Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jaga postur, pakar kongsi tip hentikan sakit belakang

    Jaga postur, pakar kongsi tip hentikan sakit belakang

    By October 9, 2023Updated:October 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FAKTOR utama berkaitan isu sakit belakang adalah postur dan tabiat gaya hidup yang buruk.- GAMBAR HIASAN

    LEHER yang sentiasa membongkok ke depan ketika menggunakan telefon pintar atau komputer riba selain pergerakan berulang seperti membongkok dan memusingkan pinggang sepanjang hari ketika menjaga anak-anak adalah senario biasa dalam kehidupan seharian.

    Menurut Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Komplementari dan Alternatif di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Janice Chan Vey Lian, tabiat tersebut boleh menyebabkan pelbagai kesakitan dan kesengsaraan yang akhirnya menjadi bertambah buruk sehingga membawa kepada kesakitan muskuloskeletal kronik,

    Sempena Hari Tulang Belakang Sedunia 2023 yang merupakan acara tahunan bagi membantu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan tulang belakang, beliau berkongsi tip untuk menghentikan (S.T.O.P.) sakit belakang.

    JANICE
    1. S = Sit Up Straight and Stretch! (duduk tegak dan lakukan regangan)

    “Faktor utama berkaitan isu ini adalah postur dan tabiat gaya hidup yang buruk. Kita selalu tidak menyedari akan postur badan dan cara kita melakukan tugas seharian seperti ketika menggunakan peranti digital sehinggalah kepada bagaimana kita mengangkat benda berat.

    “Ditambah dengan situasi di mana berlakunya gangguan gaya hidup seperti bekerja atau belajar dari rumah dan tidak bersedia dengan perubahan gaya hidup serta kerjaya susulan pandemik.

    “Untuk mencegah kesakitan muskuloskeletal, mental kita perlu menyedari keadaan postur badan. Walaupun kedengaran mudah, duduk tegak dan melakukan regangan dengan kerap boleh membantu,” katanya.

    1. T = Take a break (berehat)

    “Tema Hari Tulang Belakang Sedunia 2023 ialah ‘Gerakkan Tulang Belakang Anda’. Walaupun kebanyakan orang sudah memahami kepentingan untuk sentiasa bergerak, ia perlu diterjemahkan ke dalam tindakan.

    “Oleh itu, saya menyarankan anda menetapkan peringatan berjadual untuk bangun dan menggerakkan tulang belakang,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pakai korset ketat boleh lemahkan otot belakang

    1. O = Organise (mengatur)

    Janice berkongsi beberapa petua untuk mengatur ruang rumah dan kerja supaya anda mendapat postur badan yang lebih baik seperti berikut:

    • Laraskan ketinggian skrin komputer anda pada paras mata menggunakan buku atau kotak yang kuku.
    • Besarkan paparan dan cerahkan skrin supaya anda dapat melihat dan membaca tanpa perlu membongkok ke depan.
    • Gunakan kerusi dengan sokongan belakang yang baik yang diletakkan pada ketinggian yang membolehkan tapak kaki anda merata di lantai dengan lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
    • Gunakan bangku bagi mengelak daripada bercangkung semasa berkebun atau memandikan bayi.
    • Letakkan barang-barang keperluan di tempat yang mudah dicapai supaya tidak perlu selalu membongkok atau memusingkan pinggang. Contohnya, ibu bapa kepada bayi dan anak-anak kecil boleh duduk di atas katil semasa menukar lampin. Tidaklah perlu berdiri dan membongkokkan pinggang untuk melakukannya.
    • Uruskan beban berat dengan tidak mengemas banyak pakaian ke dalam beg dan tidak menggunakan beg yang diperbuat daripada bahan yang lebih ringan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sila bergerak! Ini bahaya gaya hidup sedentari

    • Bawa beban kurang daripada 10 peratus berat badan kita dan diagihkan sama rata pada kedua-dua bahu. Apabila dipakai dengan betul, beg galas belakang membolehkan kedua-dua bahu menanggung beban tersebut. Apabila membawa beg tangan atau beg jinjing, keraplah bertukar tangan yang menjinjingnya.
    • Bawalah beban yang lebih kecil atau lebih ringan. Jika bebannya besar dan berat, agihkan dan angkatlah beberapa kali.
    • Gunakan postur yang betul: Angkat menggunakan lutut, letakkan benda yang selalu digunakan sehampir yang boleh dan tempatkan benda berat di aras yang lebih tinggi.
    • Belajar teknik kecergasan dan bersenam yang betul dengan bantuan jurulatih. Jika perlu, dapatkan nasihat mereka untuk mengubahsuai cara anda bersenam bagi mengelakkan ketegangan atau kecederaan.
    1. P = Professional Help (Bantuan Profesional)

    “Ramai orang yang datang berjumpa ahli kiropraktor mengalami masalah seperti skoliosis dan sakit belakang. Kami membantu mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku dan mengesyorkan cara-cara untuk meningkatkan kesihatan tulang belakang.

    “Antaranya melakukan penjajaran tulang, membantu memperbaiki pergerakan, mengoptimum cara anda melakukan tugasan sehari-hari atau mengubah aturan ruang kerja anda bagi mengurangkan tekanan kepada badan secara keseluruhan dan mencegah kecederaan,” terang Janice.- RELEVAN

    belakang featured gaya hidup posture sakit tulang
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.