Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Awas batu karang hempedu, ini punca dan rawatan

    Awas batu karang hempedu, ini punca dan rawatan

    By Zubaidah IbrahimOctober 21, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBAHAGIAN kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen.- GAMBAR HIASAN/JCOMP/FREEPIK

    PENYAKIT batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi oleh penduduk Malaysia. Ia dikenali sebagai Cholelithiasis.

    Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus.

    “Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.

     “Pembesaran pundi hempedu disebabkan saiz batu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit dibahagian perut.

    “Kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman atau keradangan pada pundi hempedu tersebut,” kongsi Zubaidi menerusi hantar di laman Facebook miliknya.

    Jelasnya lagi, keradangan pada pundi hempedu dinamakan sebagai Acute Cholecystitis.

    Batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan cecair hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus.

    Artikel berkaitan: Ketahui simptom dan rawatan virus Kawasaki serta kaitannya dengan Covid-19, ini kata pakar kesihatan – Relevan

    Oleh itu, proses penyingkiran bilirubin akan terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.

    Tanda dan gejala

    “Kebanyakan batu karang hempedu tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.

    “Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut gallstone colic, gejala ini biasanya disertai bersama loya dan muntah.

    “Ia berkurang dengan sendirinya, tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan boleh menyebabkan demam,” terang Zubaidi.

    Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan.

    Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis sama ada mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.

    Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit akan menyebabkan gatal.

    Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat boleh membawa maut.

    Artikel berkaitan: Sakit ketika haid? Ini punca dan tip melegakan kesakitan, menurut pakar – Relevan

    Faktor-faktor pembentukan batu karang hempedu

    • Jantina

    Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita.

    Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan.

    Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu.

    Selain itu, estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu yang menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.

    • Berat badan

    Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.

    • Diet

    Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.

    • Umur

    Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai risiko batu karang hempedu yang lebih tinggi.

    • Diabetes

    Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu  trigliserida dan kolesterol darah.

    • Ubat kolesterol

     Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.

    Rawatan

    Rawatan penyakit ini bergantung kepada pesakit sama ada mempunyai simptom ataupun tidak.

    Pesakit yang mempunyai batu dalam hempedu, tetapi tidak mempunyai sebarang simptom selalunya tidak akan menjalani pembedahan kecuali atas beberapa sebab seperti berikut: 

    • Pembedahan

    Jika pesakit sudah mempunyai simptom seperti yang dikatakan di atas pembedahan perlu dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut. Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.

    •   Antibiotik

    Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi antibiotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu.

    Kemudian baharulah pembedahan dilakukan. Jika masalah keradangan tersebut masih berterusan, pembedahan kecemasan akan dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut.

    Terdapat beberapa prosedur lain yang boleh dilakukan untuk rawatan penyakit ini, tetapi selalunya prosedur tersebut akan dilakukan jika pesakit mengalami masalah yang tidak memungkinkan pembedahan cholecystectomy dilakukan.- RELEVAN

    Previous Article8 kematian Covid-19, sifar kes di PKRC
    Next Article Apa itu trauma di tempat kerja dan cara mengatasinya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.