Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Salah guna jabatan kecemasan: Apa pesakit patut buat?

    Salah guna jabatan kecemasan: Apa pesakit patut buat?

    By Umi FatehahAugust 28, 2024Updated:August 28, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Salah guna jabatan kecemasan: Apa pesakit patut buat? - GAMBAR HIASAN ISKANDAR ISHAK

    BELAKANGAN ini, pelbagai isu semasa dibincangkan dalam media sosial, terutamanya X. Namun, antara isu-isu berbangkit, ada satu perbincangan yang menerima pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi tersebut.

    Ia berkaitan rakyat Malaysia yang gemar menyalahgunakan jabatan kecemasan di hospital kerajaan. Perkara itu menjadi lebih sensitif apabila isu sedia ada seperti nasib para petugas kesihatan, khususnya doktor tidak dibela.

    Hartal Doktor Kontrak, kekurangan kakitangan, gaji tidak bermaruah – semuanya belum mendapat keadilan. 

    Tambahan pula, isu rakyat menyalah guna jabatan kecemasan itu rata-ratanya diluahkan doktor di hospital kerajaan.

    Pucuk pangkal perkara itu dibangkitkan bermula dengan kenyataan:

    “Orang kita suka salah gunakan jabatan kecemasan. Macam bufet percuma untuk semua.

    “Kita (pengamal perubatan) boleh sahaja jejak pesakit datang jabatan kecemasan berapa kali. Ada (pesakit) yang dalam sebulan sudah lima kali datang jabatan kecemasan.

    “Demam, selesema, gatal lutut, sakit perut pun datang jabatan kecemasan.

    “Tak tahu ke maksud kecemasan?” luah seorang doktor di X. 

    Orang kita suka abuse jabatan kecemasan. Macam buffet free for all.

    Kita boleh je track pt datang ED berapa kali. Ada yang sebulan dah 5 kali datang ED.

    Demam datang ED, selsema datang ED, gatal lutut datang ED, sakit perut datang ED.

    Taktau ke maksud KECEMASAN?? https://t.co/SdsOdvEDvH

    — DMA (Demi Mu Alya) Luqman Yamin (@luqmannyamiin) August 24, 2024

     

    Berdasarkan satu ciapan itu, bermulalah perdebatan antara pesakit (rakyat) dengan doktor di hospital kerajaan.

    Sakit biasa-biasa atau sakit luar biasa?

    Menurut pembacaan majoriti respon kepada ciapan tersebut, ramai yang berkongsi bahawa ada dalam kalangan mereka tidak tahu sama ada mereka mengalami demam biasa, demam denggi, influenza atau mungkin Covid. 

    Pesakit-pesakit itu juga tidak salah kerana mereka bukan seorang doktor yang boleh mengesan keseriusan satu-satu penyakit.

    Dalam kesakitan, semuanya terasa seperti kecemasan. Rasa perut tidak selesa, pening kepala berpanjangan dan demam melebihi satu hari bukan fenomena yang biasa dialami setiap hari. 

    Orang sedang sakit dan risaukan kesihatan diri, sudah semestinya mahukan rawatan kerana ingin segera pulih. Logiknya sebagai pesakit, keadaan itu sudah cukup ‘cemas’ bagi mereka.

    Namun begitu, menurut hemat pakar perubatan pula, contoh simptom-simptom yang disebutkan di atas tidak cukup mencemaskan untuk dirawat di jabatan kecemasan.

    Ada yang datang ke jabatan kecemasan kerana ada mata ikan di bibir mereka. Cuba anda fikir sejenak – adakah mata ikan di bibir sehingga tidak selesa untuk makan dan minum sesuai dilabel sebagai kes kecemasan?

    Tidak. Selagi ia tidak mengancam nyawa, ia bukan masalah kecemasan. Kes-kes remeh sebeginilah yang membuatkan pesakit di jabatan kecemasan terlalu ramai. 

    Hospital kerajaan sudah mempunyai masalah kekurangan kakitangan. Sekiranya kes-kes remeh itu membebankan para doktor yang sudah keletihan, bagaimana mereka mahu merawat pesakit yang betul-betul memerlukan rawatan segera? Adilkah begitu?

    Bagaimana mahu mengenal pasti sama ada sakit yang kita alami ini kecemasan atau bukan?

    Bagi persoalan di atas, kita sama-sama fahamkan konsep yang paling mudah dan dekat, iaitu demam. 

    Untuk membezakan sama ada ia gejala demam biasa atau demam-demam lain, KKM sudah kongsikan simptom kepada pelbagai jenis demam seperti demam biasa, influenza atau Covid. 

    Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk ke jabatan kecemasan hanya untuk mendapatkan sijil cuti sakit, muhasabah diri dahulu.

    Tanya soalan-soalan kepada diri sendiri seperti:

    • Adakah simptom saya ini mengancam nyawa?
    • Jika dibiarkan, adakah keadaan akan menjadi lebih teruk?
    • Adakah keadaan saya ini dilabel sebagai kes kecemasan?
    • Perlu ke Klinik Kesihatan sahaja atau terus dapatkan rawatan di jabatan kecemasan?

    Rujuk infografik perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah untuk lebih memahami kes-kes yang dikategorikan sebagai kecemasan.

    SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

    ‘Dera’ jabatan kecemasan

    Sebagai rakyat dan manusia biasa, kita tidak meminta untuk sakit. Semua orang mahu menjalani kehidupan yang sihat. 

    Namun, disebabkan kita hanya manusia yang tidak sempurna, ada kalanya kita jatuh sakit. Itu perkara biasa.

    Cuma, kata kuncinya: jangan salah guna. 

    Ada orang datang jabatan kecemasan sebab betul-betul dalam kecemasan. Ada yang datang pada tengah malam, atas isu kesihatan yang remeh, semata-mata mahu dapatkan cuti sakit untuk esok hari.

    Kita cuma perlu elak jadi golongan yang kedua. – RELEVAN

    Previous Article“Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia”
    Next Article Terusan Wan Muhammad Saman kini tinggal kenangan

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.