Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jadi pendorong kerjaya yang baik, memahami dan bertimbang rasa untuk anak, ikuti tip ini

    Jadi pendorong kerjaya yang baik, memahami dan bertimbang rasa untuk anak, ikuti tip ini

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 30, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    IBU bapa memainkan peranan penting sebagai pengaruh utama dalam mendidik anak untuk membuat pilihan kerjaya demi masa depan mereka. Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anak menemui kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. Antara faktor yang mempengaruhi kebahagiaan dan kejayaan seseorang pastilah pemilihan kerjaya yang bersesuaian. 

    Ibu bapa perlu menjadi lebih daripada sekadar seorang idola kepada anak-anak. Mereka perlu menjadi kawan dan kaunselor untuk panduan anak-anak mereka selain daripada memberikan bimbingan pendidikan yang tetap. 

    Ibu bapa yang mengenali anak dengan baik pasti tahu tentang apa yang mereka minat, suka dan tidak suka dan mengenali personaliti anak-anak yang boleh membantu pemilihan kerjaya yang tepat.

    Apabila pelajar mendapat sokongan dan disayangi oleh ibu bapa, mereka berkemungkinan akan lebih yakin dengan keupayaan diri sendiri untuk mencari minat dalam diri dan memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat.

    Keputusan yang dibuat dalam kehidupan awal seperti subjek dipilih untuk belajar, keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan kursus yang dipilih boleh memberi kesan kepada laluan kerjaya kita. 

    Jika keputusan ini banyak dipengaruhi oleh kepentingan ibu bapa sendiri, kanak-kanak itu mungkin akan mengikuti kerjaya yang tidak diminati, sekadar memenuhi hasrat orang tua.  Pada masa yang sama, tanpa bimbingan dan sokongan praktikal ibu bapa, anak-anak boleh tersilap langkah.

    Relevan kongsikan beberapa panduan untuk ibu bapa membantu anak-anak memilih kerjaya masa hadapan.

    • Jangan anggap anak sebagai ‘kembar’ anda

    Seperti ibu bapa, tiap anak mempunyai keunikan yang tersendiri. Mereka individu yang berbeza dengan ibu bapa. Perkara yang mungkin membuatkan anda benar-benar jatuh hati tentang pekerjaan tertentu mungkin tidak akan berlaku perkara yang sama kepada anak-anak. 

    Cuba sedaya upaya tahan keinginan untuk menghalang laluan tertentu hanya kerana ia sesuatu yang tidak menarik bagi anda dan jangan perlekehkan minat mereka.  Anak-anak mungkin tidak berminat untuk menjejaki langkah anda dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama atau menceburi bidang kerja yang anda lakukan.

    Penyelidik dalam bidang penilaian kerjaya membuat pemerhatian bahawa ibu bapa kadang kala memindahkan cita-cita sendiri yang tidak tercapai kepada anak mereka. Ibu bapa lebih cenderung untuk berbuat demikian apabila mereka melihat anak mereka sebagai sebahagian daripada diri mereka dan bukan individu lain yang mempunyai minat serta keunikan tersendiri.

    • Bantu anak anda menemui kekuatan dan minat mereka

    Rujuk kepada kaunselor atau lakukan ujian aptitud.  Ujian aptitud merujuk kepada ujian yang direka untuk menentukan keupayaan seseorang dalam sesuatu kemahiran atau bidang pengetahuan.  

    Ujian aptitud biasanya dilakukan untuk menentukan jenis kerjaya yang sesuai dengan kemahiran dan minat mereka. Pelajar sekolah menengah juga berkemungkinan sudah didedahkan dengan ujian aptitud untuk membantu mereka melakukan pilihan jurusan pelajaran yang sesuai.

    Walaupun tidak disyorkan untuk membuat keputusan penting berdasarkan satu ujian, ia sekurang-kurangnya berfaedah dalam membantu membuat pelbagai penilaian dan mencari keputusan. 

    Jika anak anda berminat dengan kerjaya yang kemungkinan tidak sesuai dengan kekuatan semula jadi mereka, itu tidak bermakna perlu segera menolak pilihan itu sebagai kerjaya. Sebaliknya, sumbang sarankan bagaimana anak-anak boleh membawa kekuatan mereka ke arah bidang itu. 

    • Dedahkan anak kepada pelbagai aktiviti 

    Dengan mendedahkan anak-anak kepada pelbagai jenis aktiviti, ia berkemungkinan boleh membantu mencari minat dan bakat mereka.  

    Dedahkan mereka kepada alam semula jadi, seni, sains, muzium, haiwan dan pelbagai jenis aktiviti lain yang boleh dinikmati bersama. Perhatikan apa yang menarik minat mereka. Jika ada subjek yang mereka ingin tahu dengan lebih lanjut atau menunjukkan keterujaan terhadapnya, dorong mereka untuk mendalami lebih lanjut tentang topik itu. 

    Kebiasaannya, anak-anak menunjukkan minat yang jelas dalam sesuatu bidang perlahan-lahan.  Adalah lebih baik jika minat mereka diteliti dahulu sehingga mendapat satu kata putus sebelum melakukan keputusan kerana dikhuatiri tersilap langkah.

    • Tunjukkan teladan yang bagus

    Anak memerhati setiap pergerakan dan tingkah laku ibu bapa, jadi ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik dengan menceburi bidang kerja yang disukai. Apabila anak melihat anda membina kerjaya yang bertepatan dengan minat, mereka akan tahu bahawa ada kemungkinan untuk mencari dan melakukan kerja yang mereka suka. 

    Tiada istilah terlalu tua untuk meluangkan lebih banyak masa melakukan perkara yang disukai.  Jadi, cari perkara yang menceriakan anda, lakukan lebih banyak perkara yang disukai dan kurangkan melakukan perkara yang tidak penting serta memberi kesan negatif kepada kesihatan mental.

    • Bersabar dan beri semangat

    Beritahu anak-anak bahawa usaha untuk bekerja di dalam bidang yang diingini kebiasaannya merupakan satu proses yang panjang untuk mengenal diri sendiri. Mereka mungkin menukar haluan ketika mengemudi laluan kerjaya mereka. 

    Bersabarlah kerana mereka masih dalam proses untuk melakukan keputusan yang sukar. Beri galakan dan dorongan kepada mereka untuk terus mempelajari lebih lanjut tentang diri mereka sendiri supaya mereka boleh terus berkembang menjadi orang yang hebat, sejajar dengan cita-cita dan minat. – RELEVAN

    Previous Article1,155 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan semalam
    Next Article Tunggak keempat, wartawan makan hati dan neo-journalism: kewartawanan dari lensa Ku Seman

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.