Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

    Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

    By Umi FatehahMarch 14, 2023Updated:March 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADAKAH bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

    PERNAHKAH secara tiba-tiba anda terlihat bentuk yang kelihatan seperti titik hitam atau kelabu, sarang labah-labah, garisan berlekuk atau benang? 

    Bentuk itu pula hilang apabila anda menggerakkan bola mata atau cuba untuk fokus melihatnya. Adakalanya, ia akan kelihatan lebih menyerlah apabila anda melihat arah yang cerah.

    CONTOH visual apungan mata. – GAMBAR HIASAN RICHMOND VISION CARE OPTOMETRY

    Menurut Mayo Clinic, keadaan ini dinamakan sebagai eye floaters atau apungan mata. Ia biasanya tidak menjejaskan penglihatan anda. Namun jika tampil dengan saiz yang lebih besar, ia mungkin akan memalapkan penglihatan dalam pencahayaan yang berbeza.

    Apungan mata akan lebih kerap terjadi apabila kita meningkat usia. Dari masa ke masa, otak anda menyesuaikan diri dan tidak akan menyedari apabila ia muncul pada penglihatan.

    Apakah yang menyebabkan apungan mata?

    Ia disebabkan oleh perubahan dari masa ke masa kepada ‘jeli’ atau vitreous dalam mata yang melekat pada retina. 

    Gentian kolagen kecil di dalam rumpun vitreous bercantum bersama dan menampakkan bayangan di atas retina. Bayang-bayang dihasilkan oleh ketulan itulah yang muncul pada penglihatan anda.

    GENTIAN kolagen kecil di dalam rumpun vitreous bercantum bersama dan menampakkan bayangan di atas retina. – ILUSTRASI OLEH MAYO CLINIC

    Adakah pengapungan mata memerlukan rawatan?

    Kebiasaannya, ia tidak akan menjejaskan penglihatan dengan serius. Tetapi, jika pengapungan ini menjejaskan penglihatan, dapatkan nasihat dan rujuk pada doktor mata.

    Hal ini kerana, pengapungan ini boleh menjadi petanda kepada keadaan yang memerlukan rawatan seperti terdapat koyakan atau pendarahan pada retina. 

    Mungkin juga ia disebabkan oleh retina anda tertanggal atau tidak berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya doktor memaklumkan anda mengalami salah satu masalah yang disebutkan, anda mungkin perlu menjalani rawatan kecemasan. Pun begitu, situasi ini sangat jarang berlaku. 

    Perlu diingatkan sekiranya anda mengalami peningkatan penampakan apungan mata secara tiba-tiba, penglihatan menjadi gelap di bahagian sisi mata atau apa-apa perubahan pada penglihatan yang luar biasa, terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

    Kecemasan seperti retina tertanggal lebih biasa berlaku sekiranya anda pernah mengalami situasi-situasi berikut:

    • Mengalami trauma pada mata
    • Rabun
    • Pernah menjalani pembedahan katarak
    • Mempunyai pengalaman retina tercabut sebelum ini
    • Penampakan apungan mata yang kerap

    Bagaimanakah apungan mata didiagnosis?

    Sekiranya ia menganggu penglihatan, dapatkan nasihat doktor. Mereka akan memeriksa mata anda untuk mengetahui apakah yang menyebabkan pengapungan mata berlaku.

    Pihak hospital mungkin akan merujuk anda kepada pakar oftalmologi (doktor pakar mata) yang boleh mengkaji dengan lebih dekat di bahagian belakang bola mata.

    Bagaimana pula pengapungan mata dirawat?

    • Vitrektomi 

    Proses vitrektomi melibatkan koyakan kecil pada bahagian mata. Melalui koyakan ini, apungan mata dan sebahagian atau semua vitreous boleh dikeluarkan. Ia digantikan dengan solution atau ubat cecair. 

    Namun, prosedur ini mungkin tidak mampu menghilangkan semua apungan pada mata anda. Rawatan ini juga mempunyai beberapa risiko seperti pendarahan, katarak atau retina terkoyak.

    • Vitreolisis

    Vitreolisis menggunakan cahaya laser untuk merawat pengapungan mata. Denyutan pantas cahaya laser digunakan pada mata anda melalui kanta sentuh. Prosedur ini akan menukarkan kolagen kepada gas. 

    Ia akan menjadikan apungan lebih kecil atau dapat dikeluarkan sepenuhnya. Vitreolisis biasanya mengambil masa 20 hingga 60 minit dan anda boleh pulang ke rumah sejurus selepas rawatan selesai. Kebanyakan orang memerlukan dua atau tiga rawatan untuk membuang apungan sepenuhnya.

    Secara keseluruhannya, apungan mata adalah perkara yang normal lebih-lebih lagi dalam kalangan individu berusia. Anda tidak boleh menghalang daripada ia berlaku dan kebiasaannya ia tidak menyebabkan masalah yang serius. – RELEVAN

    featured kesihatan mata
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.