Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pilih haluan kerjaya mengikut jenis kepintaran anda

    Pilih haluan kerjaya mengikut jenis kepintaran anda

    By February 6, 2022Updated:February 7, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENGIKUT kajian psikologi, manusia mempunyai pelbagai jenis kepintaran. Antara teori yang masyhur berkenaan perkara ini ialah Teori Kepintaran Pelbagai yang diperkenalkan oleh pakar psikologi Universiti Harvard, Howard Gardner.

    Menurut Gardner, kepintaran manusia terbahagi kepada lapan jenis iaitu kepintaran ruang, tubuh-kinestetik, muzik, bahasa, logik-matematik, interpersonal, intrapersonal dan alam. RELEVAN menerangkan kelapan-lapan jenis kepintaran itu di sini.

    Mengetahui jenis kepintaran sendiri dapat membantu kita memanfaatkan potensi diri ke tahap maksimum. Antara manfaat terbesarnya adalah untuk memilih kerjaya. Dengan mengenali kecenderungan kepintaran sendiri, kita dapat memilih kerjaya yang sesuai dan menyusun strategi awal ke arah kerjaya tersebut.

    Berikut merupakan pilihan kerjaya yang sesuai mengikut jenis kepintaran, menurut Felo Penyelidik Kanan Pusat Masa Hadapan Digital Universiti Southern, Dr. Kumar Mehta.

    • Kepintaran ruang

    Individu dengan kepintaran ruang berfikir secara abstrak dan dalam dimensi yang pelbagai. Antara kerjaya yang sesuai dengan kepintaran ini adalah yang melibatkan kreativiti seperti pereka fesyen, arkitek dan artis. Selain itu, individu dengan kepintaran ruang juga sesuai menjadi juruterbang, pakar bedah serta jurutera.

    • Kepintaran tubuh-kinestetik

    Kebolehan menggunakan tubuh untuk mempamerkan hasil seni mahupun kekuatan olahraga menjadikan individu dengan kepintaran ini mempunyai potensi besar untuk menjadi penari, pelakon mahupun atlet yang berjaya. Selain itu, individu sebegini turut sesuai menjadi mekanik atau pakar terapi fizikal.

    • Kepintaran muzik

    Individu dengan kepintaran ini peka terhadap elemen-elemen muzik seperti nada, melodi, dan irama. Ini menjadikan mereka mempunyai kebolehan muzik yang semula jadi. Kerjaya yang sesuai dengan individu ini termasuk penyanyi, pemuzik, penulis lagu, guru muzik, DJ dan konduktor muzik.

    • Kepintaran bahasa

    Kepintaran bahasa melibatkan kepekaan terhadap unsur-unsur bahasa seperti makna kata, susunan kata dan fungsi kata dalam ayat. Mereka yang mempunyai kepintaran ini dapat menulis cerita, mengingati maklumat serta membaca dengan baik. Ini membolehkan mereka meneroka kerjaya seperti pemuisi, penulis novel, wartawan, pengarang, peguam serta pendidik bahasa.

    • Kepintaran logik-matematik

    Individu dengan kepintaran ini mampu menganalisis masalah secara logik, menjalankan operasi matematik dan menyiasat masalah secara saintifik. Kepintaran ini diperlukan dalam penciptaan teknologi serta penyelesaian masalah yang abstrak. Oleh itu, individu dengan kepintaran ini berpotensi menjadi pemprogram komputer, ahli matematik, ahli ekonomi, akauntan, saintis serta jurutera.

    • Kepintaran interpersonal

    Sebagai seorang yang boleh berinteraksi dengan berkesan, individu dengan kepintaran ini boleh menjadi pengurus pasukan, perunding, jurujual dan pempublisiti yang baik. Kepekaan terhadap perasaan dan keupayaan memahami orang lain juga memberikan mereka potensi untuk menjadi ahli politik atau pakar psikologi.

    • Kepintaran intrapersonal

    Agak sukar menentukan kerjaya yang sesuai untuk individu dengan kepintaran intrapersonal memandangkan ia merupakan kemahiran penting yang perlu dimiliki setiap individu dalam masyarakat yang moden. Namun, kepintaran ini memberikan kelebihan kepada mereka yang berminat menjadi pakar terapi, kaunselor, ahli psikologi dan ahli falsafah. Kemampuan memahami diri sendiri dan membongkar motivasi diri juga membolehkan mereka menjadi usahawan yang tabah dan berpendirian kukuh.

    • Kepintaran alam

    Individu dengan kepintaran ini rapat dengan alam. Mereka mampu memahami alam sekitar, termasuk mengetahui perbezaan sifat pada tumbuhan, binatang dan unsur alam yang lain. Kerjaya yang sesuai untuk diteroka ialah ahli geologi, pekebun, pakar botani, ahli biologi dan aktivis alam sekitar.-RELEVAN

     

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.