Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesan sampingan dan amaran kesihatan untuk lima jenis ubat gastrik

    Kesan sampingan dan amaran kesihatan untuk lima jenis ubat gastrik

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 8, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAMAI pesakit tidak mengetahui kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil. - GAMBAR HIASAN/ROBERTO SORIN (Unsplash)

    GASTRIK berlaku apabila terdapat kecederaan pada lapisan dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau secara kerap dan berkala, bergantung kepada tahap gastrik yang dialami seseorang.

    Kebanyakan pesakit mengalami gastrik akut yang boleh diredakan dengan mengambil beberapa jenis ubat. Untuk yang lebih kronik, mungkin rawatan yang lebih intensif diperlukan.

    Di pasaran juga ada banyak ubat gastrik yang dijual. Gaviscon dan Eno antara jenama yang popular.

    Satu kajian yang dijalankan di India yang diterbitkan dalam  jurnal International Journal of Applied and Basic Medical Research mendapati, ramai pesakit kurang maklum berkenaan kesan mudarat dan amaran kesihatan ubat-ubat gastrik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tidur terganggu kerana kejang otot pada waktu malam, ini punca dan cara untuk atasi – Pakar perubatan

    Pesakit lebih didedahkan dengan punca, simptom dan cara pengambilan ubat untuk gastrik tetapi kesan dan amaran kesihatan berkenaannya jarang dikongsikan.

    Sehubungan itu, Relevan menyenaraikan maklumat-maklumat berkenaan lima jenis ubat gastrik yang sering digunakan di Malaysia, seperti yang dikongsikan Prof. Dr. Ahmad Nazrun Shuid dan Dr. Norasikin Ab. Azis dari Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    • Antasid

    Antasid merupakan ubat gastrik dalam bentuk cecair, tablet atau serbuk yang boleh dibeli sendiri di kedai ubat, kedai runcit, farmasi atau melalui preskripsi doktor. Ia boleh merawat gastrik yang tidak serius.

    Antasid dalam bentuk larutan dan tablet boleh diambil secara oral manakala jenis serbuk perlu dilarutkan dalam air. Pesakit perlu mengambil tiga hingga empat dos dalam sehari.

    ARTIKEL BERKAITAN: Awas batu karang hempedu, ini punca dan rawatan

    Antasid merupakan sejenis alkali yang bertindak dengan meneutralkan asid di dalam perut. Antara kesan sampingan ubat ini termasuk cirit-birit dan sembelit, bergantung kepada jenis antasid yang diambil.

    Antara jenis-jenis antasid termasuk magnesium trisilicate, kalsium karbonat dan aluminium hidroksida. Jenama popular seperti Gaviscon, Eno, Maalox dan Gelusil merupakan sejenis antasid.

    • Anti-histamin

    Anti-histamin tersedia dalam bentuk tablet dan hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor sahaja. Tablet tersebut diambil secara oral sebanyak satu atau tiga dos dalam sehari.

    Ubat ini mengandungi perencat histamin yang membantu mengurangkan rembesan asid gastrik dan menurunkan keasidan perut. Ia juga berfungsi menyembuhkan keradangan dan ulser dalam perut.

    Antara kesan sampingan ubat ini termasuk pening, sakit kepala dan cirit-birit. Untuk warga tua pula, ia boleh menyebabkan pembesaran payu dara.

    Antara jenis-jenis anti-histamin termasuk cimetidine (seperti jenama Tagamet) dan famotidine (Voker).

    • Analog prostaglandin

    Analog prostaglandin ialah ubat gastrik dalam bentuk tablet yang hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor sahaja. Tablet tersebut diambil secara oral sebanyak dua hingga empat dos sehari selama empat hingga lapan minggu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Halia antikanser dan boleh kuruskan badan, pakar kongsikan 1001 manfaat halia

    Ia mengandungi prostaglandin sintetik yang berfungsi mengurangkan rembesan asid gastrik dan merangsang pengeluaran mukus serta bikarbonat bagi melindungi lapisan perut dari hakisan asid.

    Ubat ini boleh menyebabkan cirit-birit dan sakit perut. Wanita mengandung dilarang sama sekali mengambil ubat ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

    Antara jenis ubat analog prostaglandin ialah misoprostol, seperti jenama Cytotec.

    • Perencat pam proton

    Perencat pam proton merupakan ubat gastrik dalam bentuk kapsul yang hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor. Ia diambil sekali sehari secara oral selama empat hingga lapan minggu.

    Ubat ini mengandungi perencat pam asid gastrik yang berfungsi merencat secara kuat pam asid gastrik dan menghalang rembesan asid gastrik. Ia merupakan ubat gastrik paling kuat.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sering alami rasa kebas selepas bangun tidur? Ia mungkin petanda penyakit ini

    Perencat pam proton seperti omeprazole (contohnya jenama Omiloc) boleh menyebabkan sakit kepala dan gangguan usus.

    • Terapi tiga serangkai

    Ubat terapi tiga serangkai datang dalam bentuk tablet dan kapsul. Ia hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor. Ubat ini diambil secara oral sekali sehari selama dua minggu.

    Ia mengandungi kombinasi perencat pam asid gastrik dan antibiotik yang berfungsi merencat pam asid gastrik dan membunuh bakteria H. Pylori yang menyebabkan ulser gastrik.

    Antara jenis ubat terapi tiga serangkai ialah omeprazole (Omiloc), metronidazole (Metgly) dan clarithromycin (Claritrox). Antara kesan sampingannya termasuk loya, muntah dan sakit perut. – RELEVAN

    *Artikel ini diubah suai dari rencana “Oh! ubat gastrik” yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 23 Mei 2021.

    Previous ArticleSebelum buat keputusan untuk beli rumah, jawab 3 soalan ini dahulu
    Next Article 2,145 kes sembuh Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.