Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mendalami kerjaya seorang ahli politik

    Mendalami kerjaya seorang ahli politik

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 17, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEORANG ahli politik perlu mempunyai karisma dan keyakinan yang dapat memikat perhatian orang ramai. - GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    KERJAYA apa yang boleh memberikan anda pendapatan bulanan lima angka dalam tahun pertama perkhidmatan tanpa memerlukan kelulusan spesifik dalam mana-mana bidang dan pengalaman bekerja bertahun-tahun di syarikat besar?

    Jawapannya, seperti yang ditulis pada tajuk, ialah ahli politik. 

    Ahli politik ialah sebuah kerjaya unik yang menjadi idaman ramai orang, tetapi turut dibenci ramai orang. 

    Berbeza dengan kerjaya lain yang lazim, laluannya pelbagai dan tidak tetap. Tidak ada bidang pengajian khusus yang anda perlu ambil untuk bergelar ahli politik. Tidak ada juga laluan kerjaya tertentu yang perlu dilalui untuk mendaki tangga politik.

    Demam pilihan raya semakin hampir dan pasti anda mahu tahu apa sebenarnya tugas ahli politik yang akan anda lantik dalam pilihan raya nanti.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    Sehubungan itu, Relevan ingin membawa anda bersama mendalami kerjaya sebagai seorang ahli politik dalam artikel ini.

    • Maksud ahli politik

    Merriam-Webster mendefinisikan ahli politik sebagai orang yang berpengalaman dalam seni atau sains pentadbiran, terutamanya mereka yang terlibat secara aktif dalam melaksanakan urusan kerajaan.

    Satu lagi definisi Merriam-Webster untuk ahli politik ialah orang yang menjadikan penglibatannya  dalam parti politik sebagai sebuah kerjaya.

    Kamus Britannica pula mentakrifkan ahli politik sebagai seseorang yang aktif dalam kerajaan, kebiasaannya sebagai anggota kerajaan yang dilantik.

    Secara mudahnya, sesiapa yang mengejar jawatan pentadbiran baik di peringkat kerajaan tempatan, negeri atau persekutuan melalui penglibatan dalam parti dan aktiviti politik, merekalah yang digelar sebagai ahli politik.

    Di Malaysia, ahli politik yang memenangi pilihan raya akan mengisi badan perundangan (legislatif) dan pentadbiran (eksekutif) di peringkat negeri dan persekutuan.

    • Laluan kerjaya

    Walaupun tidak ada laluan yang spesifik untuk menjadi ahli politik, sejarah menunjukkan beberapa bidang pengajian atau pengalaman kerjaya membuka ruang yang lebih besar untuk anda menjadi ahli politik. 

    Bidang pengajian paling popular untuk seorang ahli politik ialah undang-undang. Ia bersesuaian dengan skop kerja ahli politik itu sendiri yang akan terlibat dalam penggubalan undang-undang sekiranya mereka dilantik sebagai ahli kabinet kerajaan atau ahli Parlimen.

    ARTIKEL BERKAITAN: Laluan pendidikan dalam bidang guaman dan undang-undang

    Daripada lapan ahli politik yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia, empat daripadanya mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Latar belakang pendidikan dalam bidang ekonomi dan kemanusiaan juga popular dalam kalangan ahli politik, seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkelulusan ekonomi dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkelulusan kemanusiaan.

    Namun, anda juga boleh menjadi ahli politik yang berjaya dengan kelulusan lain, seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkelulusan perubatan.

    Dari segi laluan kerjaya, anda boleh terus melompat menjadi ahli politik selepas tamat pengajian atau dari apa-apa pekerjaan sahaja. Namun, jika mahukan pengalaman, jawatan pembantu ahli politik adalah yang paling sesuai.

    Pembantu ahli politik digelar dengan banyak nama, bergantung kepada pengkhususan tugasnya. Antaranya ialah pegawai media, setiausaha politik, setiausaha sulit atau setiausaha akhbar.

    Dengan menjadi pembantu ahli politik, anda dapat melihat dan memahami tugas serta gerak kerja seorang ahli politik dengan lebih rapat.

    • Peringkat pentadbiran

    Lazimnya, ahli politik yang berjaya memenangi pilihan raya dan kuasa mentadbir akan mentadbir di tiga peringkat, iaitu kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan.

    Namun, di Malaysia, hanya pentadbir di peringkat negeri dan persekutuan yang dipilih melalui pilihan raya. Di peringkat kerajaan tempatan, lantikan ahli majlis dibuat oleh kerajaan negeri.

    Melalui pilihan raya, ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dipilih. Kemudian, gabungan politik yang memenangi kerusi terbanyak akan membentuk kerajaan negeri dan persekutuan. 

    Lantikan badan pentadbiran seperti menteri dan EXCO akan ditentukan oleh gabungan politik yang membentuk kerajaan.

    • Ciri-ciri ahli politik

    Menurut jurnal dalam talian, Princeton Review, kerjaya sebagai ahli politik sesuai untuk mereka yang mempunyai kemahiran rundingan dan penampilan awam yang baik.

    Katanya, ahli politik yang berjaya sukakan publisiti sementara mereka yang meninggalkan kerjaya tersebut sering menjadikan kehilangan privasi sebagai punca.

    “Politik bukan untuk mereka yang pemalu. Pada semua peringkat, ia dicirikan dengan publisiti,” katanya.

    Laman web Career Trend pula menyifatkan ahli politik sebagai pemimpin yang pandai memujuk. 

    “Diplomasi dan etika profesional diperlukan untuk menjalankan polisi dan terus yakin ketika menghadapi tekanan media.

    “Karisma untuk terus menonjol dalam kalangan orang ramai dan suara yang mampu memujuk bagi membolehkan pandangan anda didengari membantu perkembangan seorang ahli politik,”: katanya.

    Selain itu, Career Trend turut menekankan kepentingan kemahiran kepimpinan dan pemahaman terhadap polisi awam, pentadbiran dan undang-undang untuk seorang ahli politik.

    Tugas umum ahli politik

    Dalam badan perundangan, ahli politik akan menggubal undang-undang. Dalam badan pentadbiran, ahli politik akan menguruskan pentadbiran serta menguatkuasakan undang-undang.

    Disebabkan ahli politik dilantik oleh rakyat melalui undi, mereka bertanggungjawab membawa suara rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

    Namun, ahli politik juga perlu mengambil kira pandangan partinya sendiri dalam mengangkat satu-satu isu.

    Ahli politik yang baik adalah mereka yang dapat mengimbangi suara rakyat dengan pandangan parti dalam kerjayanya. Ahli politik sebegini cepat membina nama dalam politik kerana restu yang diterima daripada parti dan popular dalam kalangan rakyat kerana konsisten mendengar suara rakyat. – RELEVAN

    ahli politik featured kerjaya laluan kerjaya
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.