Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Terapkan 7 amalan ini untuk menjalani hari tua yang bahagia dan sihat

    Terapkan 7 amalan ini untuk menjalani hari tua yang bahagia dan sihat

    By Umi FatehahSeptember 7, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NOOR AZMI (tengah) ketika majlis pelancaran Mencegah Influenza pada Usia Menjangkau 65 Tahun di Hilton, Petaling Jaya hari ini.

    SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 baru-baru ini, Immunise4Life (IFL) telah melancarkan kempen Mencegah Influenza pada Usia Menjangkau 65 Tahun di Hilton, Petaling Jaya hari ini. 

    Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali. Beliau membentangkan tujuh amalan kunci untuk penuaan yang bahagia dan sihat di samping mendapatkan suntikan bagi mencegah Influenza.

    Amalan tersebut dikatakan turut tersenarai sebagai salah satu tabiat gaya hidup yang disyorkan kepada warga emas bagi membantu mengekalkan kesihatan, kebolehan untuk berdikari dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

    Berikut Relevan menghuraikan tujuh amalan kunci untuk penuaan yang bahagia dan sihat seperti dikongsikan oleh Noor Azmi.

    • Mengamalkan pemakanan yang sihat

    Amalan pemakanan seimbang adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan untuk kekal sihat seiring dengan usia semakin lanjut. Ia boleh membantu mengekalkan berat badan yang sihat, kekal bertenaga dan mendapatkan nutrien diperlukan dalam sehari.

    Dengan diet yang seimbang, ia juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidap masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung dan diabetes.

    Untuk memenuhi keperluan pemakanan dalam sehari, makan makanan yang kaya dengan serat, vitamin, mineral dan nutrien lain. Hadkan pengambilan gula, lemak tepu dan trans serta garam. 

    • Melakukan aktiviti fizikal

    Sebagai golongan yang berumur, melakukan aktiviti fizikal yang kerap boleh menghalang atau melambatkan banyak masalah kesihatan. Ia juga membantu otot menjadi lebih kuat supaya boleh terus melakukan aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, golongan yang berumur 65 tahun ke atas perlu sekurang-kurangnya lakukan 150 minit aktiviti fizikal  dalam seminggu. Contohnya, 30 minit sehari dalam lima hari seminggu. 

    Anda boleh melakukan aktiviti intensiti sederhana seperti berjalan (brisk walk). Sekiranya mampu dan tiada halangan kesihatan, tetapkan 75 minit seminggu untuk melakukan aktiviti berintensiti tinggi seperti mendaki, berjoging atau berlari. Selain itu, lakukan aktiviti yang menguatkan otot sekurang-kurangnya dua hari seminggu.

    • Mendapatkan rehat yang cukup

    Apabila usia meningkat, kita sering mengalami perubahan dalam corak tidur seperti mengantuk lebih awal, bangun lebih awal atau mengalami kurang tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, tidur yang terganggu, bangun dalam keadaan letih setiap hari dan gejala insomnia yang lain bukanlah bahagian normal dari penuaan. 

    Tidur malam yang nyenyak membantu meningkatkan penumpuan dan pembentukan ingatan serta membolehkan badan anda membaiki sebarang kerosakan sel yang berlaku pada siang hari.

    Selain itu, tidur nyenyak juga menyegarkan sistem imun anda yang seterusnya membantu mencegah penyakit. 

    • Dapatkan tidur yang berkualiti

    Sekiranya golongan berumur 65 tahun ke atas tidak mendapatkan tidur yang berkualiti, ia berkemungkinan menyebabkan kemurungan, sukar untuk fokus, melemahkan daya ingatan dan mengantuk siang hari yang berlebihan. 

    Tidur yang tidak berkualiti juga boleh membawa kepada masalah kesihatan serius termasuk peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, diabetes, masalah berat badan dan kanser payudara bagi golongan wanita.

    Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, latih diri untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Selain itu, kurangkan tidur pada siang hari untuk mengelakkan kesukaran tidur pada waktu malam.

    Sebelum tidur, elakkan pengambilan kafein atau makanan bergula kerana ia dapat menyumbang tenaga dan melambatkan rasa mengantuk.

    • Menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala

    Dalam ucapannya, Noor Azmi berkali-kali menyentuh tentang mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Melakukan pemeriksaan kesihatan berkala merupakan salah satu langkah pencegahan yang terbaik.

    Beliau menggalakkan rakyat Malaysia untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala tanpa mengira umur. Hal ini penting untuk kita tahu status kesihatan terkini.

    Sekiranya keputusan pemeriksaan kesihatan menunjukkan anda menghadapi apa-apa penyakit, pencegahan dan rawatan awal dapat dilakukan sebelum terlambat.

    • Mempelajari kemahiran baharu

    Proses pembelajaran adalah sesuatu perkara yang dilakukan setiap hari dan memberi manfaat untuk semua peringkat umur.

    Menurut Discovery Living, sebuah kajian menunjukkan bahawa mempelajari perkara baharu boleh menjadikan otak manusia 30 tahun lebih muda dalam masa enam minggu. 

    Pengkaji telah mendapati bahawa dengan mempelajari tiga tugas baharu pada masa yang sama akan meningkatkan kemampuan mental dan menghindari daripada penyakit Alzheimer.

    Oleh itu, golongan berumur perlu memastikan badan serta minda berada dalam keadaan aktif dan sihat. Sama ada mempelajari resipi baharu untuk hidangan kegemaran, menonton video informatif dalam talian atau mengikuti kursus formal untuk kemahiran baharu.

    • Bergaul bersama keluarga dan rakan-rakan

    Psikologi dan kesihatan mental telah mendapat perhatian yang semakin meningkat dalam beberapa dekad yang lalu. Warga emas mewakili populasi paling terdedah dengan masalah kesihatan mental. 

    Menurut The Lancet, kemurungan mempunyai kesan yang serius kepada golongan berumur dengan masalah kesihatan sampingan yang semakin berlarutan. Kemurungan dikatakan akan memburukkan lagi penyakit kronik dan berpotensi meningkatkan kadar kematian.

    Bergaul bersama keluarga dan rakan secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan mental. Bersosial akan mengurangkan perasaan kesunyian, menstabilkan emosi dan masalah kemurungan dapat dikurangkan. – RELEVAN

    Previous ArticleMulai 7 September, pelitup muka hanya wajib dipakai dalam tiga situasi ini
    Next Article Kumbang paling cantik di bumi dengan kilauan memukau

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.