Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip capai keseimbangan kerjaya dan kehidupan

    7 tip capai keseimbangan kerjaya dan kehidupan

    By Zubaidah IbrahimOctober 13, 2022Updated:October 14, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KESEIMBANGAN kerjaya dan kehidupan merupakan kunci kebahagiaan.- GAMBAR HIASAN/TIRACHARDZ/FREEPIK

    BEKERJA merupakan rutin wajib yang perlu dilakukan untuk kelangsungan dan kesenangan hidup, tetapi jangan terlalu leka bekerja sehingga lupa meluangkan masa untuk diri sendiri serta orang tersayang.

    Kita perlu seimbangkan kerja dan kehidupan yang merupakan kunci kebahagian. Masa yang berlalu tidak boleh diganti, maka jangan sia-siakan kehidupan semata-mata untuk bekerja.

    Berikut Relevan kupas tujuh tip untuk mencapai keseimbangan kerjaya dan kehidupan seperti yang dikongsikan oleh businessnewsdaily.

     1. Terima bahawa tiada keseimbangan kerja-kehidupan yang sempurna

    Apabila mendengar mengenai keseimbangan kehidupan dan kerja, anda mungkin membayangkan mempunyai hari yang sangat produktif di tempat kerja.

    Selain itu, anda juga keluar awal untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Walaupun ini mungkin kelihatan ideal, ia tidak selalu terjadi.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 tip redakan tekanan dan kebimbangan di tempat kerja – Relevan

    Pengasas Kumpulan Pementoran Kerjaya, #BossinHeels, Heather Monahan berkata, jangan berusaha untuk jadual yang sempurna, sebaliknya berusaha untuk yang lebih realistik.

    “Beberapa hari anda mungkin lebih fokus kepada kerja manakala hari lain mungkin mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk meneruskan hobi atau meluangkan masa bersama orang tersayang.

    “Keseimbangan dicapai mengikut masa dan bukannya setiap hari,” ujarnya.

    BERIKAN komitmen sepenuhnya ketika bekerja dan lupakan segala hal pekerjaan ketika bercuti.- GAMBAR HIASAN/ANAMUL REZWAN/PEXELS

     2. Cari pekerjaan yang anda suka.

    Walaupun kerja adalah norma dalam masyarakat, tetapi kerjaya anda tidak seharusnya mengekang. Sekiranya melakukan pekerjaan yang tidak disukai akan membuatkan anda tidak gembira dan produktif.

    Anda tidak perlu menyukai setiap aspek pekerjaan, tetapi ia seharusnya mengujakan sehingga tidak takut untuk bangun dari katil setiap pagi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hadapi persekitaran kerja toksik dengan cara yang betul, ikuti langkah-langkah ini – Relevan

    Monahan mengesyorkan mencari pekerjaan yang anda minati sehingga sanggup melakukannya dengan penuh kepuasan dan keseronokan.

    “Jika pekerjaan sangat meletihkan dan anda juga mendapati sukar untuk melakukan perkara yang disuka di luar waktu kerja, ada yang tidak kena,” katanya.

     3. Utamakan kesihatan anda.

    Kesihatan fizikal dan mental perlu diberi keutamaan. Sekiranya anda bergelut dengan kebimbangan atau kemurungan dan memerlukan terapi, maka muatkan sesi tersebut ke dalam jadual walaupun perlu meninggalkan kerja lebih awal.

    Jika anda sedang bertarung dengan penyakit kronik, jangan takut untuk meminta cuti dan merehatkan diri. Terlalu banyak bekerja menghalang anda daripada menjadi lebih baik, mungkin akan menyebabkan anda mengambil lebih banyak cuti pada masa akan datang.

    “Mengutamakan kesihatan terlebih dahulu akan menjadikan anda pekerja dan orang yang lebih baik.

    “Anda tidak semestinya melakukan aktiviti ekstrem, sebaliknya boleh melakukan aktiviti semudah meditasi atau senaman harian,” tambah Monahan.

    4. Jangan takut untuk berehat seketika

    Memutuskan hubungan dengan dunia luar dari semasa ke semasa membolehkan kita pulih daripada tekanan mingguan dan memberi ruang untuk pemikiran serta idea lain muncul.

    Jangan takut untuk ‘mencabut plag’ seperti mengamalkan meditasi dalam perjalanan harian anda dan bukannya menyemak emel kerja.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ikuti 5 tip ini untuk capai perkembangan kerjaya – Relevan

    Monahan memberitahu, dia pernah mengikuti satu perjalanan kerja bersama bosnya dan mendapati beliau sempat membaca novel bagi menenangkan diri walaupun ditengah-tengah kesibukan kerja.

    Meluangkan masa berehat seketika adalah penting untuk berjaya dan akan membantu anda berasa lebih bertenaga apabila bergelut dengan pelbagai tugasan.

    BEREHAT seketika untuk menenangkan diri penting bagi menjaga kesihatan fizikal serta mental.- GAMBAR HIASAN/KATEMANGOSTAR/FREEPIK

    5. Ambil masa untuk pergi bercuti

    Kadangkala, benar-benar ‘mencabut plag’ bermakna mengambil masa bercuti dan menutup kerja sepenuhnya untuk seketika.

    Sama ada percutian sehari atau perjalanan dua minggu ke Bali adalah penting untuk meluangkan masa mengecas semula fizikal dan mental.

    Dengan perancangan yang betul, anda boleh mengambil masa untuk bercuti tanpa perlu risau membebankan rakan sekerja atau berdepan dengan beban kerja yang banyak apabila kembali bertugas.

    6. Luangkan masa untuk diri sendiri dan orang tersayang.

    Walaupun pekerjaan penting, ia tidak sepatutnya dilakukan sepanjang hidup. Anda adalah seorang individu sebelum mengambil jawatan ini dan anda harus mengutamakan aktiviti atau hobi yang menggembirakan.

    “Jika tidak merancang dengan tegas untuk masa peribadi, anda tidak akan mempunyai masa untuk melakukan perkara lain di luar waktu kerja.

    “Tidak kira betapa sibuknya jadual, anda boleh merancang masa dan kehidupan.

    “Sedari bahawa tiada sesiapa di syarikat akan mencintai atau menghargai anda seperti orang yang anda sayangi,” ulas Monahan.

    AMBIL masa untuk bercuti merehatkan diri dan mencipta momen indah bersama yang tersayang.- GAMBAR HIASAN/VEERASANTINITHI/PIXABAY

    7. Tetapkan sempadan waktu kerja.

    Tetapkan sempadan untuk diri sendiri dan rakan sekerja bagi mengelakkan keletihan. Apabila anda meninggalkan pejabat, elakkan memikirkan projek yang akan datang atau menjawab emel syarikat.

    Menetapkan waktu kerja tertentu sama ada anda bekerja di luar rumah atau di rumah, adalah penting untuk menentukan masa bila anda akan bekerja dan bila akan berhenti bekerja.

    Jika tidak, anda mungkin akan melakukan pekerjaan itu sehingga lewat malam, semasa bercuti atau pada cuti hujung minggu.- RELEVAN

    Previous Article9 amalan hidup untuk menghadapi ringgit yang menurun
    Next Article 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.