Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tanda anda sedang mengalami masalah kewangan kronik

    5 tanda anda sedang mengalami masalah kewangan kronik

    By Zubaidah IbrahimMarch 30, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: jcomp - www.freepik.com

    MEMPEROLEH gaji yang dianggap sangat lumayan bukanlah alasan untuk kita berbelanja besar dengan membeli barangan premium dan memandu kereta mahal sedangkan hidup dibelenggu hutang.

    Namun, ada juga yang tanpa sedar berbelanja besar melebihi pendapatan sehingga tertanya-tanya bagaimana wang itu cepat habis dan ke mana ia dibelanjakan. Sekali gus, kewangan peribadi mereka berada di ambang bencana.

    Perkara itu sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika tidak ada kesedaran mengenai pentingnya pengurusan kewangan yang baik. 

    Berikut Relevan titipkan perkongsian daripada laman blog mymoneycoach berkenaan lima tanda seseorang menghadapi krisis kewangan.

    1. Anda hanya mampu membuat pembayaran kad kredit dengan kadar minimum

    Sekiranya anda mendapati bahawa tidak mampu membayar lebih daripada bayaran minimum pada kad kredit, itu merupakan petanda krisis kewangan. 

    Jika anda hanya mampu membayar minimum setiap bulan ia boleh mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk membayar balik baki kad kredit tersebut. Sehubungan itu, cuba disiplinkan diri untuk tidak menggunakan kad kredit secara boros atau berlebihan.

    2. Berbelanja melebihi pendapatan

    Berbelanja banyak setiap bulan melebihi pendapatan akan membawa anda kepada masalah kewangan yang serius. Sebilangan orang cuba mengelakkan realiti ini dengan menambah hutang mereka seperti membeli kereta mahal sehingga dompet ‘kering’ sebelum hujung bulan.

    Anda perlu membuat beberapa perubahan dalam belanjawan supaya berbelanja lebih berhemat. Salah satu cara untuk mengetahui sama ada anda berbelanja lebih adalah dengan mengikuti belanjawan yang ditetapkan atau melihat baki bank anda adakah berkembang setiap bulan atau sebaliknya?

    3. Anda membuat pinjaman untuk membayar kad kredit dan bil-bil lain

    Jika anda meminjam wang untuk membayar bil setiap bulan, ini merupakan tanda amaran yang memerlukan anda membuat perubahan serius dalam pengurusan kewangan atau dapatkan bantuan penasihat kewangan.

    Pada awalnya anda mungkin rasa meminjam itu perkara kecil, tetapi sebenarnya ia sangat berbahaya dan membawa kepada kemusnahan hidup. Lakukan perubahan dengan membuat pemotongan 50 peratus daripada kos tambahan dan belajar cara menangani situasi tersebut.

    4. Anda tidak mempunyai simpanan untuk kegunaan kecemasan

    Sudah menjadi lumrah yang mana semua orang perlu mempunyai simpanan untuk kegunaan pada waktu kecemasan seperti ketika kehilangan pekerjaan atau diuji dengan sakit. Namun, cuba bayangkan setiap bulan anda tidak mampu untuk menyimpan sehingga simpanan kecemasan juga sifar.

    Ia merupakan tanda terpenting untuk anda sedar bahawa sedang mengalami masalah kewangan yang serius dan cuba bangkit secepat mungkin.

    5. Masalah kewangan menjejaskan kehidupan peribadi

    Sekiranya masalah kewangan merampas tidur anda, menyebabkan masalah kesihatan dan menyumbang kepada konflik dengan pasangan. Ia merupakan petanda anda mengalami masalah kewangan kronik.

    Disarankan anda membuat belanjawan, mengurus kewangan dengan lebih baik atau menghubungi perancang kewangan profesional, kaunselor kredit atau orang yang anda percayai untuk menyelesaikan masalah tersebut.- RELEVAN

    Previous Article15,215 kes baharu, 64 kematian semalam
    Next Article 6 cara berhadapan pensyarah bermasalah

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.