SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,210 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,712 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,868,402 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,026 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,808,909 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan lima daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,423 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,748 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,070 kes dengan 22,022 kes atau 95.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,025 kes atau 4.4% pesakit dirawat di hospital, 24 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 19 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN