Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sebelum buat keputusan untuk beli rumah, jawab 3 soalan ini dahulu

    Sebelum buat keputusan untuk beli rumah, jawab 3 soalan ini dahulu

    By Umi FatehahDecember 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBELUM anda memutuskan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia keperluan atau kehendak. - GAMBAR HIASAN MUHAMAD IQBAL

    HIERARKI keperluan Maslow meletakkan rumah atau tempat perlindungan sebagai perkara paling asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan. Dan tidak dapat dinafikan, pasti ada antara kita yang menanam impian untuk memiliki rumah sendiri.

    Pembelian dan pemilikan rumah sering dikaitkan dengan kepuasan dengan pencapaian kendiri, tetapi sekiranya anda membeli rumah sebelum bersedia, ia mungkin mengundang masalah kewangan yang membebankan.

    Pertama, jika terpaksa berbelanja berlebihan untuk keperluan rumah dan keperluan lain, anda akan menjadi miskin rumah atau house poor.  Miskin rumah ini merujuk keadaan anda sudah berjaya memiliki rumah sendiri tetapi dalam masa yang sama terbeban untuk menanggung komitmen lain seperti pembayaran bil-bil.

    Jadi, sebelum anda memutuskan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia keperluan atau kehendak. 

    Untuk mengenal pasti sama ada memiliki rumah itu keperluan atau kehendak, perhatikan, tanya dan jawab beberapa persoalan di bawah.

    Adakah anda sudah bersedia untuk memiliki rumah?

    Pembelian rumah adalah satu langkah besar dan ia bukan melibatkan faktor kesediaan kewangan semata-mata. Sebaliknya, kesediaan emosi juga memainkan peranan yang besar. 

    Oleh itu, pembelian rumah melibatkan tanggungjawab yang besar dari segi kewangan dan emosi. Dari sudut kewangan, anda perlu menyediakan kos seperti bayaran muka, Perjanjian Jual Beli (SPA), SPA duti setem, yuran pinjaman dan lain-lain lagi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ingin membeli rumah pertama? Berikut tip dan panduan untuk anda

    Dari sudut emosi pula, anda perlu menggalas semua tanggungjawab sebagai pemilik rumah yang mungkin akan memberi tekanan. Sebagai contoh, anda berasa tertekan kerana perlu menggunakan sebahagian besar daripada gaji untuk penyelenggaraan dan pembiayaan rumah.

    Walau bagaimanapun, jika sudah bersedia dari segi kewangan dan emosi, anda berkuasa dan bebas memilih sama ada mahu memiliki rumah sendiri atau terus menyewa. 

    Terdapat beberapa kelebihan jika anda mahu membeli rumah sendiri, antaranya adalah sebagai salah satu aset yang kukuh. Tetapi sekiranya mahu meneruskan untuk menyewa, anda tidak perlu terbeban dan terkekan memikirkan segala tanggungjawab kewangan dan emosi yang perlu dilakukan sebagai pemilik rumah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kos tersembunyi beli rumah baharu, ini yang anda perlu tahu

    Adakah anda mempunyai hutang tertunggak yang banyak?

    Jika anda menanggung hutang yang banyak, mungkin belum tiba masanya untuk anda membeli rumah. Jumlah hutang yang besar boleh menjadi penghalang untuk membayar gadai janji.

    Apabila anda tidak mampu membayar gadai janji kerana terbeban dengan hutang, ia akan merosakkan skor kredit dan menjejaskan simpanan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rancang belanja rumah baharu, elak terjerumus hutang

    Anda juga perlu cuba mengekalkan nisbah hutang kepada pendapatan serendah yang mungkin. Sekiranya anda sudah dibelenggu dengan hutang-hutang lain, menambah beban hutang dengan membayar gadai janji hanya akan lebih membebankan.

    Adakah anda merancang untuk menetap di satu kawasan atau mahu berpindah selepas beberapa tahun?

    Selain kemampuan untuk membeli rumah menjadi faktor utama, anda juga perlu fikirkan sama ada mahu menetap di satu kawasan dalam jangka masa yang lama atau mahu berpindah selepas beberapa tahun untuk suasana baharu. 

    Sekiranya seseorang itu jenis yang cepat bosan dan sentiasa inginkan suasana baharu, mungkin pilihan untuk menyewa lebih sesuai. Jika tidak, anda boleh terperangkap di rumah yang anda kurang gemar dan selesa untuk didiami dalam jangka masa yang lama.

    ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa?

    Tetapi, jika sudah mempunyai perancangan untuk menetap di sebuah kawasan yang sama sehingga hari tua, maka anda sudah ada sebab kukuh untuk membeli rumah.

    Perkara ini perlu difikirkan dan diteliti sedalam-dalamnya kerana kos dan risiko dalam urusan penjualan, pembelian dan pemindahan rumah itu tinggi. 

    Apa yang paling penting ialah pastikan anda mempunyai perancangan kewangan dan kehidupan yang kukuh sebelum membuat keputusan dalam pembelian dan pemilikan rumah. 

    Jadi, bagaimana dengan anda? Adakah memiliki rumah sendiri itu keperluan atau kehendak? – RELEVAN

    featured kewangan rumah
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.