Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Halia antikanser dan boleh kuruskan badan, pakar kongsikan 1001 manfaat halia

    Halia antikanser dan boleh kuruskan badan, pakar kongsikan 1001 manfaat halia

    By Zubaidah IbrahimJune 24, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BOLEH dikatakan setiap dapur di negara ini pasti mempunyai halia kerana ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan terutamanya jika menyediakan hidangan tradisional turun-temurun.

    Sepertimana tumbuh-tumbuhan lain, halia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia dengan menjalankan pelbagai fungsi sebagai salah satu ikhtiar dalam mendepani masalah kesihatan.

    Menurut Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi, halia mempunyai aroma yang sangat wangi dan tinggi bahan khasiat seperti gingerol, zingerone, shogaol dan zingibrene.

    “Salah satu kebaikan gingerol dalam halia segar ialah ia bertindak sebagai antipiretik untuk mengurangkan demam.

    “Oleh itu, sumber yang terbaik untuk diambil oleh mereka yang mengalami demam ialah air halia segar.

    “Bahan gingerol serta zingibrene hanya ada di dalam halia segar sahaja, sekiranya halia itu diproses maka, ia akan hilang dan akan membentuk bahan lain,” katanya menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok miliknya.

    Di samping itu, bahan zingibrene di dalam halia segar juga bertindak untuk melawan virus.

    Foto: Joseph Mucira-Pixabay

    Tambahnya, gingerol mempunyai manfaat yang sangat baik sebagai antiradang, antibakteria dan antitumor serta antikanser untuk pelbagai jenis kanser seperti darah, paru-paru, payu dara, pankreas, ovari dan usus.

    Sehubungan itu, pesakit kanser sangat disarankan mengambil halia segar berbanding halia yang diproses atau dimasak kerana bahan-bahan tersebut akan lenyap jika melalui proses tersebut.

    Bercerita lanjut mengenai bahan gingerol yang terdapat di dalam halia segar itu, Suri berkata, ia juga boleh mengurangkan tekanan darah dan mengatasi masalah gastrik.

    “Cara penyediaannya sangat mudah iaitu bersihkan, buang kulit dan celur sekejap dalam air panas lebih kurang seminit untuk mematikan kuman.

    “Kemudian ketuk atau tumbuk dan masukkan halia itu ke dalam air suam serta sedikit madu, tetapi harus diingat jangan dedahkan halia ini pada suhu yang tinggi untuk mengekalkan bahan berkhasiat di dalamnya,” jelasnya.

    Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, jika halia tersebut ditumbuk dan kemudian dipanaskan atau direbus maka, bahan gingerol itu akan bertukar kepada satu bahan lain yang dikenali sebagai zingerone.

    Suri memberitahu, bahan zingerone tidak ada dalam halia segar dan ia hanya terbentuk jika dipanaskan atau direbus.

    “Zingerone juga mempunyai banyak manfaat kesihatan antaranya bertindak sebagai antiobesiti.

    “Bagi mereka yang ingin kurus dan cepat turun berat badan, sangat digalakkan minum air rebusan halia berbanding halia segar,” ujarnya. – RELEVAN

    Previous Article2,796 kes baharu Covid-19, 1 kematian dilaporkan semalam
    Next Article 2,302 kes harian Covid-19 dilaporkan semalam, sifar kematian

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.