Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 cara berhadapan pensyarah bermasalah

    6 cara berhadapan pensyarah bermasalah

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 30, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh fauxels (Pexels)

    KITA sering disogok dengan nasihat supaya menghormati guru yang mengajar. Namun, hormat sepatutnya datang dari kedua-dua belah pihak. Menjadi kewajipan seorang pelajar untuk menghormati gurunya dan wajib juga seorang guru atau pensyarah, sebagai seorang manusia, untuk menghormati pelajarnya pada tahap yang sepatutnya.

    Isu berkenaan sikap pensyarah atau guru agak terpencil kerana tidak ramai pelajar yang berani membuat pendedahan. Isu sebegini juga kebiasaannya boleh diselesaikan secara dalaman di peringkat universiti atau sekolah.

    Namun, masih ada pelajar yang tidak berani mengambil tindakan apabila berhadapan pensyarah yang bermasalah. Masalah ini termasuk tutur kata yang bersifat hinaan, menyalahgunakan kedudukan untuk keuntungan perniagaan, gangguan seksual dan bersikap tidak adil terhadap pelajar.

    Bukanlah ingin menyemarakkan kebencian kepada golongan pensyarah, namun masyarakat perlu tahu bahawa pelajar juga mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang aman, selamat dan adil.

    Untuk itu, Relevan menyenaraikan lima cara yang boleh diguna pakai ketika berhadapan dengan pensyarah yang bermasalah. Makluman awal buat semua, menjadikan pensyarah anda tular tidak ada dalam senarai cara ini. 

    • Berterus-terang

    Langkah pertama yang boleh diambil pelajar ialah berhadapan dan berterus terang dengan pensyarah tersebut. Nyatakan secara jujur apa tindakan pensyarah tersebut yang tidak menyenangkan anda dan bersedia dengan jawapan balas pensyarah. Seorang pensyarah yang baik akan menerima teguran pelajar dan mempertimbangkan teguran tersebut. Perbincangan yang sihat juga boleh berlaku sekiranya masalah yang timbul sebenarnya berpunca daripada salah faham semata-mata. Dengan langkah ini, masalah yang timbul boleh selesai dengan serta-merta sekiranya kedua-dua pihak bersikap terbuka.

    • Dapatkan bantuan kaunselor

    Setiap universiti menyediakan khidmat kaunseling untuk pelajar. Jika anda mendapati pensyarah anda bermasalah dan terlalu takut untuk berterus terang dengannya, dapatkan bantuan kaunselor universiti. Kaunselor akan membantu anda dengan memberikan panduan untuk menyelesaikan masalah tersebut, sama ada dengan membuat laporan formal atau meleraikan salah faham anda terhadap pensyarah, sekiranya ia timbul disebabkan salah faham.

    • Kumpulkan bukti yang diperlukan

    Sekiranya pensyarah anda melanggar peraturan universiti atau bertindak di luar batas, pastikan anda mempunyai bukti untuk dakwaan tersebut. Simpan tangkap layar atau rakaman dan pastikan ia jelas. Bukti tersebut dapat digunakan untuk laporan formal yang dibuat kelak. Bukti terhadap dakwaan yang dibuat adalah penting bagi memastikan pensyarah juga tidak dihukum secara salah. Dalam apa-apa perselisihan, kedua-dua pihak berhak mendapatkan keadilan.

    • Guna penilaian subjek

    Kebanyakan universiti mengguna pakai sistem penilaian subjek pada akhir semester supaya pelajar diberi peluang untuk menyampaikan pandangan tentang kualiti pengajaran subjek. Penilaian tersebut termasuk dari segi silibus, penggunaan bahan bantu mengajar dan keterampilan pensyarah. Peluang ini perlu dimanfaatkan oleh pelajar untuk menyampaikan kritikan yang membina terhadap pensyarah. Namun, jangan pula disalah guna peluang ini dengan memberikan penilaian yang menyeleweng kepada pensyarah. Pelajar juga perlu adil.

    • Dapatkan bantuan persatuan atau kesatuan

    Kebiasaannya, setiap kursus di universiti mempunyai persatuannya sendiri. Di peringkat tertinggi juga, ada majlis perwakilan pelajar atau kesatuan pelajar yang dapat membantu pelajar menyampaikan suara dan menyelesaikan masalah. Dapatkan bantuan daripada mereka jika anda mempunyai masalah dengan pensyarah. Mungkin, anda dapat bertemu dengan pelajar lain yang mempunyai masalah sama, sekali gus menguatkan lagi dakwaan anda terhadap pensyarah tersebut.

    • Buat laporan kepada fakulti

    Langkah terakhir yang boleh diambil jika anda berhadapan masalah dengan pensyarah ialah membuat laporan formal kepada fakulti atau jabatan. Pastikan anda mempunyai bukti untuk setiap dakwaan yang diberikan. Dengan cara ini, isu berkenaan pensyarah tersebut boleh disiasat dan diambil tindakan oleh ketua jabatan mahupun dekan. Langkah ini lebih adil berbanding menyampaikan aduan melalui saluran yang tidak formal kerana hukuman boleh terus dijatuhkan hanya dengan persepsi tanpa siasatan yang menyeluruh. – RELEVAN

    featured guru pelajar pendidikan pensyarah
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.