SEMALAM mencatatkan sebanyak 200 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 164 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,039,850 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 155 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,993,543 kes.
Sebanyak satu kematian dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,953 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,354 kes dengan 9,010 kes atau 96.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 333 kes atau 3.6% pesakit dirawat di hospital, 6 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 5 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN