Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan mata

    5 penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan mata

    By Umi FatehahOctober 18, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan mata. - Gambar Hiasan Joel Staveley/Unsplash

    MANUSIA dilahirkan dengan lima deria, iaitu deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan. Otak akan menghubungkan kelima-lima deria ini untuk membantu kita memahami dan memastikan setiap anggota badan dapat berfungsi dengan baik.

    Menurut pakar, mata merupakan salah satu nikmat pemberian tuhan yang paling berharga. Manusia bergantung kepada deria penglihatan sehingga 80 peratus. 

    Katakan, sekiranya deria bau tidak dapat berfungsi dengan baik dalam situasi yang mengancam nyawa, kita secara tidak langsung akan bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan untuk melindungi diri daripada bahaya.

    Oleh itu, penting untuk kita menjaga kesihatan mata bagi menjamin penglihatan yang baik. Tetapi, tahukah anda bahawa melakukan pemeriksaan mata yang kerap, penjagaan pemakanan dan bersenam sahaja tidak menjamin kesihatan mata?

    ARTIKEL BERKAITAN: Ini kelebihan protein yang ramai tidak tahu, perlu ambil setiap hari

    Terdapat juga beberapa masalah kesihatan lain yang akan menjejaskan penglihatan. Menurut perkongsian Pakar Perunding Oftalmologi, Dr. Priyanka Singh di Health Shots, berikut merupakan senarai penyakit yang akan menjejaskan penglihatan. 

    • Diabetes

    Paras gula darah tinggi jangka panjang boleh menjejaskan kualiti saluran darah di seluruh badan, termasuk di dalam retina. Salur darah kecil yang memasuki retina mungkin berdarah atau bocor jika gula menghalangnya. 

    Untuk mengelakkan daripada situasi itu berlaku, saluran darah baharu akan dihasilkan oleh mata. Tetapi saluran darah yang dihasilkan itu lebih lemah dan mudah bocor. 

    Kebocoran ini mungkin menyebabkan mata dipenuhi dengan cecair yang akan menyebabkan retina membesar dan menjejaskan penglihatan. Keadaan ini diistilahkan sebagai Retinopati Diabetik yang berpunca daripada kerosakan pada saluran darah akibat diabetes.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bantu kanak-kanak keluar daripada masalah obesiti, cegah pelbagai penyakit kronik

    • Hipertensi (tekanan darah tinggi)

    Sama seperti diabetes, tekanan darah tinggi juga boleh merosakkan saluran darah. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan saluran darah di retina menebal dan akan mengurangkan jumlah darah untuk disampaikan kepada retina.

    Tanpa aliran darah yang mencukupi, tisu halus di mata menjadi cedera dan boleh mengakibatkan edema makula (penyakit mata disebabkan diabetes), kecederaan saraf optik, dan pengumpulan cecair di bawah retina. Keadaan ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.

    • Multiple sclerosis (MS)

    Multiple sclerosis adalah keadaan yang boleh menjejaskan otak dan saraf tunjang dan  menyebabkan masalah penglihatan, pergerakan lengan atau kaki serta menjejaskan keseimbangan.

    Sarung myelin yang melindungi saraf optik dan membantu penghantaran isyarat dari mata ke otak untuk tafsiran, diserang oleh sistem imun. Ini akan menjejaskan proses penghantaran isyarat dan menyebabkan keradangan saraf optik dan kehilangan penglihatan yang cepat. Ini dirujuk sebagai neuritis optik. 

    Keadaan ini akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan pada pergerakan mata, penglihatan kabur, kehilangan penglihatan warna dan sakit kepala. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ia akan menyebabkan buta.

    • Tiroid

    Disebabkan persamaan antara reseptor yang terdapat dalam sel di belakang mata dan yang terdapat dalam sel tiroid, tiroid yang terlalu aktif menyebabkan antibodi juga diarahkan menentang sel tersebut. 

    Ini menyebabkan oftalmopati Graves atau orbitopati Graves. Tanda-tanda kepada penyakit Graves adalah seperti kerengsaan mata, kelopak mata bengkak, kemerahan dan keradangan konjunktiva iaitu tisu nipis yang melindungi permukaan luar mata.

    Dalam sesetengah kes yang teruk, pesakit juga akan mengalami penurunan dalam pergerakan mata dan mampatan saraf optik, penutupan mata yang tidak lengkap, ulser kornea dan kadangkala kehilangan penglihatan.

    • Rheumatoid arthritis dan penyakit autoimun lain

    Dalam gangguan autoimun seperti rheumatoid arthritis (RA), dan systemic lupus erythematosus (SLE), sistem imun mula menyerang tisu badan sendiri. Oleh itu, komponen vaskular uvea (lapisan tengah bola mata) termasuk iris akan mengakibatkan uveitis autoimun. 

    Uveitis autoimun ialah keradangan pada komponen uveal (bahagian tengah bola mata) yang disebabkan oleh tindak balas autoimun terhadap antigen diri atau disebabkan oleh tindak balas keradangan semula jadi sekunder daripada rangsangan luar.

    Ia menyebabkan keradangan di setiap bahagian mata dan membawa kepada kehilangan penglihatan secara tiba-tiba, sakit yang teruk dan peningkatan tekanan.

    Justeru, untuk menjaga penglihatan kita juga perlu menjaga keseluruhan kesihatan badan kita. 

    Penting untuk kita amalkan pemakanan seimbang, bersenam dan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan masalah pada kesihatan mata. – RELEVAN

    diabetes featured kesihatan mata
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.