Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ikuti 5 tip ini untuk capai perkembangan kerjaya

    Ikuti 5 tip ini untuk capai perkembangan kerjaya

    By September 13, 2022Updated:September 14, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERKEMBANGAN kerjaya akan membantu anda kekal berdaya saing apabila tiba masanya untuk mendapatkan kenaikan pangkat atau memohon peluang baharu.- Foto oleh Pexels/Pixabay

    SETIAP orang pastinya mahukan perkembangan dalam kerjaya masing-masing apabila mencapai tempoh masa tertentu dan mengharungi pelbagai cabaran di alam pekerjaan yang menjadikannya ‘kaya’ dengan pengalaman serta pengetahuan.

    Lantas, melayakkan seseorang itu ditawarkan dengan jawatan lebih baik dan gaji lumayan malah, ia juga menjadi mata bonus apabila mereka memohon kerja di tempat baharu.

    Perkembangan kerjaya akan membantu anda kekal berdaya saing apabila tiba masanya untuk mendapat tawaran kenaikan pangkat atau memohon peluang baharu.

    Berikut Relevan kupas lima tip untuk meningkatkan laluan perkembangan kerjaya anda seperti dikongsikan oleh thebalancemoney.

    1. Teroka pilihan anda

    Terlebih dahulu, anda perlu tahu pilihan yang ada seperti industri yang mungkin sesuai untuk anda, pekerjaan serta syarikat. Dari situ anda boleh mendapatkan idea, mengetahui kekuatan dan kelemahan diri serta menyediakan laluan kerjaya.

    Anda boleh memulakan penerokaan ini dengan membayangi pekerjaan yang dijalankan oleh pekerja lain dalam syarikat anda untuk mengetahui tentang pekerjaan yang berbeza.

    Ini juga boleh membantu meluaskan kemahiran anda berkaitan pekerjaan sekarang dan meningkatkan keupayaan untuk menambah nilai.

    Terokai pergerakan ke jabatan atau syarikat lain untuk meluaskan dan mendalami pengalaman anda. Langkah sedemikian boleh membuka pintu, apatah lagi mengembangkan rangkaian rakan sekerja anda.

    Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada orang yang berjaya dalam bidang bidang tersebut.

    BUAT perancangan untuk perkembangan kerjaya dengan menyediakan struktur yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.- Foto oleh ijeab/Freepik

    2. Dapatkan mentor

    Belajar daripada pengalaman orang lain ialah cara terbaik untuk menambah pengetahuan dan mempersiapkan diri anda kepada peluang lebih baik.

    Anda juga boleh menjadikan bos di tempat kerja sebagai mentor kerana mereka memberi tunjuk ajar kepada anda mengenai selok-belok berkaitan bidang kerja.

    Sesetengah syarikat komited dan memberi sokongan kepada perkembangan kerjaya pekerja mereka dengan menawarkan ganjaran wang dan masa.

    Selain itu, anda boleh menjadikan mereka yang terlibat dalam industri sama sebagai mentor, begitu juga jurulatih yang boleh memberi nasihat untuk anda belajar dan berkembang dalam kerjaya tersebut.

    3. Tetapkan matlamat

    Sebaik sahaja meneroka pilihan dan mendapatkan mentor, anda sepatutnya mempunyai maklumat yang mencukupi untuk menetapkan matlamat khusus dan boleh diukur yang akan membantu anda mengembangkan kerjaya pada masa akan datang.

    Contohnya, anda mungkin menetapkan matlamat berdasarkan kemahiran kerja yang ingin dibina kelak, projek yang ingin anda usahakan atau peranan yang anda ingin galas pada masa akan datang.

    Pastikan matlamat anda adalah realistik dan sesuatu yang boleh dicapai. Beri diri anda garis masa untuk mencapai matlamat tersebut. Ini akan membantu memastikan anda mencapai objektif tepat pada masanya.

    BAHAGIAN penting dalam perkembangan kerjaya ialah menambah ilmu atau kemahiran berkaitan pekerjaan yang diceburi. Foto oleh by Andrea Piacquadio/Pexels

    4. Buat perancangan

    Buat perancangan untuk perkembangan kerjaya dengan menyediakan struktur yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.

    Tanpa perancangan, anda akan hilang arah dan tiada penanda aras yang boleh digunakan untuk mengukur kemajuan.

    Sesetengah syarikat mempunyai program untuk membantu pekerja mengembangkan kerjaya mereka. Program sebegini jelas menandakan pencapaian yang perlu dicapai agar pekerja itu maju di sepanjang laluan kerjaya.

    Cipta perancangan kerjaya dengan menggambarkan ‘rupa’ kejayaan yang dimahukan, bagaimana anda tahu telah mencapai matlamat tersebut? Jangan lupa ‘batu loncatan’ yang akan membawa anda dari tempat sekarang ke tempat yang anda mahukan.

    5. Kembangkan kemahiran anda

    Bahagian penting dalam perkembangan kerjaya ialah menambah ilmu atau kemahiran berkaitan pekerjaan yang diceburi. Terdapat banyak cara untuk membina kemahiran anda.

    Anda boleh menghadiri kelas dan sesi latihan untuk meningkatkan pengetahuan atau kemahiran.

    Terdapat kursus dalam talian yang boleh mengajar kemahiran baharu khususnya berkaitan dengan industri anda, malah ada juga yang menyediakan sijil membuktikan kemahiran baharu anda.

    Selain itu, anda juga boleh terlibat dengan projek baharu di tempat kerja anda bagi meningkatkan kebolehan dan kemahiran baharu. Keterbukaan untuk belajar perkara baharu bukan sahaja mengasah kemahiran, tetapi pada masa sama memberi idea-idea segar. – RELEVAN 

    featured kemajuan kerjaya
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.