Facebook Twitter
    Trending
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip redakan tekanan dan kebimbangan di tempat kerja

    7 tip redakan tekanan dan kebimbangan di tempat kerja

    By July 5, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Andrea Piacquadio

    TEMPAT kerja sering dikaitkan dengan stres dan kebimbangan kerana para pekerja masing-masing ingin melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna seperti diarahkan oleh majikan.

    Tuntutan untuk melakukan pelbagai tugasan, perlu menyiapkan pekerjaan dalam masa yang singkat dan pelbagai lagi situasi di tempat kerja membuatkan para pekerja berasa tertekan serta mengalami kebimbangan.

    Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan tujuh tip bagi meredakan tekanan dan kebimbangan di tempat kerja agar anda berasa lebih tenang.

    1. Semak keadaan diri dengan kerap

    Sesetengah orang terlalu terperangkap dengan tanggungjawab harian sehingga mereka merasakan kebimbangan itu perkara yang biasa ketika melaksanakan tugasan.

    “Dapatkan sesuatu untuk diminum atau berehat sebentar dan taya diri anda. Bagaimana keadaan saya?

    “Adakah saya stres? Adakah saya berada dalam keadaan baik? Menyedari tahap kembimbangan anda yang meningkat boleh memberi amaran untuk anda menggunakan strategi pengurusan stres,” cadang Cira.

    2. Elak menjadi terlalu lapar, marah, sunyi atau letih

    “Apabila berasa lapar, marah, sunyi atau letih, kita mempunyai rangkaian emosi yang berkurangan.

    “Ia seperti menghidupkan terlalu banyak peranti elektrik pada satu moden Wi-Fi sehingga satu atau lebih peranti mungkin terhenti,” ujar wanita lagi.

    Perasaan tekanan boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon stres kortisol. Terlalu banyak kartisol boleh menjadi punca penyakit jantung, penambahan berat badan dan masalah ingatan serta tumpuan.

    3. Terima perasaan kurang selesa

    Jangan lari atau menafikan perasaan tidak selesa itu. Sebaliknya, cuba menerima perasaan tersebut dan fahami bahawa anda boleh menghadapinya.

    Jelas Cira, sebagai contoh, anda mungkin berada cemas semasa minggu pertama di tempat kerja baharu kerana perlu memahami tugasan dan semua perkara baharu. 

    Terima hakikat bahawa anda tidak mampu menguasai segala-galanya itu dalam masa yang singkat dan dari masa ke semasa akan mahir dengan tugasan baharu itu. Cuba berikan kata-kata semangat dan positif kepada diri anda.

    4. Bangun dan bergerak

    Menjadi perkara biasa untuk rasa seperti badan anda berdengung dengan tenaga tambahan ketika cemas. Itu boleh mewujudkan disonansi kognitif.

    “Otak kita memberitahu kita untuk berehat dan bersantai, tetapi badan mengatakan sesuatu yang lain.

    “Jika anda berasa gelisah, pergi berjalan-jalan sekitar pejabat atau di luar.

    “Jumlah senaman yang sederhana boleh mendorong badan anda untuk mengeluarkan endorfin yang akan meningkatkan mood,” ulas Cira lagi.

    5. Dapatkan bantuan sokongan

    Jika anda telah mencuba pelbagai teknik relaksasi dan mendapati bahawa masih tidak boleh menghilangkan perasaan bimbang berkaitan kerja itu, mungkin sudah tibanya mendapatkan bantuan.

    Cuba luahkan permasalahan itu kepada rakan yang dipercayai dan saudara terdekat. Di samping itu, ada juga majikan yang mempunyai program bantuan pengurusan emosi pekerja dengan bantuan pakar kesihatan mental.

    6. Elakkan alkohol, makan berlebihan dan menggunakan dadah sebagai penenang

    Sesetengah orang membuat keputusan kurang sihat seperti minum alkohol, makan berlebihan dan penyalahgunaan dadah untuk mengubati keresahan.

    “Pilihan tersebut lebih banyak mendatangkan bahaya dan keburukan kepada diri.

    “Sebaliknya, cuba cara sihat untuk mengurangkan tekanan seperti tarik nafas dalam-dalam, senaman, meditasi, mendengar muzik yang menenangkan dan urutan,” kata Pakar Psikiatri dan Pengasas Klinik Amen,  Dr. Daniel G. Amen.

    7. Jauhi anggapan buruk

    Kita sering terperangkap dengan prasangka negatif kerana terlalu memberi tumpuan kepada perasaan cemas sehingga sukar memikirkan bagaimana untuk berjaya.

    “Cuba cari sesuatu yang membuatkan anda berasa senang hati dan boleh menambah keyakinan diri.

    “Jangan biarkan diri terus dibelenggu dengan anggapan atau jangkaan buruk yang menjadi penghalang kejayaan anda,” ujar Ketua Pegawai Klinikal di Learn to Live, Inc, Russell Morfitt.-RELEVAN

    Previous Article1,918 kes baharu Covid-19 semalam, lapan kematian
    Next Article 2,932 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam, 3 kematian

    Artikel berkaitan

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026
    Artikel Terkini

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.