Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 makanan ini boleh jadi racun jika dipanaskan semula

    6 makanan ini boleh jadi racun jika dipanaskan semula

    By Zubaidah IbrahimAugust 24, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAHUKAH anda, sesetengah makanan tidak boleh dipanaskan semula dan boleh bertukar menjadi menjadi racun?

    JADUAL kerja yang padat setiap hari menyebabkan kebanyakan kita memilih jalan paling pantas untuk menyediakan hidangan dan cara paling popular ialah memanaskan semula makanan dalam ketuhar gelombang mikro.

    Tahukah anda, sesetengah makanan tidak boleh dipanaskan semula dan boleh bertukar menjadi menjadi racun?

    Apa yang mengejutkan, makanan ini selalunya menjadi bahan yang kita sediakan dan makan setiap hari.

    Sehubungan itu, berikut Relevan kongsikan 6 jenis makanan yang tidak boleh dipanaskan semula.

    1. Ayam

    Ayam kaya dengan sumber protein tetapi memanaskan semula akan menyebabkan perubahan dalam komposisi protein.

    Ia juga akan menyebabkan anda mengalami masalah pencernaan. Ini kerana makanan yang kaya dengan protein menjadi terurai apabila dimasak.

    Oleh itu, jika ia sentiasa dipanaskan, sifat pemecahan ini boleh menyebabkan ayam sukar dihadam.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 makanan ini buat perut lebih kenyang, bantu kuruskan badan

    Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh menggunakan sisa ayam itu untuk dimasukkan ke dalam salad atau sandwich.

    Anda juga boleh masak semula ayam di atas dapur dengan api yang sangat perlahan.

    1. Kentang

    Kentang sering dijadikan hidangan wajib setiap hari, ia adalah makanan berkanji yang kaya dengan manfaat kesihatan. Tetapi jika dipanaskan semula ia akan menggalakkan pertumbuhan botulisme iaitu bakteria yang jarang ditemui.

    Bakteria ini tidak boleh dibunuh dengan memanaskan semula dalam ketuhar gelombang mikro. Ia sebaliknya boleh menyebabkan keracunan makanan.

    Cara terbaik ialah memasak semula dalam kuali di atas dapur.

    1. Bayam

    Makanan kegemaran Popeye ini sangat berkhasiat tetapi anda mesti mengelak daripada memanaskannya semula.

    Bayam mengandungi banyak nitrat yang bertukar kepada nitrit apabila dipanaskan semula. Nitrit bersifat karsinogenik.

    Cara yang terbaik ialah anda boleh makan bayam itu selepas mengukusnya atau hanya menyejukkannya dengan cepat dan mengekalkannya di bawah lima darjah Celsius untuk mengelakkan penghasilan nitrit.

    1. Ubi bit

    Ubi bit (Beetroot) sama seperti bayam yang kaya dengan nitrat. Memanaskannya semula akan menukarkan nitrat kepada nitrit yang karsinogenik kepada badan dan juga boleh menyebabkan anda sakit perut.

    1. Telur

    Makanan ruji sarapan pagi ini juga tidak boleh dipanaskan semula. Memanaskan semula telur rebus atau hancur perlu dielakkan.

    Anda tidak sepatutnya memanaskannya semula kerana protein dalam telur akan musnahkan apabila ia terdedah kepada haba berulang kali.

    ARTIKEL BERKAITAN: Awas! 4 makanan ini punca pening kepala

    Selain itu, ia juga boleh menjadi toksik dan tidak sesuai untuk dimakan setelah dimasak.

    Bagi mengelakkan pembaziran, masukkan lebihan telur itu ke dalam salad.

    1. Minyak masak

    Anda juga tidak sepatutnya memanaskannya semula minyak masak berulang  kali kerana ia berkemungkinan akan mengeluarkan asap toksik dan radikal bebas yang berbahaya.

    Maka, cara terbaik adalah membuang minyak tersebut dan gunakan minyak baharu untuk memasak hidangan seterusnya.- RELEVAN

    featured makananberacun panassemula toksid
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.