berat. Saya baru dapat tahu yang ayah ada kanser, kemudian pandemik, tak boleh nak balik sebab Covid-19. Tahun lepas ayah saya meninggal. Waktu dapat tahu dia ada kanser, memang ‘barai’.

    Cuma saya rasa emosi waktu itu ada masuk dalam Hasrat tapi bukan ceritanya.

    Ketika dapat sinopsis Imaginur, apa perkara utama yang diekstrak masuk dalam Hasrat?

    Saya tak tahu tentang plot twist atau apa, sinopsisnya sangat umum. Saya cuma boleh bayangkan filem itu bagaimana. Daripada imaginasi itu, saya bayangkan bunyinya macam apa, apa yang akan keluar. Ia penuh dengan imaginasi.

    Dalam lagu ini, nyanyian mendatar tanpa nada tinggi. Mengapa?

    Dia ikut suasana. Imaginasi saya memang tak ada jerit-jerit. Kalau jerit dia jadi lagu My Chemical Romance. Saya bayangkan waktu itu, kalau jerit dia jadi emo. Tak boleh. Jadi saya bayangkan semula. 

    Dia sama macam Zuhal dalam filem itu. Masa dia tidak sedar, sebenarnya dia nak teriak tapi dia tak boleh sebab tak sedar. Pernah tak dalam mimpi, kita nak berlari, kita rasa perlahan? Larilah laju mana pun, dia tetap perlahan dan terapung.

    Sama macam suara. Dia tak ada nada tinggi, macam dalam mimpi.

    Dalam rangkap korus, ada seruan untuk berhenti berharap dan ada juga seruan untuk teruskan hidup. Apa maksudnya?

    “Teriaklah, sekuat mana pun aku. Suara ini tiada mendengar. Teriaklah, berhentilah berharap.” 

    Sebab apa? Ia bukan bermakna ingin putus asa tapi memujuk diri untuk tidak letak apa-apa jangkaan. Kita kena berserah. Berhenti berharap kepada duniawi, berharaplah pada Yang Satu.

    “Teruskan hidupmu, kuingin pulang.” 

    Bukan bermaksud pulang ke Rahmatullah. Pulang ke jalan Yang Satu, lillahitaala. 

    Apa lagi yang orang boleh belajar dari lagu Hasrat?

    Perspektif masyarakat tentang lagu ini kebanyakannya negatif. Dia jadi sedih. Melihat pada respons orang, tak ada yang cakap lagu ini ada cahaya harapan.

    Sebenarnya lagu ini adalah tentang harapan, unsur harapan itu kuat. Tapi mentaliti orang kita lebih tertarik dengan isu sedih, mistik. 

    Apa yang saya nak sampaikan melalui lagu ini ialah cahaya harapan. Saya harap orang dapat rasa. – RELEVAN

    featured muzik pendidikan pendidikan muzik
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.