Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kaedah mengajar anak di rumah dengan lebih berkesan

    5 kaedah mengajar anak di rumah dengan lebih berkesan

    By Zubaidah IbrahimFebruary 7, 2022Updated:December 3, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kredit foto: fwstudio - www.freepik.com

    PANDEMIK Covid-19 telah melonjakkan lagi penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. Meskipun kini pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tidak lagi wajib dilaksanakan ibu bapa, tetapi peranan mereka dalam pembelajaran anak-anak masih penting dan perlu diperkasakan.

    Namun, tidak dapat dinafikan bahawa cabaran penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di rumah bukanlah perkara yang mudah.

    Ia berikutan persepsi bahawa guru di sekolah adalah yang lebih sesuai untuk melakukan aktiviti pembelajaran berbanding di rumah.

    Hakikatnya, ibu bapalah yang merupakan ‘guru pertama’ bagi anak-anak. Pendekatan, teknik, strategi pengajaran dan pembelajaran di rumah sudah pasti berbeza dengan guru di sekolah.

    Matlamatnya ialah memberi bimbingan dan sokongan kepada mereka kerana itulah yang sebenarnya sangat bermakna buat anak-anak.

    Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa berkongsi tip pembelajaran untuk anak-anak di rumah.

    1. Kenali anak anda dan gaya pembelajarannya

    Ibu bapa sudah pasti mengenali anak-anak mereka dari sudut watak, personaliti dan tingkah laku. Dalam konteks pembelajaran, ibu bapa perlu mengetahui bagaimana gaya pembelajaran anak-anak mereka.

    Gaya pembelajaran ini dipengaruhi oleh personaliti, umur dan kecenderungan mereka. Ibu bapa yang mengenali gaya pembelajaran anak-anak akan lebih memahami rentak mereka belajar dan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan yang sewajar dengan stail pembelajaran tersebut.

    1. Tetapkan rutin untuk pembelajaran di rumah

    Rutin pembelajaran di rumah boleh dibincangkan bersama anak-anak mengikut kesesuaian waktu setiap keluarga.  Peruntukan waktu setiap hari ini dapat membantu membentuk disiplin belajar dan lebih fokus tanpa ada gangguan gajet yang tidak diperlukan untuk pembelajaran. Apabila anak-anak sudah terbiasa dengan rutin, pengurusan pembelajaran mereka di rumah pasti menjadi lebih mudah.

     

    1. Tunjukkan minat

    Anak-anak banyak memerhatikan bagaimana ibu bapa berperanan dalam pembelajaran mereka di rumah tanpa kita sedari. Justeru, ibu bapa perlu menunjukkan minat tentang apa yang anak pelajari supaya mendapat gambaran lebih jelas tentang tajuk atau subjek yang mereka pelajari di sekolah.

    Meskipun ada kalanya ibu bapa tidak dapat membantu secara langsung, minat yang ditunjukkan untuk mengetahui apa yang anak pelajari memberi mesej kepada anak bahawa ibu bapa memberi perhatian berkenaan pembelajaran mereka.

    1. Semak kemajuan

    Pemantauan dalam aspek pembelajaran juga penting bagi memastikan ibu bapa dapat membimbing anak-anak dalam subjek-subjek tertentu yang mereka masih belum dapat menguasai dengan baik.

    Selain itu, pemantauan juga memberi peluang untuk ibu bapa mengetahui apakah kecenderungan anak dalam bidang tertentu berdasarkan keputusan peperiksaan atau penguasaan mereka dalam sesuatu subjek.

    1. Motivasi pembelajaran secara berterusan

    Ibu bapa perlu kreatif dalam mengekalkan motivasi anak-anak belajar. Ada kalanya penghargaan dalam bentuk reward boleh dipelbagaikan tanpa perlu berbelanja besar. Misalnya, memasak makanan kegemaran juga memberi makna kepada anak-anak bahawa usaha mereka memberi fokus untuk belajar mendapat penghargaan daripada ibu bapa.-RELEVAN

    Previous ArticlePilih haluan kerjaya mengikut jenis kepintaran anda
    Next Article Covid-19: Kes harian kekal lima angka, meningkat kepada 11,034

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.