Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9 amalan hidup untuk menghadapi ringgit yang menurun

    9 amalan hidup untuk menghadapi ringgit yang menurun

    By Umi FatehahOctober 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    9 amalan hidup untuk menghadapi ringgit yang menurun. - Gambar Hiasan Amir Khalid/Kosmo

    SETAKAT hari ini, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6850/6875 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang ditutup pada hari Rabu iaitu 4.6820/6855.

    Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kebanyakannya adalah di luar kawalan kita kerana ia dipengaruhi oleh kedua-dua faktor global dan domestik. 

    Boleh dikatakan, prospek ekonomi semasa sudah pasti kelihatan suram bagi rakyat Malaysia. Jadi, bagaimana kita perlu terus bertahan di dalam situasi ekonomi hari ini? 

    Meningkatkan pendapatan merupakan salah satu jawapan yang terang lagi bersuluh untuk menangani krisis mata wang semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

    Menurut iMoney, terdapat beberapa amalan hidup lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kos dan beban dalam hidup.

    • Lupakan angan-angan percutian di luar negara buat sementara waktu

    Jika mempunyai angan-angan untuk bercuti di negara-negara Eropah mahupun negara jiran seperti Singapura, anda mungkin perlu memeriksa semula pengiraan bajet percutian. Mengikut kadar mata wang semasa, RM1 hanya bernilai SG$0.30.

    Makanan yang paling mudah didapati di Singapura ialah nasi ayam. Bayangkan, sepinggan nasi ayam yang paling murah berharga SG$5 iaitu bersamaan dengan kira-kira RM16. 

    Bagaimana pula dengan kos perbelanjaan lain seperti penginapan dan pengangkutan sepanjang melancong? Melancong di negara lain pasti memerlukan perbelanjaan yang besar oleh kerana perbezaan nilai mata wang.

    Buat sementara ini, anda dinasihatkan untuk melupakan hasrat ingin merantau ke mana-mana negara di luar Malaysia. 

    Jika anda benar-benar perlu berehat di suatu tempat di luar kesibukan ibu kota, pertimbangkan destinasi lain di dalam negara. 

    Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang mungkin anda sendiri belum terokai.

    • Beli produk tempatan

    Semasa pembelian barangan, bandingkan harga produk tempatan dan produk import. Pasti anda dapat melihat perbezaan harga yang ketara. 

    Jika anda suka membeli buah-buahan import seperti blueberry dan kiwi, pertimbangkan untuk menukar kepada buah-buahan tempatan seperti betik dan pisang. 

    Di samping dapat membeli buah dengan harga yang lebih murah, kita juga dapat menyokong petani dan usahawan tempatan.

    • Biasakan untuk makan masakan di rumah

    Jika anda tinggal bersama ibu bapa, itu merupakan salah satu nikmat dunia yang jangan sesekali memandang remeh. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan untuk makanan kerana kebanyakan masa makanan sudah tersedia di rumah.

    Bagi yang menyewa di luar, pasti perbelanjaan terbesar ialah makanan. Ya, berjimat itu perlu tetapi badan kita masih memerlukan makanan untuk kekal bertenaga. 

    Jadi, cara bernas untuk mengurangkan perbelanjaan makanan ialah dengan makan masakan sendiri.

    • Semak semula langganan

    Cara terbaik untuk mula mengurangkan perbelanjaan bulanan ialah dengan semak komitmen yang memakan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pendapatan anda. 

    Senaraikan semua pembayaran tetap anda seperti pinjaman, langganan dan bil. Kemudian, tentukan item mana yang boleh anda turun taraf, lanjutkan atau batalkan.

    Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membatalkan langganan medium hiburan seperti Netflix, Disney+ dan sebagainya. 

    Sekiranya jarang menggunakannya lebih baik anda membatalkan langganan atau cari alternatif yang tidak memerlukan apa-apa bayaran.

    • Jana pendapatan di dalam mata wang yang lebih tinggi

    Di samping mengurangkan perbelanjaan, anda juga boleh mencuba untuk menjana pendapatan dalam mata wang asing yang lebih kukuh. 

    Lebih-lebih lagi dalam dunia yang maju dari sudut pendigitalan hari ini, anda tidak perlu meninggalkan negara untuk melakukannya.

    Salah satu cara untuk menjana pendapatan mata wang asing ialah dengan menjual barangan anda di peringkat antarabangsa seperti platform etsy, eBay atau Amazon. 

    Anda juga boleh menjual apa sahaja barangan seperti hasil kraftangan.

    Selain itu, banyak pengiklanan kerja yang menawarkan bayaran dalam matawang dolar AS seperti penterjemah, membuat sari kata bagi filem atau rancangan dan juga pembaca pruf. – RELEVAN

    Previous Article1 kematian Covid-19, sifar kes di PKRC
    Next Article 7 tip capai keseimbangan kerjaya dan kehidupan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.