Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Temu duga pelik dengan memakai topeng wajah

    Temu duga pelik dengan memakai topeng wajah

    By February 14, 2023Updated:March 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MEMILIKI rupa paras yang cantik adalah bonus dan tidak dinafikan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dalam pemilihan pekerja di samping pencapaian akademik, kebolehan serta pengalaman kerja.

    Sehubungan itu, sebuah syarikat di China telah membuat sesi temu duga yang pelik dengan mewajibkan pemohon pekerjaan memakai topeng muka penuh bagi mengelak memilih calon berdasarkan penampilan atau rupa mereka.

    Tindakan syarikat tersebut menerima pujian warganet. Video adegan temu duga aneh itu tular di media sosial yang mana kelihatan calon temu duga memakai topeng muka penuh dan duduk diam mendengar penemuduga yang juga bertopeng.

    Seorang wanita bernama Zeng merakam video itu yang berlokasi di Chengdu, wilayah Sichuan di barat daya China dan menyiarkannya di akaun media sosialnya iaitu Douyinnya.

    “Temuduga ini kelihatan sengat pelik, tetapi ia memberi manfaat kepada orang yang mempunyai masalah fobia sosial.

    “Syarikat itu meminta calon temu duga mengambil topeng kosong dan melukisnya dengan bebas,” kata Zeng.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gila kerja atau kerja keras? – Relevan

    Yang menambah pelik, syarikat tersebut mengarahkan seorang kakitangan memotong dan mengagihkan tebu kepada calon pemohon pekerjaan.

    TUJUAN pemakaian topeng muka penuh itu bagi mengelakkan penemu duga memilih calon berdasarkan penampilan atau rupa mereka.- GAMBAR OLEH BAIDU

    Dalam pada itu, syarikat Chengdu Ant Logistics mengakui bahawa video itu diambil semasa karnival pengambilan pekerjaan yang dilakukan dua kali setahun.

    Antara jawatan yang ditawarkan termasuklah pengendali media baharu, penyiar strim langsung dan penganalisis data.

    Jelas syarikat Chengdu Ant Logistics, pihaknya menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka dan perkara itu juga bertujuan untuk mengurangkan tekanan yang dirasai oleh calon temu duga.

    Tindakan syarikat Chengdu Ant Logistics mendapat pujian meluas dalam platform media sosial yang rata-rata memuji kerana membantu menghapuskan diskriminasi pekerjaan.

    “Ini adalah kesaksamaan, paras rupa yang cantik atau kacak tidak sepatutnya diambil kira.

    “Sebagai seorang yang fobia sosial, saya sangat menikmati temu duga kerja sebegitu,” komen salah seorang warganet.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 petanda anda perlu tukar kerja – Relevan

    Sebelum ini, ramai yang mengecam tindakan Kumpulan Kejuruteraan China Railway No.3 yang mencetuskan kontroversi selepas ia menyiarkan iklan pengambilan pekerja yang mencari pekerja wanita dengan wajah cantik dan bentuk badan menarik pada Disember tahun lalu.

    Chengdu Ant Logistics terkenal dengan temu duga kerja yang pelik dan unik.

    Sebelum ini, pemohon diminta mencangkul rumput taman logistik syarikat untuk menguji kapasiti eksekutif dan kebolehsuaian mereka terhadap kesukaran.

    Walau bagaimanapun, apabila syarikat itu sekali lagi menjadi tajuk utama untuk temu duga kerja peliknya, ada juga yang tertanya-tanya sama ada ia hanya untuk publisiti semata-mata.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.